Asingkan ayat ini kepada subjek dan predikat. Kebanyakan pekerja perkhidmatan ialah kakitangan kerajaan. Adakah kebanyakan termasuk kategori subjek atau predikat ? | Subjek - kebanyakan pekerja perkhidmatan, predikat - ialah kakitangan kerajaan. Kebanyakan termasuk dalam binaan subjek. | Tatabahasa | 28.02.2012 |
Berdasarkan ayat di atas merupakan subjek iaitu unsur subjek dan unsure prediket. Petani itu menanam sayur. | Petani itu = subjek menanam sayur = predikat | Tatabahasa | 13.03.2010 |
Subjek : Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cadangan Perkataan Baru dalam Ensiklopedia (http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/cadangankata/nb_cadangan_kata_ensi.aspx); Kepilan : 130328MALDEWANBAHASAMALAYMEDICALTERMFROMENGLISH.xls; Mesej : Merujuk kepada kepilan, saya ingin menghantar istilah baru yang boleh ditambahkan ke dalam senarai kamus di atas laman web supaya sesiapa pun boleh merujuk secara percuma apabila diperlukan. Sekian, terima kasih. (Yang benar, Kang Chuen Tat; Web : http://kangchuentat.wordpress.com; SMS : +61405421706; Alamat: PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; E-mel : chuentat@hotmail.com; Kotak komen: www.kangchuentat.webs.com; Media sosial : http://twitter.com/kangchuentat) | Kami mengambil maklum cadangan tuan mengenai istilah baharu tersebut. Sila lampirkan semula lampiran dalam fail berbentuk Microsoft Word kerana fail yang tuan lampirkan tidak dapat dibuka. | Lain-lain | 27.07.2013 |
Apakah maksud predikat? | Saudara Muhd. Amar, Ayat terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 23.06.2010 |
Selamat petang. Bolehkah saya tanya bilakah boleh menggunakan dibeli atau dibelikan ? Apakah perkataan yang boleh letak di...kan atau yang hanya letak di....? | Bagi membezakan penggunaan di-...kan dan di-..., saudara boleh memerhatikan subjek dalam ayat. Subjek bernyawa hendaklah oleh apitan di-...-kan, manakala subjek tidak bernyawa hendaklah diikuti perkataan berawalan di-. Contoh: Adik dijahitkan oleh ibu sehelai baju kurung. (Adik ialah subjek yang bernyawa). Sehelai baju baju kurung dijahit oleh ibu untuk adik. (baju kurung ialah subjek yang tidak bernyawa) Selain itu, apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk memahami dengan lebih lanjut. | Tatabahasa | 16.04.2013 |
Salam, soalan1 -apa itu ayat tunggal?Boleh beri contoh? Soalan2-apa itu ayat majmuk?Boleh beri contoh? | Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Contoh ayat tunggal ialah Ali berjalan kaki. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 463. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Contoh ayat majmuk ialah Guru Sekolah saya tekun dan berdedikasi. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497. | Tatabahasa | 05.01.2010 |
Yang mana satu subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah. ( i ) Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu. ( ii ) Sewaktu polis membuat pemeriksaan wang itu bukan dengannya. ( iii ) Oleh sebab mereka datang lambat mereka tidak dbenarkan masuk ke dewan peperiksaan. sekian, terima kasih. | Subjek ialah perkara atau pelaku, manakala predikat ialah cerita atau huraian. Dalam ayat (i), Dia (Subjek) dan penerangnya ialah Predikat. Ayat (ii), Polis (Subjek) dan penerangnya ialah predikat. Ayat (iii), Mereka (Subjek) dan peenerangnya predikat. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 20.09.2009 |
Apakah subjek dan predikat bagi ayat songsang berikut : Membaca buku dia di perpustakaan. Adakah ayat songsang dikira sebagai ayat yang gramatis? | Gramatis bermaksud mematuhi peraturan tatabahasa. Ayat songsang juga mematuhi hukum tatabahasa tetapi bentuk ayatnya sahaja tidak seperti ayat yang lazim digunakan. | Tatabahasa | 18.10.2010 |
Dalam subjek Kesusasteraan Melayu (KOMSAS) terdapat seni bahasa.Jika "Syuhhhhhh!" digunakan oleh penulis.Apakah istilah (Seni bahasa ) yang digunakan. | Syuhhhhh ialah bahasa percakapan dan tidak boleh digunakan dalam penulisan rasmi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku-buku yang berkaitan. | Lain-lain | 07.07.2010 |
Macam mana nak bezakan kata kerja yang jadi subjek dalam ayat penyata "Bersenam menyihatkan badan."? | Dalam tatabahasa bahasa Melayu, ada sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. Oleh itu, subjek (kata kerja) dalam ayat contoh yang diberikan ialah bersenam, manakala predikatnya ialah menyihatkan badan. | Tatabahasa | 31.05.2010 |