Saya kurang pasti mengenai faktor pembentukan istilah dalam Bahasa Melayu. Melalui pembacaan penyerapan istilah asing, bentuk-bentuk serapan,istilah asing yang sudah lazim, pemilihan kata daripada Bahasa Melayu, pemilihan kata daripada Rumpun Melayu, perbendaharaan kata bahasa asal dinyatakan sebagai faktor. Adakah ini benar. Mohon penjelasan dan buku rujukan. | Untuk makluman, pembentukan istilah melibatkan tiga proses, iaitu pemantapan, pemadanan (penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing, gabungan penterjemahan dan penyerapan) dan perekaciptaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tatacara pembentukan istilah, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu edisi baharu (2005) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Istilah | 02.02.2013 |
Adakah frasa "sejak dua menjak" boleh digunakan dalam bahasa Melayu atau hanya bahasa pasar? | Menjak merupakan perkataan arkaik yang bermaksud "mulai, sejak; semenjak". Perkataan arkaik bermaksud 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai lagi (berkenaan kata, ungkapan, dan sebagainya). Maknanya, istilah tersebut sudah tidak lazim digunakan dan bukan perkataan bahasa Melayu standard. | Lain-lain | 29.09.2016 |
Adakah ayat di bawah ini betul penggunaan imbuhannya? 1. Ani sedang bernyanyi dan bernari. | Bernyanyi sama maksudnya dengan menyanyi, manakala bertari juga sama maksudnya dengan menari tetapi kata bertari sudah tidak lazim lagi digunakan. Oleh itu, bagi menghasilkan ayat yang gramatis, ayat tersebut perlu diubah menjadi "Ani sedang bernyanyi/menyanyi dan menari" | Tatabahasa | 10.01.2014 |
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang dapat menerima kata atau perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu. Ahli Lembaga Bahasa di DBP seharusnya memasukkan kata atau perkataan yang lazim dituturkan bukan memasukkan kata atau perkataan yang dipinjam( curian ) daripada bahasa Inggeris semata-mata. Contoh penggunaan kata dan perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu tetapi tiada di dalam Kamus Dewan ialah : 1. guris ( gores ) 2. cincang ( cencang ) 3. ciplak ( jiplak ) 4. gabra ( gubra ) 5. taksub ( taasub ) 6. celupar ( celopar ) 7. istirehat ( istirehat ) 8. Ramadhan ( Ramadan ) 9. analisa ( analisis ) 10. stokin ( stoking ) 11. kerinting ( keriting ) 12. lagenda ( legenda ) 13. pensil ( pensel ) 14. mustika ( mestika ) 15. ole-ole ( oleh-oleh ) 16. kuayer ( koir ) dll | Encik Rizuan, Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 11.05.2010 |
Dalam penulisan, bagaimanakah kita menjawab soalan, "Apa khabar?" - Adakah jawapan yang gramatis, "Saya khabar baik" atau, "Khabar saya baik"? - Cukupkah sekadar menjawab, "Khabar baik"? Misalnya dalam menjawab e-mel seorang rakan. | Jika untuk penggunaan lazim seperti dalam e-mel, jawapan "Khabar baik" sudah memadai. Jika untuk tujuan peperiksaan mohon rujuk kepada guru bahasa Melayu. | Tatabahasa | 19.02.2018 |
Ayat ' Tuan/Puan diminta menyenaraikan buku-buku yang diperlukan oleh jabatan tuan'. Adakah betul penggunaan '...menyenaraikan buku-buku...'. Terima kasih. | Encik Wong, Dari segi penggunaan lazim oleh masyarakat umum ayat dan frasa tersebut digunakan. Walau bagaimanapun, yang betul dan tepat ialah 'menyenaraikan buku'. Kata buku tidak perlu diulang kerana apabila kita menyenaraikan sesuatu sudah tentu melibatkan perkara atau benda yang banyak. | Tatabahasa | 22.03.2010 |
Wujud atau tidak perkataan perbagai yang bermaksud berbagai-bagai/pelbagai. Pelbagai jenis barang atau pelbagai barang ? | Mengikut Kamus Dewan Edisis Keempat kata pelbagai, perbagai perbagai-bagi bermaksud berbagai-bagai, beberapa jenis. Yang lazim atau yang telah m,antap penggunaannya ialah berbagai-bagai atau pelbagai seperti dalam penggunaan pelbagai barang. Kata pelbagai sudah membawa maksud beberapa jenis. | Makna | 19.03.2008 |
Salam, keliru dengan perkataan "baharu" dan "baru". Hasil rujukan kamus dewan bahasa edisi 4, kedua-dua perkataan boleh diterima. Namun, belakangan ini perkataan 'baharu" seolah-olah diterima pakai secara umum. Soalan: Apakah perkataan "baru" sudah dianggap satu kesalahan ejaan? Terima kasih. | Kamus Dewan memberi makna baharu sama dengan baru. Buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baharu ialah kata adjektif (dalam bahasa Inggeris ialah new) yang lazim kita temui dalam ayat rumah baharu dan pelajar baharu, manakala baru ialah kata bantu (dalam bahasa Inggeris ialah just) seperti dalam ayat dia baru sampai dari Terengganu. Untuk golongan pelajar, kami nasihatkan mengambil panduan yang ditetapkan dalam buku Tatabahasa Dewan kerana Kamus Dewan lebih kepada mengungkapkan makna sesuatu kata bukannya panduan dalam berbahasa. | Tatabahasa | 01.02.2015 |
Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? 1) Nasril jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis. - Mana satu yang lebih tepat?jarang pulang ke kampung atau jarang-jarang pulang ke kampung? 2) Ali risau kerana rambutnya sudah jarang.Betul ke penggunaan jarang dalam konteks ayat tersebut? | Jarang bermaksud: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap, 2. tidak lebat, tidak padat; dan 3. sama maksudnya dengan jarang-jarang, iaitu tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata jarang dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun apabila hendak menggambarkan maksud tidak kerap lazimnya perkataan jarang-jarang yang digunakan. | Tatabahasa | 19.02.2013 |
Soalan ini spesifik kepada hukum tatabahasa di dalam kata kerja tak transitif:- Sekiranya pengunaan imbuhan ber- itu adalah untuk perbuatan yang dilakukan sebagai kebiasaan, adakah perkataan "bertari" itu benar, atau adakah "menari" itu satu-satunya perkataan yang sah dalam Bahasa Melayu? Bolehkah kita menggunakan kedua-dua perkataan "bertari" dan "menari" di dalam ayat tak transitif, sepertimana kita menggunakan "bernyanyi" dan "menyanyi"? Terima kasih. | Perkataan bertari merupakan perkataan lama yang sudah tidak lazim digunakan, atau arkaik. Pada masa kini perkataan tersebut tidak digunakan lagi dan perkataan tari disesuaikan dengan penggunaan awalan kata kerja me-, iaitu menari. | Tatabahasa | 25.02.2019 |