Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub.ta.ju/] | سوبتاجوق

Definisi : tajuk bagi sesuatu pecahan bab atau bibliografi, tajuk kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subtajuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam penulisan teks, yang mana lebih tepat dan gramatis untuk menulis tajuk atau subtajuk, iaitu: 1. Memantapkan Kerjasama Antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Masyarakat; atau 2. Pemantapan Kerjasama Antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Masyarakat Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.Pemantapan Kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang dengan Masyarakat , lazimnya tajuk/subtajuk ditulis dalam bentuk kata nama. Tatabahasa06.01.2015
Saya mendapati rata-rata akhbar harian tidak menggunakan imbuhan pada tajuk atau subtajuk. Hal ini secara tak langsung menggalakkan orang ramai tidak perlu menggunakan imbuhan dalam penggunaan bahasa mereka. Bukankah DBP diberi mandat untuk memantau dan menegur pengguna bahasa yang tidak gramatis? Akhbar yang mempunyai pelbagai fungsi haruslah menjadi contoh yang baik dalam aspek menegakkan bahasa kebangsaan dan bukannya mencemarkan bahasa semata-mata untuk menjimatkan ruang.Terima kasih atas pandangan saudara. Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa memantau penggunaan bahasa oleh masyarakat khususnya penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik dan seterusnya memberikan khidmat nasihat bahasa tentang penggunaan yang betul melalui pelbagai saluran seperti khidmat bahasa dalam talian, melalui telefon, faksimile dan juga kunjungan.   Lain-lain29.05.2008
Apakah maksud istilah tatasemia? Terima kasih. Mengapakah akhbar harian tidak menggunakan imbuhan pada tajuk utama atau subtajuk? DBP perlu bertindak tegas terhadap akhbar harian yang memandang remeh terhadap hal ini kerana akhbar merupakan penyalur ilmu dan model bahaha?Harap saudara dapat memberikan konsep atau konteks penggunaan bagi kata tatasemia.  Dewan Bahasa dan Pustaka mengucapkan terima kasih atas pandangan dan cadangan saudara tentang peranan dan tanggungjawab DBP dalam memastikan penggunaan bahasa yang betul, khususnya dalam media cetak.  DBP sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat bahasa kepada masyarakat pengguna bahasa melalui pelbagai saluran seperti khidmat nasihat dalam talian, melalui faksimile, telefon dan juga kunjungan.Lain-lain29.05.2008
Saya Nipari ingin bertanya. Farasa itu termasuk kajian digalangan Fnologi atau Singtaksis? Terma kasih.Frasa ialah subtajuk dalam sintaksis.Tatabahasa30.09.2015
Lazimnya, Strategi dalam dokumen ditulis menggunakan kata kerja. Contohnya, Memperkukuh Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Sekiranya Strategi tersebut dijadikan tajuk/subtajuk, adakah ia ditulis menggunakan kata kerja atau ditukar kepada kata nama, iaitu Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.Ya, akan menjadi kata nama Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa.Tatabahasa13.01.2015
Salam sejahtera, (i) Kita difahamkan patut digunakan istilah 'baharu' menggantikan istilah 'baru' dalam semua penulisan rasmi. Ada maklumat lanjut/laman rujukan mengenainya? (ii) Makluman: Ada ralat dalam laman ini di bawah subtajuk 'Pengesahan Bahasa', iaitu tertaip 'samada ada': Ruangan Iklan adalah merupakan satu kemudahan ... samada ada iklan bergambar, ... Sekian, terima kasih. Liong1. Kata baru dan baharu kedua-duanya betul, namun penggunaannya dibezakan mengikut konteks ayat. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. Walau bagaimanpun penggunaan frasa buku baru dan kereta baru juga adalah betul.
2. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kami akan menyemak dan membetulkannya dengan kadar segera.
Tatabahasa14.04.2012
APAKAH KEPENTINGAN PROSES PENYUNTINGAN DALAM PENULISAN MANUSKRIP?DAN HURAIKAN SECARA TERPERINCI.Kepentingan penyuntingan manuskrip : ialah menyemak fakta, menyemak penggunaan bahasa dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca, dll., menyelaraskan persembahan teks seperti tajuk, subtajuk, jadual, rajah, nota kaki, bold, italic, dll., juga semakan dari segi penerbitan seperti rupa taip, saiz taip, jarak dan tinggi teks.Makna25.09.2006
Salam hormat kepada tuan. Masalah saya yang terkini bermauduk "Kata Darjah Sifat + Perbuatan Tidak Melampau". Karangan soal saya lampirkan, mohon tuan baca dan huraikan kesulitan saya.Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Berdasarkan sedikit maklumat ini, tidak ada subtajuk Kata Darjah Sifat + Perbuatan Tidak Melampau dalam buku Tatabahasa Dewan. Nyatakan sumber rujukan tuan, tetapi perlu diingat kami tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan oleh pihak lain, khususnya yang tidak selari dengan Tatabahasa Dewan.Tatabahasa14.08.2016
sila jelaskan panduan penyediaan kertas cadangan judul?

Salam sejahtera,

Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Kertas cadangan judul perlu mengandungi  maklumat yang berikut:

1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca.

2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan.

3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop  buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan.

4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan.

5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan.

6. Perihal saingan dan pasaran - buku  perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain.

7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran.

8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab.

9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan.

10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut.

 

Lain-lain12.07.2010
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera. Izinkan saya untuk memperkenalkan diri saya. Nama saya Muhammad Firdhaus bin Zulkifli. Saya merupakan pelajar dalam jurusan Bahasa Arab bagi peringkat sarjana ijazah di Universiti Mohamed ke-5 Rabat, Maghribi. Tahun ini merupakan tahun terakhir pengajian saya di mana saya perlu menulis tesis bagi melayakkan saya mendapat sijil. Saya berniat untuk memperkenalkan bahasa melayu di dalam tulisan saya di mana saya telah memilih untuk menulis berkaitan Nasalisasi dalam Bahasa Melayu di mana ia merupakan kajian ilmu fonologi. Saya berharap pihak DBP dapat memberi cadangan artikel - artikel yang dapat saya jadikan rujukan untuk kajian ini. Terima kasihTidak ada maklumat tentang penulisan khusus tentang nasalisasi. Aspek ini merupakan subtajuk dalam bidang fonologi. Kami mencadangkan tuan merujuk buku linguistik dan fonologi. Untuk melihat tajuk-tajuk buku tuan boleh  melihat katalog buku Pusat Dokumentasi Melayu, DBP melalui laman web http://pustaxa.dbp.gov.my/pustaxa/.  Syabas tuan dan semoga berjaya dalam pelajaran.Tatabahasa09.11.2017
12

Kembali ke atas