Boleh saya tahu adakah DBP ada buku atau buku istilah tentang "bunyi" sesuatu perkara dalam bentuk perkataan? Contohnya bunyi binatang, atau "pong" merujuk kepada "bunyi barang dll yg jatuh di air." Terima kasih | Setakat ini DBP tidak ada menerbitkan buku berkaitan bunyi. Yang ada segelintir jenis bunyi dalam kamus.Contoh: siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana kepedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll disebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api disiram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali. Kamus Dewan Edisi Keempat lentung Ibunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati. Kamus Dewan Edisi Keempat mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek dijadikan bunyi panjang; maddah. Kamus Dewan Edisi Keempat lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul; melepuk memukul, menampar; ®lapuk II. Kamus Dewan Edisi Keempat gedebuk bunyi spt bunyi benda berat jatuh; bunyi spt bunyi pukulan pd belakang seseorang dll. Kamus Pelajar Edisi Kedua lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulangulang, bunyi berdentang-dentang. Kamus Dewan Edisi Keempat uak II bunyi spt bunyi kerbau (katak dll); menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu. Kamus Dewan Edisi Keempat rak I 1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak. Kamus Dewan Edisi Keempat siul = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung). Kamus Pelajar Edisi Kedua lengking bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal. Kamus Dewan Edisi Keempat | Lain-lain | 09.05.2014 |
Mohon pencerahan tentang perkataan gemersik dan gemerisik. Adakah kedua-dua perkataan ini baku dan apakah kata dasar untuk kedua-dua perkataan ini. Terima kasih | Perkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah gemeresik dan mersik. Gemeresik atau bergemeresik bermaksud menggeresek (seperti kertas, kain dan lain-lain direnyuk-renyukkan). Mersik bermaksud kuat lagi nyaring (suara, bunyi dll.), lantang. | Makna | 22.04.2016 |
apakah persamaan antara bahasa dengan bunyi salakan anjing, miawan kucing dan kicauan burung? apakah perbezaan asas antaranya? | Persamaan :kedua-duanya merupakan sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok sama ada manusia atau binatang.Perbezaan : Kedua-dua kelompok memahami sistem lambang bunyi suara masing-masing sahaja. | Lain-lain | 14.01.2004 |
apakah yang dimaksudkan dengan `bunyi bahasa' ? | Bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb. Bahasa juga dikaitkan dengan percakapan yg baik, tingkah laku yg baik atau sopan santun. Bunyi bahasa pula kebiasaannya dikaitkan dengan bidang fonologi. Bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Katalog Awam Dalam Talian DBP dan bahan carian dapat diperoleh melalui hasil carian tersebut. | Tatabahasa | 23.07.2007 |
maksud kosonan dan maksud vokal | Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa penggalan yang dalam bahasa Melayu berciri tidak silabik atau tidak boleh menjadi puncak suku kata. Contohnya k,p dan m. Vokal pula ialah bunyi bahasa yang dihasilkan dengan getaran pita suara dan dilafazkan tanpa pengeseran. Contohnya aeiou. Vokal berciri silabik atau boleh menjadi puncak suku kata. | Tatabahasa | 20.08.2009 |
hubungan bahasa, budaya dan kebudayaan? | Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia. Oleh itu bahasa digunakan dalam aspek kehidupan termasuklah hal-hal budaya dan kebudayaan. untuk maklumat yang lebih terperinci sila rujuk buku yang berkaitan. terima kasih. | Lain-lain | 27.08.2008 |
1) Apakah maksud perkatan gemersik sebenarnya sebab perktaan tersebut tiada dalam daftar kamus dewan edisi 4. 2) Jika ada apakah maksud perkataan tersebut? 3)Dalam konteks ayat di bawah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? -Suara penyanyi itu sungguh ___________semasa mendendangkan lagu irama asli. (Mana satu sesuai digunakan?GEMERSIK/MERDU?) | Perkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah gemeresik dan mersik. Gemeresik atau bergemeresik bermaksud menggeresek (seperti kertas, kain dan lain-lain direnyuk-renyukkan). Mersik bermaksud kuat lagi nyaring (suara, bunyi dll.), lantang. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah merdu. Suara penyanyi itu sungguh merdu semasa mendendangkan lagu irama asli. | Makna | 25.08.2012 |
apakah pengertian bahasa? | Menurut Kamus Dewan bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): cth, bahasa Melayu, bahasa Tagalog. | Makna | 06.08.2007 |
apa itu bahasa | Menurut Kamus Dewan, bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain. Bagi membantu dan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bahasa, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan DBP. Terima Kasih kerana menggunakann Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Makna | 20.12.2006 |
Apakah Definisi Bahasa Melayu Kontekstual? | Bahasa Melayu kontekstual adalah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb atau percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun) T.kasih | Makna | 27.08.2008 |