Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n syarikat subsidiari: the giant corporation and its subsidiaries, syarikat raksasa dan syarikat-syarikat subsidiarinya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : he took two ~ subjects for the exam, dia mengambil dua mata pelajaran subsidiari utk peperiksaan itu; she took a ~ role in the play, dia mengambil peranan subsidiari dlm drama itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj secondary, subsidiari: the question of finance is ~ to the question of management, soal pembiayaan ialah subsidiari drpd soal pengurusan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subsidiary


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah istilah "subsidiary dye" dipadankan dengan "pencelup subsidiary".Cadangan padanan istilah yang sesuai bagi perkataan subsidiary dye ialah pencelup subsidiari atau pewarna subsidiari.Istilah17.08.2021
Salam. Jika 'subsidiary' merujuk kepada anak syarikat, apakah terjemahan yang tepat untuk 'sister company'?Mohon berikan takrifan untuk "sister company" supaya kami dapat memberikan padanan yang sesuai.Istilah07.01.2020
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengapakah istilah 'subsidiary' diterjemahkan sebagai 'syarikat subsidiari' dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan, tetapi diterjemahkan sebagai 'anak syarikat' dalam Istilah Bahasa Melayu? Terjemahan manakah yang lebih tepat? Mengapa wujud perbezaan ini? Mengapa tidak diselaraskan sahaja? Sekian, terima kasih.Tidak ada yang perlu diselaraskan sekiranya anda  memahami pemberian makna dan padanan dalam kamus. Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan, entri subsidiary diberikan padanan subsidiari, manakala entri subsidiary company yang diberikan padanan syarikat subsidiari.  Kamus Dewan memberikan makna entri syarikat subsidiari sebagai anak syarikat.Makna15.04.2018
Assalamualaikum, Saya mohon bertanya mengenai penterjemahan bahasa "subsidiary of" lazimnya diterjemahkan kepada "anak syarikat" Bagaimana pula dengan "a member of "? Adakah ia diterjemahkan kepada "syarikat dalam kumpulan"? Contohnya: Eng - Company A is "a member of Company B" BM - Syarikat A merupakan "syarikat dalam kumpulan syarikat B"Kami mencadangkan "a member of" diterjemahkan sebagai "kumpulan syarikat" atau "ahli kumpulan syarikat". Padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan17.06.2021
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai istilah 'syarikat anak'. Wujudkah istilah tersebut? Ini kerana sepanjang pengetahuan saya, hanya terdapat istilah 'anak syarikat'. Atau mungkin sememangnya ada istilah tersebut? Mohon pencerahan dan pengesahan. Terima kasih DBP.DBP tiada data berkaitan ‘syarikat anak’. ‘Subsidiary company’ diterjemahkan sebagai ‘anak syarikat’. Daripada penelitian kami juga, istilah ‘syarikat anak’  tiada dalam Akta Syarikat 1965.Istilah26.08.2014
Salam, apakah terjamahan bagi makna sister company? Sister company adalah bila perbadanan itu ialah subsidiari syarikat pemegangan suatu perbadanan yang lain. Atau dalam erti kata lain, sister company ini apabila terdapat dua syarikat yang mana kedua-duanya mempunyai satu parent company yang sama yang memegang mereka.Dalam data rujukan kami, terdapat istilah sister-subsidiary yang dipadankan sebagai subsidiari seinduk. Sehubungan dengan itu, cadangan bagi sister company ialah syarikat seinduk jika bersesuaian.Penyemakan dan penterjemahan27.08.2020

Kembali ke atas