Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. syak, ragu-ragu, keragu-raguan; ~ hati syak hati; 2. orang yg bekerjasama dgn musuh dll, kolaborator; bersubahat 1. menaruh syak wasangka (buruk sangka), ragu-ragu, sangsi; 2. bekerjasama dgn musuh dll: pejuang-pejuang kebangsaan Korea bersama-sama dgn komunis-komunis Jepun telah ~ hendak mendirikan satu kerajaan pemberontakan; persubahatan perbuatan bersubahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 perasaan kurang percaya; ragu-ragu; syak. 2 orang yg bekerjasama dlm sesuatu perbuatan jahat (spt bekerja­sama dgn musuh). bersubahat 1 berasa syak; berasa ragu-ragu. 2 bekerjasama dlm sesuatu pakatan ja­hat dll: Orang-orang yg ~ dgn musuh akan dihukum bunuh. persubahatan perbuatan ber­subahat: ~nya dgn kum­pulan itu telah lama diketahui polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
subahat
Kata Terbitan : bersubahat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah istilah 'collaboration' yang membawa maksud 'kerjasama' menggunakan istilah 'kolaborasi ' sedangkan dalam Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan sebagai 'subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb.Terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk collaboration, iaitu pemuafakatan, kerjasama dan kolaborasi. Istilah kolaborasi terdapat dalam bidang Sains Politik dan Kesusasteraan yang membawa maksud kerjasama.Istilah27.11.2011
MENURUT KAMUS DEWAN EDISI 4, KOLABORASI BERMAKNA BERSUBAHAT UNTUK KERJA JAHAT. JAWAPAN YANG DIBERIKAN UTK SOALAN SAYA AMAT KONTRA DENGAN MAKNA DALAM KAMUSBetul, kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti sains Politik kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama.Tatabahasa27.11.2015
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. MOHON PENJELASAN PENGGUNAAN PERKATAAN "KOLABORASI". BOLEH ATAU TIDAK PERKATAAN INI DIGUNAKAN UNTUK MEMBERI TAKRIFAN KEPDA PERBUATAN BAIK.Kamus Dewan menakrifkan kolaborasi sebagai subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti sains Politik kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan pula menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama.Tatabahasa24.06.2016
Assalamualaikum. Saya keliru tentang definisi perkataan yang tertera antara PRPM dan Kamus Dewan di bawah. Pada pengetahuan saya yang masih cetek ilmu tatabahasa ini, makna perkataan tersebut ada yang membawa maksud positif dan negatif. Harap dapat memberi penjelasan jitu memandangkan definisi daripada PRPM merupakan penjelasan makna yang terkini. Menurut PRPM: APAKAH BEZA PERKATAAN KOLABORASI DAN KOLABORATIF Kolaborasi ialah kata nama yang bermaksud kerjasama dan kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama. (25.11.2015) apakah perbezaan maksud istilah kolaborasi dengan kolaboratif. Perkataan manakah yang paling sesuai digunakan dalam makna kerjasama Kolaborasi ialah kata nama yang bermaksud kerjasama dan kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama.(18.04.2013). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: kolaborasi:- Subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb kolaboratif erat (dr segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih): perhubungan antara kerajaan yg paling ~ sifatnya.Kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti Sains Politik, kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama. Kolaboratif bermaksud erat (dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih).  Kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama.Istilah05.03.2016
AinNur Haris ISN 2.44 PTG Assalamualaikum Dewan Bahasa dan Pustaka, saya hendak bertanya tentang penggunaan perkataan kolaborasi yang sering digunakan oleh media massa. Saya difahamkan kolaborasi bermaksud pakatan jahat, kerjasama membuat jahat/jenayah. Namun saya diberitahu kolaborasi juga mempunyai DUA maksud dan boleh juga digunakan untuk menunjukkan kerjasama yang baik. Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih. Puan AinNur Haris, Bandar Baru Salak TinggiBetul, kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti sains Politik kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama.Penyemakan dan penterjemahan05.06.2017
Tuan, 1) Berdasarkan contoh ayat di bawah, adakah betul penggunaan perkataan persubahatan, disubahatkan dan pensubahat? 2) Jika salah, apakah perkataan yang betul untuk digunakan dan kenapa? Contoh: Persubahatan apa-apa kesalahan, jika orang yang disubahatkan itu melakukan perbuatan itu dengan suatu niat yang berlainan daripada pensubahat itu. 3) Berdasarkan contoh ayat di bawah, adakah betul penggunaan perkataan menyubahati? Jika salah apakah perkataan yang betul untuk digunakan dan kenapa? Contoh: Menyubahati dahagi, atau cuba memujuk seorang pegawai, askar atau kelasi supaya tidak menjalankan tugas. Sekian, terima kasih.Kata terbitan yang betul bagi perkataan “subahat” ialah “bersubahat” dan “persubahatan”. Bersubahat bermaksud perbuatan bekerjasama dengan orang atau pihak lain untuk melakukan sesuatu perbuatan yang tidak baik, manakala persubahatan pula merujuk perbuatan bersubahat. Dalam Kamus Dewan Perdana, tidak ada contoh penggunaan bagi perkataan “disubahatkan”, “pensubahat” dan “menyubahati”.Tatabahasa24.06.2022

Kembali ke atas