Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subjeknya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sekolah kami mengadakan Hari Sukan peringkat sekolah. Bolehkah pihak tuan mempasifkan ayat ini? Adakah subjeknya dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama mahupun Ketiga? Jika pihak tuan menggunakan contoh "adik saya" ataupun "pensel saya", sudah tentu subjeknya ialah Kata Ganti Nama Diri Ketiga.... tetapi.... Contoh "adik saya" dan "pensel saya" yang telah saya berikan memberikan tanggapan sebagai kepunyaan atau milik seseorang dan tidak termasuk orang itu sendiri. Tetapi dalam konteks "sekolah kami", subjeknya memberikan tanggapan sebagai pasukan seseorang yang menjadikan orang itu sebahagian daripadanya. Contohya, "keluarga saya" serta "pasukan saya" memberitahu kita bahawa "saya" merupakan sebahagian daripada pasukannya. Oleh itu, bukankah "sekolah kami", mahupun "keluarga saya", mahupun "pasukan saya" dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama?

Ayat pasif bagi contoh ayat yang diberikan ialah “Hari Sukan peringkat sekolah diadakan oleh sekolah kami”. Subjek dalam ayat tersebut bukan kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri ketiga, sebaliknya kata nama.

Kata ganti nama diri orang merupakan kata ganti nama yang mengandungi perkataan yang merujuk diri orang  tertentu, iaitu:
1. Kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita
2. Kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu
3. Kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia beliau, mereka, -nya

Tatabahasa07.08.2022
adakah 'ia' digunakan hanya untuk subjeknya 'manusia'?

Encik Ahmad Sabri,

Ia- ialah kata ganti nama diri ketiga untuk manusia sahaja. Tidak boleh digunakan untuk benda, konsep dan sebagainya.

Tatabahasa04.10.2010
Amalkan pemakanan yang seimbang untuk menjamin kesihatan. Di manakah bahagian subjeknya?Bahagian subjek dalam ayat yang diberikan ialah "Amalkan pemakanan yang seimbang".Tatabahasa30.08.2013
apakah subjek dan predikat bagi ayat pasif berikut : Bola itu sudah saya tendang. adakah subjeknya bola itu predikat : sudah saya tendang atau subjek : saya predikat : sudah menendang bola itu?

Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Ayat aktif: Saya (Subjek) + {sudah menendang bola itu(objek)predikat}.

Ayat pasif: Bola itu(Subjek) + {sudah saya tendang (predikat)}.

Tatabahasa13.08.2014
Adik memasukkan jarinya ke dalam mulut. ayat ini betul atau salahDari segi struktur, ayat yang diberikan itu betul. Subjeknya 'adik' dan predikatnya ' memasukkan jarinya ke dalam mulut.Tatabahasa30.04.2008
1. Apakah jawapannya Salmi (ialah /adalah ) kawan baik saya. Saya masih tidak pasti jawapannya setelah membaca Tatabahasa Dewan. 2.Adakah jika subjeknya orang, maka penggunaan frasa selepas itu (kata pemerinya ) mesti IALAH? Terima kasih.Assalamualaikum.Salmi ialah kawan baik saya. Untuk pengetahuan saudara/ saudari, selepas penggunaan kata 'ialah' selepasnya mesti kata nama. Harap maklum.Tatabahasa28.07.2008
merujuk soalan 106, saya berpendapat bahawa ayat' sampah bertaburan' betul , sebaliknya ayat' sampah sarap bertaburan' kurang tepat kerana ' bertaburan' mempunyai maksud jamak. Oleh itu, subjeknya lebih sesuai jika 'sampah' .Keadaan ini samalah dengan ayat' bintang bertaburan di langit' adalah betul dan bukannya' bintang-bintang bertaburan di langit'. Minta berikan pandangan, terima kasih.

Encik Wong,

Sampah bermaksud benda-benda yang terbuang, kotoran. Sarap bermaksud sampah. Sampah sarap pula bermaksud berbagai-bagai sampah atau bermacam-macam sampah, iaitu merujuk jenis sampah. Oleh itu, frasa  sampah sarap bertaburan boleh diterima.      

Tatabahasa14.05.2010
Merujuk soalan 106, saya berpendapat' sampah bertaburan' betul sebaliknya ' sampah sarap bertaburan' adalah kurang tepat . Hal ini adalah kerana 'bertaburan' mempunyai maksud jamak. Oleh itu, memadailah subjeknya ditulis' sampah' daripada menggunakan' sampah sarap' yang membawa maksud bermacam-macam sampah. Sila beri pandangan tuan. terima kasih.Kedua-duanya betul. Sampah sarap bertaburan bermaksud terdapat berbagai-bagai jenis sampah yang bertaburan.Lain-lain14.05.2010
Selamat Petang. Saya ingin memastikan sama ada kata dasar berikut betul : 1) peristiwa --> kata dasar peristiwa 2) perpaduan --> kata dasar padu Selain itu, ayat aktif bila bertukar kepada ayat pasif yang subjeknya Kata Ganti Nama Diri I atau II, bagaimana kita boleh pastikan mesti guna imbuhan -kan pada kata kerja atau tidak. Misalnya : 1) Lagu 'Negaraku' kami nyanyikan. 2) Buku cerita itu saya baca. Terima kasih.

1. Kata dasar yang betul ialah peristiwa dan padu.

2. Lihat pada ayat aktif (tidak semua ayat aktif boleh dipasifkan), contohnya: Kami nyanyikan lagu Negaraku, maka ayat pasif menjadi "lagu Negaraku kami nyanyikan". Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 462.

Tatabahasa15.07.2011
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara tersebut. Ayat di atas sering ditemui dalam surat rasmi dan e-mel. Soalan saya, adakah ayat tersebut boleh dianggap ayat? Untuk membina ayat yang gramatis, mestilah ada subjek dan predikat. Ayat di aats tidak ada subjek, atau subjeknya sengaja digugurkan. Sepatutnya, ayat yang gramatis ialah Ayat biasa: Saya berasa sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara tersebut. Ayat songsang: Sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara tersebut, saya berasa sukacita. Kedua-dua ayat di atas mengunakan pendekatan sintaksis Teori Transformasi Generatif (TGG). Oleh hal yang demikian, apakah pandangan atau pendirian DBP tentang ayat yang tidak ada subjek tadi? Adakah dinilai gramatis atau tidak. Sekian, terima kasih.Ayat yang lazim digunakan ialah "Saya berasa sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara tersebut."Lain-lain03.03.2023
123

Kembali ke atas