Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub.én.tri] | سوبئينتري

Definisi : (subéntri) kata masukan atau entri kamus yg merupakan turunan drpd entri utama (pokok), mis memasak yg terbit drpd entri utama masak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sub.én.tri] | سوبئينتري

Definisi : /subéntri/ entri kamus yg merupakan turunan drpd entri utama, mis bermain yg terbit drpd entri utama main. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subentri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat Sejahtera, bolehkah saya mendapatkan maklutmat berikut berkaitan dengan Kamus Dewan Edisi Ke-1 hingga Ke-4 1) Bilangan Entri 2) Sistem Ejaan Sekian Terima Kasih1. Bilangan Entri Kamus:
  • Kamus Dewan (1970) - 68157 entri/subentri
  • Kamus Dewan (1984) - 69057 entri/subentri
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - 71057 entri/subentri
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - 77057 entri/subentri 
  • Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - 82900 entri/subentri

2. Sistem Ejaan:
  • Kamus Dewan (1970) - sistem ejaan Rumi lama
  • Kamus Dewan (1984) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Melayu sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - Sistem Ejaan Rumi berasaskan Daftar Kata Bahasa Melayu (2001)
3. Terbitan terkini:
  • Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) - 120 000 entri/subentri yang berpandukan Sistem Ejaan Rumi, Pedoman Umum Ejaan Jawi dan Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu yang terkandung di dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (2008, 2016), dan memanfaatkan data korpus dalam penyusunan entrinya.
Lain-lain08.03.2022
berapakah jumlah kesemua perkataan dalam bahasa Melayu?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) jumlah kesemua perkataan dalam bahasa Melayu melebihi 120 000 entri dan subentri dan jumlah tersebut bertambah dari masa ke masa mengikut perkembangan penggunaan bahasa tersebut oleh masyarakat penuturnya. Entri dan subentri ini termasuklah kata umum, kata nama khas, istilah, kata dialek, kata pinjaman, kata klasik dan sebagainya.Lain-lain26.07.2021
Kenapa perkataan mengerikan tidak wujud dalam pengkalan data DBP?Subentri mengerikan wujud di bawah entri ngeri di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Pelajar Edisi Kedua yang boleh dirujuk pada laman PRPM (https://prpm.dbp.gov.my/)

Semoga jawapan ini menjawab pertanyaan tuan/puan. 

Terima kasih.
Lain-lain28.02.2023
Salam sejahtera, Di dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4, entri perikemanusiaan diikuti subentri berperikemanusiaan dan ketidakberperikemanusiaan. Betulkah kata terbitan 'ketidakberperikemanusiaan' itu? Bukankah sepatutnya apabila imbuhan 'ke-...-an' digunakan untuk kata dasar tidak berperikemanusiaan sepatutnya menjadi ketidakberperikemanusiaanan? Mohon penjelasan dan juga pembetulan dalam edisi akan datang dan dalam PRPM jika ia ralat.Berdasarkan peraturan pembentukan kata terbitan, tidak berperikemanusiaan apabila menerima apitan ke-...-an akan membentuk kata ketidakberperikemanusiaanan. Dalam hal ini kami perlu mendapatkan penjelasan daripada Bahagian Perkamusan. Penjelasan daripada pihak berkenaan akan kami e-melkannya kepada tuan.

 
Tatabahasa27.01.2018
Boleh saya tahu, jumlah bilangan daftar kata terkini dalam kamus dewan perdana ?Untuk makluman, kata entri dan subentri yang terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (2020) berjumlah kira-kira 120 ribu.Lain-lain12.10.2025
Kamus Dewan (Edisi Keempat) mempunyai berapa jumlah entri?Sekitar 82,900 kata masukan Kamus Dewan dengan pecahannya, 34,578 entri, 24,180 subentri dan 24,142 frasa entri. Lihat halaman belakang sarung Kamus Dewan.Lain-lain01.10.2012
"Tidak ada perubahan morfologi kata antara entri dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dengan entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman tuan, Kamus Edisi Keempat mengandungi sebanyak 5 843 kata baharu yang merangkumi entri, subentri dan frasa. Di samping kata baru, kata entri lama mengalami perubahan makna, sama ada peluasan mahupun penyempitan dalam Kamus Edisi Keempat." Bagaimana boleh saya dapatkan senarai untuk semua penambahan-penambahan dan perubahan-perubahan tersebut?Sila buat surat rasmi kepada Bahagian Perkamusan untuk urusan tersebut.Lain-lain09.02.2018
Jawapan dan jawaban mana satu betul?Untuk makluman, jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.Ejaan13.11.2016
apakah maksud tesaurus beserta contoh ayatMenurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tesaurus تيساوروس  ialah buku yang mengandungi senarai kata seerti dan kata yang berkaitan maknanya yang disusun mengikut sistem atau olahan tertentu.

Contoh penggunaan:
Keistimewaan tesaurus ini ialah setiap entri dan subentri dilengkapkan dengan pilihan sinonim dan kata-kata yang berkaitan yang lebih tersusun dan jelas.
Makna02.11.2024
Salam sejahtera tuan. Perkataan 'jawaban' atau 'jawapan' yang sepatutnya betul? Bolehkah tuan jelaskan? Ribuan terima kasih didahulukan atas penjelasan tuan.Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.Tatabahasa08.07.2013
1234

Kembali ke atas