| Kata hubung: Perbezaan antara kemudian dan lalu. Soalan:encik lim membuka pintu _____masuk ke dalam pejabatnya. Sayuran itu direndam dengan air garam ______dibasuh bersh-bersih. Dia mengasingkan buku itu ________disusun di atas rak. Nani mengambil buku latihannya ______disusun di atas rak buku. Minta tunjuk ajar,tq | Tidak ada rujukan yang khusus dalam pangkalan data kami tentang perbezaan antara kedua-dua kata hubung tersebut. Kata kemudian dan lalu digunakan bagi menghubungkan dua perkara yang berlaku berturut-turut, tetapi tidak ditemukan batas panggunaan atau pengkhususan bagi kedua-duanya. Melihat kepada aspek makna, kemudia bermaksud selepas sesuatu waktu dan lalu bermaksud yang sudah lepas. Berdasarkan aspek makna, kedua-dua kata hubung tersebut bertukar ganti dalam banyak keadaan. 1. Encik lim membuka pintu kemudian/lalu masuk ke dalam pejabatnya. 2. Sayuran itu direndam dengan air garam kemudian/lalu dibasuh bersh-bersih. 3. Dia mengasingkan buku itu kemudian/lalu menyusunnya di atas rak. 4. Nani mengambil buku latihannya kemudian/lalu menyusunnya di atas rak buku. | Tatabahasa | 09.04.2014 |
| Selepas menonton atau Lepas menonton | Kedua-duanya boleh digunakan untuk konteks ayat ini. "Selepas" adalah kata terbitan daripada perkataan "lepas" yang membawa maksud sesudah, atau setelah sudah atau setelah selesai. "Lepas" biasanya digunakan untuk bahasa percakapan. | Tatabahasa | 12.03.2014 |
| Apakah perbezaan antara LEPAS dan SELEPAS? Dalam konteks ayat yang bagaimanakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan? Terima kasih. | LEPAS - tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~; selepas -kata terbitan perkataan lepas yang membawa maksud sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat;. Perkataan ini berperanan sebagai kata hubung waktu. Lazimnya, kedua-duanya boleh digunakan apabila berfungsi sebagai kata hubung masa. " Lepas" biasanya digunakan dalam bahasa percakapan. cth: Lepas sarapan, dia terus pergi kerja.
| Tatabahasa | 11.09.2012 |
| Siti Rahimah SAT 3:31PM Aslmlkm...saya nak tanya..saya dah buat pembelian buku DBP secara atas talian..saya pilih bank deposit..lepas saya sudah bankin..perlu ke saya email slip bank atau x payah? Harap pihak en dapat balas..sbb saya memerlukan sangat buku tu secepat mungkin..saya xnak buku tu x sampai pada saya.. Harap pihak en faham.. | Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. | Lain-lain | 16.07.2016 |
| Hi, saya nak daftar iklan di DBP SAH BAHASA saya sudah isikan semua dan sudah pilih Pihak Berkuasa Tempatan Lepas semua siap , saya click simpan, Then system tulis "berjaya dicipta". Tapi saya pergi bayar, sana tulis "Rekod tidak wujud. Sila buat permohonan", tak ada bayaran boleh pilih saya pergi balik paparan utama, masuk tadi iklan yang saya permohonan tapi yang tempat "Pihak Berkuasa Tempatan" jadi Tiada Rekod Then saya kemas kini semula then sent satu kali lagi system tulis "Masalah Kemaskini permohonan tidak berjaya" saya sudah cuba lain account , lain computer pun tak boleh | Saya sudah maklumkan perkara ini kepada pegawai teknikal. Pegawai teknikal kami akan cuba membantu menyelesaikan masalah tuan. | Lain-lain | 24.08.2018 |
| Berkenaan dengan soalan saya yang lepas, Pihak DBP mengatakan bahawa Majlis Graduasi sudah boleh diterima. Adakah maksudnya perkataan tersebut sudah diterima pakai untuk digunakan? Kedua, adakah perkataan graduasi (asalnya graduation - yang bermaksud pelajar yang menerima ijazah) sudah boleh diguna pakai oleh mereka yang menerima SPM dan STPM? | Ya, perkataan tersebut sudah boleh digunakan dan boleh diguna pakai untuk pelajar SPM dan STPM yang sudah tamat pengajian. | Istilah | 02.11.2019 |
