| untuk submit signboard menguna bahasa english yang perlu register Mpk lesen.. | Keterangan iklan mesti ditulis dalam bahasa Melayu yang betul. Untuk tujuan pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 16.11.2011 |
| hi, perkataan 'Submit' dalam bahasa Melayu apa ya? atau ada pinjaman bahasa Inggeris submit? | Soalan tidak jelas. Sila kemukakan soalan dengan ayat yang lengkap. | Lain-lain | 31.07.2021 |
| How do I submit company signboard logo for your approval because I need to submit for business license application? | Sila kemukakan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa. Sila klik domain KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA dan daftar untuk pelanggan yang baharu mendaftar. Kemudian lampirkan visual iklan dan segala maklum balas akan diberikan melalui e-mel yang didaftarkan. | Lain-lain | 08.01.2015 |
| I can't submit any application since yesterday. please settle it as i need to apply banner license from majlis perbandaran thanks | Kami tidak dapat menghubungi tuan untuk mendapatkan maklumat lanjut (maklumat e-mel tidak dapat dibuka). Sila hubungi pegawai teknikal, DBP melalui talian 03-21479373. | Lain-lain | 10.09.2015 |
| bagaimana cara untuk saya submit secara online untuk membuat pengesahan dewan pustaka tentang papan tanda premis | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 09.03.2019 |
| Hi, I need some advise before I need to submit to DBKL license application~ Thank you!! | Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 16.11.2015 |
| macam mana cara nak dapatkan kelulusan banting dari dewan bahasa pustaka untuk submit ke majlis? | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun pelanggan, dan klik daftar iklan untuk mendaftarkan dan menyertakan lampiran iklan tuan. Iklan papan premis seperti ini dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan bayaran boleh dibuat secara dalam talian (online). | Lain-lain | 20.07.2022 |
| Dear Sir, I already login to dewan bahasa dan pustaka, how to apply & submit document & upload file. | Untuk mendapatkan khidmat panduan mengisi sistem DBP sah bahasa, sila hubungi nombor 03-21479691 atau 9400 | Lain-lain | 19.06.2017 |
| hi, sy ingin bertanya berkenaan papan tanda, sy sudah mendapat kelulusan dbp untuk design papan tanda beberapa tahun lepas. sy bercadang untuk menukar rekabentuk signboard. adakah sy perlu submit semula artwork di dbp untuk pengesahan? detail semua sama sahaja. cuma sy ingin menukar font dan color untuk nama company di signboard baru | | Salam Sejahtera. Pihak tuan/puan boleh mengemukakan permohonan baharu untuk reka bentuk visual iklan yang terkini melalui portal https://dbpsahbahasa.my/. Permohonan boleh dibuat seperti biasa dengan mendaftar iklan baharu. Walau bagaimanapun, pada bahagian maklumat permohonan, sila klik pada pilihan ‘Diperbaharui’ dan masukkan nombor iklan yang telah diluluskan sebelum ini untuk rujukan kami. Jika iklan yang diluluskan telah melebihi tempoh dua tahun, sila klik pada pilihan ‘Kali Pertama’. Maklumat iklan yang telah melebihi tempoh dua tahun tidak lagi disimpan untuk tujuan rujukan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2147 9100 atau 03-2147 9200. | | Lain-lain | 26.04.2026 |
| Boleh saya dapatkan Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu terkini?. Atau mana-mana dokumen yang berkaintan sebagai rujukan. Saya ada dokumen yang saya dapati hasil carian di internet, tetapi ianya dari tahun 2008. Terima kasih | Salam sejahtera, Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Berdasarkan soalan di atas, pegawai di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP ada membuat beberapa carian menggunakan sistem pustaka DBP, iaitu: pustakav2.dbp.gov.my dan dikongsikan hasil carian tersebut untuk makluman pihak tuan selanjutnya. 1. http://pustakav2.dbp.gov.my/?jc=a&kata=khidmat+pesanan+ringkas&submit=&optJenis=1&optMedan=judul&optBahan=semua 2. http://pustakav2.dbp.gov.my/?jc=a&kata=sms&submit=&optJenis=1&optMedan=judul&optBahan=semua&myTable_length=10 kami berharap agar maklumat tersebut dapat membantu pihak tuan. Sekian. | Lain-lain | 06.06.2021 |