Assalamaualaikum, Manakah yang betul Soalan 1 a.Panduan Untuk Bakal Suami Isteri b. Panduan untuk Bakal Suami-Isteri c.Panduan Untuk Bakal Suami -isteri Soalan 2 al-Quran ATAU Al-Quran Soalan 3 a.Nasihat Kepada Anak-Anak b.Nasihat kepada Ana-anak Soalan 4 ibu bapa ibu-bapa Sekian, terima kasih. | Frasa yang betul ialah: 1. Panduan untuk Bakal Suami dan isteri; 2. al-Quran; 3. Nasihat kepada Anak-anak; dan 4. ibu bapa. | Tatabahasa | 25.01.2012 |
Adakah ayat ini betul? Ah Kaw dan Ah Moi ialah suami isteri. Masalahnya, ayat ini ialah ayat majmuk, jika kita menganalisi ayat ini akan terjadi: (a) Ah Kaw ialah suami isteri. (b) Ah Moi ialah suami isteri. Ayat (a) dan (b) walaupun betul dari segi tatabahasa, tetapi tidak lojik. | Ayat majmuk Ah Kaw dan Ah Moi ialah suami isteri daripada gabungan dua ayat Ah Kaw suami dan Ah Moi isteri. | Tatabahasa | 18.05.2012 |
1. bilakah kita seharusnya menggunakan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan, contohnya; a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 2. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan | a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan. Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan. | Tatabahasa | 24.09.2012 |
Tuan, Saya ingin tahu, adakah merujuk semula hanya boleh digunakan dalam situasi suami isteri yang beragama Islam saja? Kita melalui perpisahan dan merujuk semula. Terima kasih. | "Merujuk semula" untuk maksud kembali (berkahwin) dgn isteri yang sudah diceraikan tidak dikhususkan untuk suami isteri yang beragama islam sahaja. | Lain-lain | 25.06.2020 |
Adakah imbuhan apitan memper..... i hanya boleh digunakan untuk empat perkataan sahaja iaitu 'suami' , 'isteri', 'ingat', 'kawan' ? Bagaimanana dengan perkataan 'memperkebuni', adakah betul ataupun salah? Terima kasih | Kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Apitan memper... i ini wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Setakat ini hanya bentuk berikut yang wajar dianggap sebagai jeis kata kerja yang terbentuk dengan apitan ini, iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami, memperisteri. Bentuk yang lazim digunakan dengan apitan memper....i seperti memperolehi, memperbaiki, memperkuasai, memperdalami, memperakui, mempersetujui dan memperhalusi sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan perkataan tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 211-212. Harap maklum. | Tatabahasa | 14.07.2008 |
Salam, setahu saya perkataan 'bersama' tidak boleh digunakan secara tunggal kerana membawa maksud hubungan suami isteri. Maka, perlu menambahkannya menjadi 'bersama-sama' atau 'bersama dengan'. Tapi, bagaimanakah pula jika ayat itu berakhir seperti berikut: Menjaga kebersihan alam menjadi tanggungjawab kita bersama. Bagaimanakah penyelesaiannya? Sekian, terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, bersama membawa beberapa maksud antaranya termasuklah melakukan hubungan jenis. Walau bagaimanapun penggunaan bersama bagi maksud berserta dan semuanya sekali boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 26.01.2013 |
definisi keluarga | Keluarga bermaksud 1. saudara-mara ,kaum kerabat,sanak saudara.2. seisi rumahtangga(yang terdiri daripada suami,isteri atau berserta anak-anak. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 725. | Makna | 22.06.2008 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, adakah perkataan 'bernikah' digunakan pada bukan Islam? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bernikah ialah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan. Perkataan tersebut boleh digunakan semua agama. | Tatabahasa | 28.11.2012 |
Tuan, Saya ingin tahu, adakah merujuk semula hanya boleh digunakan dalam situasi suami isteri yang beragama Islam saja? Kita melalui perpisahan dan merujuk semula. Terima kasih. | Rujuk bermaksud berusaha supaya pasangan yg bercerai itu kembali bersama semula dalam perkahwinan. Hal ini berlaku kepada mana-mana pasangan yang berkahwin dan tidak semestinya beragama Islam. Rujuk juga bermaksud mengahwini bekas isteri semasa masih dalam idah. Dalam konteks ini, istilah rujuk khusus digunakan dalam perkahwinan pasangan beragama Islam. | Istilah | 29.06.2020 |
Apakah kata ganda untuk 'kaki lima'? Adakah penggunaan 'terpenting' dalam ayat berikut salah? Mengapa? Pemakanan merupakan faktor terpenting untuk menjaga kesihatan seseorang. Adakah penggunaan 'pergaduhan' dalam ayat berikut salah? Pasangan suami isteri itu reda dengan pergaduhan itu. Adakah penggunaan 'berduaan' salah dalam ayat berikut? Duduk berduaan di tempat sunyi merupakan satu kesalahan bagi pasangan yang belum berkahwin. | Kata ganda bagi kaki lima ialah kaki-kaki lima. Penggunaan "terpenting" dalam ayat tersebut betul kerana ia menunjukkan yang paling penting. Pergunaan perkataan "pergaduhan" juga betul kerana ia juga membawa maksud "perkelahian". Dalam ayat seterusnya, perkataan "berduaan" boleh digunakan kerana ia bermaksud berdua sahaja atau cuma berdua. Selain itu "berdua-duaan" juga boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.07.2009 |