| Adakah ayat ini betul: Soalan peperiksaan ini lebih senang daripada tahun lepas. | Ayat tersebut sudah betul. | Tatabahasa | 29.06.2020 |
| bercuti ke / bercuti di dalam konteks berlainan. (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (b) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. (c) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (d) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. Adakahsemua jawapannya "ke" untuk menunjukkan tempat yang ditujui? (a) dan (b) menunjukkan kejadian yang sudah berlaku. begitu juga dengan "makan angin ke" atau "makan angin di" Harap dapat pencerahan. | Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan juga menunjukkan waktu atau masa. Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Frasa “Pada minggu lepas” menunjukkan waktu yang telah berlalu/telah berlaku manakala frasa “Pada minggu akan datang” menunjukkan waktu yang akan berlaku. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, ayat (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak lebih tepat berbanding ayat (b). Bagi ayat (c) dan (d), sila pastikan penggunaan kata bantu aspek “telah” sepatutnya yang betul ialah “akan” kerana merujuk frasa “Pada minggu akan datang”. Ayat yang betul ialah Pada minggu akan datang, keluarga Ali akan bercuti ke Sarawak. Makan angin membawa maksud yang sama dengan bercuti. Oleh yang demikian, konsep penggunaan kata sendi nama “ke” dan “di” sama seperti contoh ayat yang diberikan.
| Lain-lain | 14.08.2021 |
| Adakah ada kemungkinan perkataa hilang daripada laman web PRPM? Saya rasa ada membuat carian "five spice powder" dan mendapat keputusan beberapa hari atau minggu yang lepas. Sekarang apabila membuat carian, ia sudah tiada dalam pangkalan data. Apakah five spice powder dalam bahasa Malaysia? Saya mendapat panca rempah dalam carian yang lepas. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Untuk makluman, terdapat masalah teknikal untuk mengakses laman PRPM bagi Istilah Bahasa Melayu. Namun begitu, masalah tersebut telah diatasi. Bagi istilah yang diberikan, kami mencadagkan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: five spice powder - panca rempah Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 17.06.2021 |
| Terdapat masalah dalam soalan lepas saya dari 17 Nov 2025. Laman ini kata ia sudah diselesaikan tetapi saya tidak mendapat sebarang jawapan: Bagaimana patut nama tempat di Mesir dieja dalam sistem BM? Patutkah ejaan Melayunya berdasarkan ejaannya dalam tulisan Arab, sebutan loghat Mesir, atau ejaan bahasa Inggerisnya? Contoh tempat dalam Inggeris: Deir el-Medina, Saqqara, Gebel el-Silsila (دير المدينة، سقارة، جبل السلسلة.). Untuk rujukan, ITBM terjemahkannya menjadi Dayr al-Madinah, Saqqarah dan Jabal as-Silsilah. | Proses mengalih bahasa bagi kata tertentu dalam bahasa Melayu hendaklah merujuk sumber asalnya, iaitu bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu kata nama Arab "Dar al-" lazimnya menjadi "darul" seperti Darul Iman dan Darul Makmur. Walau bagaimanapun, nama Dayr al-Medinah ini merupakan nama khas yang belum ditrasliterasikan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kami mencadangkan ejaan Dar al-Madinah digunakan. Bagi dua lagi lama, ejaan Saqarah (bentuk tasydid tidak divisualkan) dan Jabal al-Silsilah digunakan. | Ejaan | 29.04.2026 |