Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Service Outlet (Pusat Servis): Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Batu Caves SSQS (Pusat Servis Perodua Batu Caves) 2. Kepong Service - Pusat Servis Perodua Kepong 3. Subang Jaya Body & Paint Hub – Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya Hab 4. Klang 1 Service – Pusat Servis Perodua Klang 1 5. Klang 2 Service – Pusat Servis Perodua Klang 2 Sekian, terima kasih | Padanan 1 dan 2 sesuai. 3. Pusat Servis Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya 4. Pusat Servis Perodua 1 Klang 5. Pusat Servis Perodua 2 Klang | Lain-lain | 24.11.2015 |
ini untuk 1. signboard 2. side light box kedai roti untuk lesen majlis perbandaran subang jaya | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 10.11.2016 |
Sekadar bertanya, 1. Kenapa nama tempat Cyberjaya dan Putrajaya dicantum ? 2. Kenapa nama tempat Subang Jaya dan Petaling Jaya tidak dicantum macam contoh di atas ? | Dari segi ejaan, Cyberjaya dan Putrajaya sepatutnya dieja sebagai dua perkataan. Walau bagaimanapun, penamaan dan ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri /pihak berkuasa tempatan masing-masing. | Istilah | 30.05.2010 |
Selamat sejahtera. Mohon bantuan untuk khidmat Pengesahan Bahasa bagi iklan papantanda syarikat untuk MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya). Terima kasih. | Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my, Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479100/9200/9300. | Lain-lain | 04.04.2018 |
Salam, ingin ambil tau, nama bangunan and nama fakulti yang dapat dalam lokasi syarikat kami SEGi College Subang Jaya, kena mohon pengesahan bahasa daripada Dewan Bahasa? Contoh macam, SEGi College, SEGi College of Graduate Studies. Majlis Perbandaran sini minta kami dapatkan sah bahasa daripada Dewan Bahasa, tapi pindaan/komen menunjuk Tidak ada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan. Bangunan dan fakulti kami mestilah dalam bahasa ingeris. Apa tuan/puan cadangkan kami boleh pinda? | Wassalam, Tuan, apakah nama rasmi bagi kolej ini? Sekiranya hanya SEGi College sahaja yang didaftarkan, tuan perlu tambah keterangan aktiviti di atas nama khas. Contoh: KOLEJ atau UNIVERSITI.
| Lain-lain | 08.03.2017 |
Salam bahagia. Kami akan membuka sebuah klinik pergigian di sebuah kompleks membeli-belah. Untuk memohon lesan iklan, pihak berkuasa Majlis Bandar Subang Jaya mahu kami melampirkan iklan/nama klinik kami kepada pihak tuan supaya pihak tuan mengesahkan ejaan perkataan "Klinik Pergigian Woo" adalah betul. Tolong bagi tahu cara untuk meminta pengesahan name klinik daripada pihak tuan. Sekian. Terima kasih. Dr. Woo Soey Geok/03-7806-1755 | Sila masuk ke ruangan Khidmat Pengesahan Iklan DBP untuk pengesahan iklan melalui laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx Sekian terima kasih | Lain-lain | 26.04.2017 |
Memohon kelulusan ejaan dan bahasa dari DBP untuk papan iklan Pusat Pembelajaran Al-Quran Teknik Al-Baghdadi. Ia adalah bagi tujuan permohonan lesen papan iklan dari Majlis Perbandaran Subang Jaya. Terima kasih. | Format yang betul ialah: PUSAT PEMBELAJARAN AL-QURAN AL-BAGHDADI (MENGGUNAKAN TEKNIK AL-BAGHDADI) | Lain-lain | 15.10.2016 |
Penjodoh bilangan apa yang sesuai untuk kerongsang | Penjodoh bilangan bentuk boleh digunakan untuk kerongsang, cincin, mata kail dan subang. | Tatabahasa | 29.01.2015 |
Assalamualaikum W.b.t, Saya Puan ida dari syarikat Abnaa, ingin memohon kerjasama dari pihak DBP untuk menyemak iklan yang akan ditampal di syarikat kami bagi tujuan permohonan lesen dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya di talian 038941 9803 atau 018-6649795. Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai. Sekian, Terima kasih. Puan Ida. | Untuk pengesahan iklan, sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ Sekian terima kasih | Lain-lain | 20.07.2017 |
Permohonan semula kelulusan ejaan dan bahasa dari DBP untuk papan iklan. Penambahan kurungan telah dilakukan seperti dalam lampiran. Sekiranya lulus penambahan kurungan tersebut, diharapkan agar lampiran tersebut dapat disahkan oleh pihak DBP bagi tujuan permohonan lesen papan iklan dari Majlis Perbandaran Subang Jaya. Terima kasih. | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 26.10.2016 |