Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
suasa
suasa
[sua.sa] |
سواس
Definisi :
sj pancalogam (campuran emas dan tembaga).
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sua.sa] |
سواس
Definisi :
logam campuran emas dgn tembaga.
(Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
suasa
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(33)
Kamus Bahasa Inggeris
(1)
Istilah Bahasa Melayu
(10)
Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
(4)
Kamus Thai Melayu Dewan
(1)
Pengesahan Bahasa
(7)
Khidmat Nasihat
(1)
Artikel Akhbar
(8)
Artikel Majalah
(9)
Ensiklopedia
(3)
Buku
(4)
Pantun
(4)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Puisi
Beli suasa beli tembaga,
Sudah dibeli tidak dipakai;
Malam ini malam celaka,
Sudah dijanji tidak ditunai.
Lihat selanjutnya...
(24)
Khidmat Nasihat
Soalan
Jawapan
Jenis Soalan
Tarikh Soalan
Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya mahu bertanya ayat berikut manakah yang betul? i. Perasaan simpati [akan] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. ii. Perasaan simpati [dengan] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. iii. Perasaan simpati [terhadap] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. iv. Perasaan simpati [kepada] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. Saya agak kurang pasti dengan penggunaan perkataan di dalam [ ]. Mohon beri pencerahan. Terima kasih.
Kata sendi nama "akan" digunakan untuk merujuk manusia, dan penggunaanya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat perasaan. Contoh ayat "Kami gemar akan buah durian".
Kata sendi "dengan" digunakan untuk:
a) membawa maksud bersama-sama atau berserta
contoh ayat: "Saya senang sekali dengan kehadiran kamu."
b) membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan
contoh ayat:"Mulakan makanmu dengan bacaan doa."
c) membawa maksud memakai atau menggunakan sesuatu alat
contoh ayat: "Lalang sedang ditebas dengan sabit."
d) menyatakan perbandingan yang serupa atau sama
contoh ayat: "Samakah mutu emas tulen dengan emas
suasa
."
Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan kepada manusia, haiwan atau benda. Contoh ayat: "Raja itu adil terhadap rakyat negerinya."
"Kepada" ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan hal berikut:
a) menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia
contoh ayat: "Pemberian buku teks percuma kepada semua murid."
b) menyatakan pecahan
contoh ayat: "Peserta kursus dibahagikan kepada tiga kumpulan."
c) menyatakan perubahan keadaan
contoh ayat: "Ingatannya masih kepada peristiwa yang silam."
Diharap penerangan di atas dapat membantu anda menyelesaikan persoalan yang dikemukakan. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, saudara juga boleh merujuk "Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa
25.05.2022
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...