Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub.ju.dul] | سوبجودول

Definisi : judul kecil atau judul tambahan kpd sesuatu judul, kata-kata atau frasa yg menjelaskan atau menjadi pelengkap kepada sesuatu judul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subjudul


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah beza penggunaan : dan ; ? sebagai contoh, ....seperti berikut: atau seperti berikut;Tanda titik bertindih (:) berfungsi: i. memperkenalkan atau menambah keterangan, contohnya - Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas, ii. memisahkan subjudul daripada judul utama, contohnya - Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan, iii. menunjukkan nisbah, contohnya - 12:12:12. Tanda koma bertitik berfungsi (;) berfungsi: i. memisahkan dua atau beberapa klausa utama, contoh - Makin larut malam; kerja makin banyak, ii. memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung, contohnya - Seminar akan diadakan pada minggu hadapan; oleh yang demikian ... .Tatabahasa07.01.2011
salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan tanda (:) dan penggunaan tanda (;). sebagai contohnya dalam tafsir ayat al-Quran. Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.huma. menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila air mencukupi dua kolah nescaya air itu tidak akan menjadi cemar (atau kotor)”. Dalam lafaz hadis yang lain disebutkan; “… tidak akan menjadi najis”. boleh tuan/puan jelaskan dengan terperinci kegunaan kedua simbol (; dan :) ini. terima kasih.Lazimnya tanda titik bertindih digunakan untuk memisahkan subjudul dengan judul utama buku, contohnya Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan. Tanda koma bertindih pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan.Tatabahasa19.04.2012
SAYA INGIN TAHU TENTANG BILA MASA KITA PERLU MENGGUNAKAN TANDA-TANDA SEPERTI /,:,;,",',.,&,! DLL. PERLU ATAU TIDAK PERKATAAN SELEPAS ITU DIJARAKKAN ATAU MENGGUNAKAN HURUF BESAR ATAU KECILMenurut buku Gaya Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat beberapa fungsi bagi tanda-tanda yang dinyatakan.
1. Tanda Titik Bertindih ( : )
a) Memperkenalkan atau menambah keterangan.
contoh : Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas. (selepas 'sahaja' terus tanda titik bertindih dan barulah ada jarak dan huruf besar)
b) Memisahkan:
i) subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan.
ii) Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau filem.
iii) Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran.
iv) Nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid.
v) Nombor jilid, bilangan, dan halaman rujukan majalah.
vi) tahun dan halaman rujukan  bagi penerbitan.
vii) Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan biblografi.
c) Menunjukkan nisbah.

tanda seru ( ! )
- Digunakan dalam ayat seperti berikut Amboi, cantiknya pakaian dalam almari itu!
-Huruf besar selepas tanda seru.

Sila rujuk Buku Gaya Dewan untuk keterangan dengan lebih lanjut beserta contoh penggunaan simbol yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Tatabahasa11.09.2012
Boleh terangkan perbezaan penggunaan tanda sempang (-) dengan titik bertindih (:). Jika tanda ini digunakan, adakah perkataan berikutnya perlu dimulakan dengan huruf besar?Tanda sempang paling banyak digunakan dalam kata ganda, selain berfungsi untuk menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan (k-a-m-p-u-n-g), memisahkan angka yang berbeza fungsi dan menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat (Anglo-China) dan perkataan yang mengikutnya tidak perlu dimulakan dengan huruf besar kecuali nama khas. Manakala titik bertindih digunakan untuk memperkenalkan atau menambah keterangan (Prinsip hidup saya senang sahaja:Tekun dan Ikhlas) dan kata yang mengikutinya bermula dengan huruf besar, memisahkan subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan (Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan), memisahkan nombor surah daripada nombor ayat al-Quran (al-Baqarah 2:29), memisahkan nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid (Ensiklopedia Pelajar 2:5), menunjukkan nisbah (12:12).Ejaan12.09.2008
Tuan, Cara pengunaan tanda bacaan yang tepat. bagaimanakah kita menggunakan titik bertindin (:). adakah kita menggunakan huruf besar atau kecil bagi memulakan ayat selepas titik bertindih. Contoh 1. ...yang dinyatakan seperti berikut: (i) mengenalpasti atau Mengenalpasti contoh 2. Merujuk kepada senarai di bawah. (i) isu atau Isu yang dikenalpasti. Terima kasih atas bantuan

Tidak ada format yang ditetapkan berkenaan penggunaan huruf besar atau huruf kecil selepas titik bertindih. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Menurut buku tersebut, fungsi titik bertindih adalah seperti yang berikut:

1. Untuk  memperkenalkan atau menambah keterangan

2. Untuk memisahkan
(a) Subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan

(b) Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau filem
(c) Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran
(d) Nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid
(e) Nombor jilid, bilangan, dan halaman rujukan majalah
(f) Tahun dan halaman rujukan bagi penerbitan
(g) Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan biblografi

3. Untuk menunjukkan nisbah

 

Berdasarkan contoh yang diberikan, dicadangkan supaya digunakan huruf besar selepas titik bertindih.

(i) Mengenal pasti contoh

(ii) Isu yang dikenal pasti

Tatabahasa26.09.2021

Kembali ke atas