Syha Yumisyha Assalamualaikum Tuan/Puan/Cik DBP. Saya Seyha. Boleh saya pastikan daripada tuan, ejaan yang betul untuk : air mata @ airmata subuh @ Subuh zohor @ zuhur Terima kasih daun keladi. | Ejaan yang betul bagi ketiga-tiga perkataan tersebut dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat, iaitu (1) air mata; (2) subuh dan (3) zuhur | Ejaan | 28.04.2014 |
ejaan fardhu subuh: Adakah fardu Subuh atau Fardhu Subuh | Ejaan yang betul ialah fardu subuh. | Ejaan | 24.08.2009 |
Saya ingin mengetahui apakah ejaan untuk solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh perlu menggunakan huruf besar seperti nama khas atau huruf kecil. Sekian. Terima kasih. | Perkataan subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Mohon bantuan, adakah waktu-waktu solat seperti Subuh dan Zohor dikira sebagai Kata Nama Khas? Begitu juga dengan perkataan-perkataan yang terdapat daripada tafsir Al-quran iaitu:- Baitullah, Masjidil dan Rasulullah Adakah ianya kata nama khas? Sekian,bantuan dari pihak DBP amatlah dihargai.Terima kasih. | Waktu solat merupakan kata nama am dah dieja dengan huruf pertama kecil. Baitullah dan Rasulullah merupakan kata nama khas dieja dengan huruf pertama huruf besar manakala masjidil kata am kecuali jika merujuk kepada Masjidilharam iaitu, masjid Mekah maka dieja dengan huruf besar pada huruf pertama. | Tatabahasa | 08.07.2014 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang kerelevanan penggunaan huruf kecil dan besar yang digunakan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat. Mengapakah istilah keagamaan seperti hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak (saya hanya namakan sebahagian, sedangkan terdapat lebih banyak perkataan lain lagi) yang dieja dengan huruf kecil? Sedangkan hari Buruh, Gawai serta Hell, Heaven, Apocalypse, Halloween (dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan) dieja dengan huruf besar? Bukankah istilah keagamaan yang saya namakan tadi dianggap khusus dan sangat besar maknanya dalam isu keagamaan? Mengapakah hari yang darjatnya tidak setinggi hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar dan sebagainya itu dieja dengan huruf besar tetapi perkataan yang kritikal seperti istilah tersebut digunakan huruf kecil? | Pihak kami mengambil maklum atas pandangan puan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkenaan dan akan menjawap pertanyaan puan dalam masa terdekat. Terima kasih atas kepekaan puan dalam tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 19.08.2019 |
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=broad&d=139128LIHATSINI Sila semak semula tafsiran berikut. Ia salah sama sekali. day-labourer broad ~, hari sudah siang: we had planned to arrive before dawn,but when we did it was broad ~, kami bercadang utk tiba sebelum waktu subuh, tetapi apabila kami tiba hari sudah siang; in ~, semasa hari (masih) siang: I was anxious to see what the place looks like in ~, saya tdk sabar-sabar lagi hendak melihat rupa tempat itu semasa hari siang; in broad ~, a. in the daytime, pd /siang hari, waktu siang/; b. in public, secara terang-terangan; see ~, understand st previously puzzling or obscure, faham, mengerti. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kami akan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak yang berkenaan. | Lain-lain | 22.04.2020 |
Saya ingin maklumat biodata tentang ZAIHASRA ( Zaiton Abdullah) dan Zurinah Hassan. Selain itu, bolehkah saya mendapatkan dua buah sajak yang banyak menggunakan simbol dan lambang dalam penulisan mereka. | Sdr. boleh merujuk dan mendapatkan biodata/maklumat tentang Zurinah Hassan dan Zaihasra (Zaiton Abdullah) melalui buku Biografi Penulis WAJAH Edisi Ketiga terbitan DBP 2005. Buku tersebut boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP Berhad, Tingkat Bawah, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau merujuk di perpustakaan iaitu Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Di perpustakaan, sdr. boleh merujuk sajak Zaihasra "Lautan di Waktu Subuh" terbitan DBP yang berjudul Karya Pemenang Hadiah Sastera 1974-76. Juga sajak Zurinah Hassan berjudul "Kuali Hitam" yang mengandungi simbol atau perlambangan. | Lain-lain | 04.09.2008 |
Pegawai dan staf saya sering keliru tentang penggunaan "dari" dan "daripada" serta "ialah" dan "adalah". Bagaimanakah saya, yang tidak terlatih dalam bidang bahasa boleh menjelaskan dan memberi panduan kepada mereka tentang penggunaan istilah-istilah yang dinyatakan di atas? Terima kasih. | Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca atau asal kejadian sesuatu benda dan juga perbezaan atau perbandingan. Contoh: 1. Saya datang dari kampung. 2. Lori itu datang dari arah kiri. 3. Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi. Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: 1. Bapa saya ialah seorang guru. 2. Kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar. 3. Makanan itu adalah baik untuk kesihatan. | Tatabahasa | 07.06.2012 |
Salam sejahtera, Tuan/Puan Saaya amat keliru tentang penggunaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada'. Walaupun telah merujuki Kamus Dewan Edisi Empat dan bertanyakan guru bahasa, jawapan yang diberikan masih bercangggah. Bolehkah tuan/puan mengesahkan ayat manakah yang betu? 1a) Keluarkan air dari akuarium 1b) Keluarkan air daripada akuarium 2a) Minium jus dari kotak minuman 2b) Minum jus daripada kotak minuman 3a) Jauhkan kerosin dari sumber haba 3b) Jauhkan kerosin daripada sumber haba Sekian, terima kasih CK | Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Contoh: 1. Lori itu datang dari arah kiri. 2. Saya datang dari kampung. 3. Keadaannya makin tenat dari sehari ke sehari. 4. Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi. Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang mneyatakan perkara berikut: 1. Punca bagi manusia atau institusi , haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak). 2. Sumber atau asal kejadian sesuatu benda. 3. Perbezaan atau perbandingan. 4. Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan. Berdasarkan ayat yang diberikan, semuanya merujuk kepada punca bagi benda dan unsur mujarad (abstrak). Oleh itu, kata sendi nama yang betul ialah daripada. | Tatabahasa | 12.02.2012 |
Minta tuan jelaskan 1) penggunaan yang betul bagi kata "adalah" 2) perbezaan di antara "kepada" dan "ke" 3) perbezaan di antara "dari" dan "daripada" | Kata pemeri "adalah" digunakan untuk menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh ayat: Kursus ini adalah untuk memberi penjelasan berkenaan format surat rasmi. 2. Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat ini, peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan, keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi. 3. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Contoh ayat: Angin kencang bertiup dari arah selatan, perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi, anda datang dari mana?. Kata sendi nama "daripada" pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang berkaitan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan abstrak; sumber atau asal kejadian sesuatu benda perbandingan; menyatakan sebahagian daripada semu, perbezaan, perubahan atau perbandingan. Contoh ayat: Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah, ukiran itu diperbuat daripada logam, edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 263-274. | Tatabahasa | 06.05.2010 |