Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dah] | سوده

Definisi : 1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak di­­katakan. 4 = sudahlah cukuplah; ber­hentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhir­­nya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi mem­berikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
minta tuan memberikan maksud perkataan : KONSEKUENNYA.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud konsekuen ialah secocok (sesuai, selaras) dengan kata-kata dan lain-lain yang terdahulu atau sama (tidak bersalahan) dengan yg sudah-sudah.Makna05.06.2009
ASSALAMUALAIKUM...ayat yang tepat: 1)masa sudah sampai @ masa sudah tiba...(merujuk kepada kematian)Ungkapan 'masa sudah sampai' dan 'masa sudah tiba' bermaksud sampai tempoh, tiba waktunya atau masanya (yang telah dijanjikan), kedua-duanya boleh merujuk hal kematian.Tatabahasa14.01.2011
Tuan, apakah berbezaan perkataan 'sudah' dan 'telah'? Dia sudah/telah makan?

Dalam Kamus Dewan, sudah dan telah mempunyai maksud yang sama.

Tatabahasa30.11.2011
APakah takrif remaja menurut Kamus Dewan?remaja 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda;Makna23.12.2008
Apakah yang dimaksudkan dengan warga tua?Warga tua bermaksud orang sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur tua atau bahasa halusnya orang tua.Makna31.08.2006
"bermacam-macam tipu helah".ayat ini betul atau salah?("tipu helah" sudah ganda?)"tipu helah' sudah memadai kerana sudah menunjukkan banyak helah.Tatabahasa06.10.2012
Saya ingin bertanya adakah laman web http://www.karyanet.com.my sudah tidak berfungsi atau sudah di ganti dengan laman web lain.. Ini kerana ia sudah tidak dapat di akses.. Laman ini sangat berguna..

Assalamualaikum

Saya cadangkan saudara melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan rujukan berkaitan kebahasaan dan khazanah persuratan melayu di alamat http://www.dbp.gov.my

Terima kasih 

Lain-lain28.03.2010
Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau ____________. A. hapak B. tengik Apakah jawapannya?Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak.Tatabahasa31.07.2012
Mereka sudah mempelajari teknik bersukan dengan betul. pasifkan akan jadi Teknik bersukan sudah dipelajari mereka dengan betul. atau Teknik bersukan sudah dipelajari dengan betul oleh mereka. yang mana satu betul? atau kedua2nya. tqKedua-dua ayat pasif tersebut betul, yang berbeza hanyalah ayat pertama meletakkan frasa keterangan di hujung ayat; Teknik bersukan sudah dipelajari mereka dengan betul, manakala ayat kedua meletakkan frasa keterangan di tengah-tengah ayat; Teknik bersukan sudah dipelajari dengan betul oleh mereka.Tatabahasa14.04.2009
Sudah agak lama saya 'terputus hubungan' dgn DBP sebaik saja saya melangkah ke alam pekerjaan. Saya mempunyai beberapa naskhah cerpen yg pernah disiarkan oleh RTM Sabah hampir 20 thn lalu dan berminat utk dibukukan. Bagaimana prosedur menghantar contoh naskhah tersebut?

Prosedur menghantar manuskrip adalah seperti berikut:

1.        Jumlah cerpen sebaik-baiknya 20 cerpen atau lebih.

2.       Pastikan anda mendapatkan izin terbit daripada penerbit asal sekiranya anda ingin menerbitkan semula cerpen-cerpen yang telah tersiar  di majalah, akhbar atau terbitan lain.

3.       Taip manuskrip anda dalam jarak langkau dua baris (double spacing) pada sebelah halaman kertas sahaja pada kertas A4. Tuliskan muka surat manuskrip secara berurutan daripada cerpen pertama sehingga cerpen terakhir.

4.       Sediakan halaman Kandungan serta muka suratnya.

5.       Tulis judul manuskrip dan nama penulis pada kulit manuskrip.

6.       Jilid manuskrip dengan kemas.

7.       Kirimkan satu salinan manuskrip bercetak kepada Ketua Editor Buku Sastera (bagi pembaca dewasa), atau kepada Ketua Editor Buku Kanak-kanak dan Remaja (jika pembacanya kanak-kanak atau remaja). Sertakan satu salinan digital manuskrip tersebut (dalam CD atau disket). Sertakan juga sedikit biodata anda, alamat dan nombor telefon atau e-mel, serta nama waris anda (isteri, anak dsb.) serta alamat mereka.

Lain-lain09.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas