1. Apabila sudah dewasa, kita tidak sepatutnya masih bergantung ( pada , kepada )orang lain lagi ? Jawapan manakah lebih sesuai ? TQ 2(A) Kakak membuat kerja sekolah dengan teliti di bilik bacaan. @ (B)Kakak membuat kerja sekolah di bilik bacaan dengan teliti. Ayat A @ Ayat B lebih tepat? 3. kuih-muih tradisional @ kuih-muih lama ? 4. mencuci kasut hingga bersih @ mencuci kasut sehingga bersih ? Terima kasih.................. | 1. Apabila sudah dewasa, kita tidak sepatutnya masih bergantung pada orang lain lagi. 2. Kakak membuat kerja sekolah dengan teliti di bilik bacaan. Kakak membuat kerja sekolah di bilik bacaan dengan teliti. - kedua-duanya betul. 3. Kuih-muih tradisional. 4. Mencuci kasut hingga/sehingga bersih. - hingga/sehingga kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 10.05.2010 |
Assalamualaikum...saya inginkan pendapat pihak tuan berkaitan RUMUS KEKECUALIAN yang digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh penggunaan dalam kata majmuk bentuk yang telah mantap. Istilah frasa 'bentuk yang telah mantap' saya fahami sama juga seperti RUMUS KEKECUALIAN. Namun saya sudah mencari banyak sumber tentang rumus berkenaan tapi masih gagal. Rumus ini juga digunakan untuk istilah Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Adakah jawapan 'sudah mantap / sudah menjadi kebiasaan / sudah diterima pakai' menjadi jawapan kepada RUMUS KEKECUALIAN itu? Mohon pencerahan. BJB! | Assalamualaikum...saya inginkan pendapat pihak tuan berkaitan RUMUS KEKECUALIAN yang digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh penggunaan dalam kata majmuk bentuk yang telah mantap. Istilah frasa 'bentuk yang telah mantap' saya fahami sama juga seperti RUMUS KEKECUALIAN. Namun saya sudah mencari banyak sumber tentang rumus berkenaan tapi masih gagal. Rumus ini juga digunakan untuk istilah Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Adakah jawapan 'sudah mantap / sudah menjadi kebiasaan / sudah diterima pakai' menjadi jawapan kepada RUMUS KEKECUALIAN itu? Mohon pencerahan. BJB! Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Senarai kekecualian dalam bahasa Melayu termaktub dalam buku pegangan untuk tatabahasa bahasa Melayu iaitu Tatabahasa Dewan. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada rumus kekecualian, yang ada cuma senarai kekecualian seperti yang disenaraikan dalam Tatabahasa Dewan, dinyatakan kekecualian kerana tidak mengikut rumus dalam Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Saya sudah merujuk Tatabahasa Dewan dan dicatat bahawa ayat tanya "Siapa nama kamu? " adalah bahasa pertuturan dan sepatutnya ayat tersebut ditulis "Siapakah nama kamu? ". Namun saya dapati dalam Kamus Pelajar dan Kamus Dewan, ayat " Siapa nama kamu?" adalah betul. Ketiga-tiga buah buku diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka . Saya perlu ikut buku mana? | Dalam rumus tatabahasa kita mesti mengambil panduan yang ditetapkan oleh buku Tatabahasa Dewan. Dalam Tatabahasa Dewan jelas menunjukkan bahawa ayat tanya "Siapa nama kamu?" merupakan bentuk lisan, bentuk yang gramatis dan digunakan dalam tulisan ialah "Siapakah nama kamu?". | Tatabahasa | 11.12.2012 |
Salam, Kebelakangan ini saya perhatikan pihak media tidak lagi menggunakan imbuhan 'kan' dalam laporan mereka. Saya tertanya-tanya adakah penggunaan 'kan' sudah tidak diamalkan lagi. Contoh laporan: 1) Sebuah badan khas ditubuh. (Utusan Malaysia: 10/11/10) (Bukankah sepatutnya: sebuah badan khas ditubuhkan) 2) Penganggur dipenjara. (TV3) (Bukankan sepatutnya penganggur dipenjarakan) Harap pihak DBP dapat perjelaskan. Sekian, terima kasih. | Saudara, Mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu yang baku dan rasmi, imbuhan meN...kan masih terpakai seperti dalam perkataan menubuhkan/ditubuhkan, memenjarakan/dipenjarakan. Walau bagaimanapun, adakalanya pihak pengguna bahasa tidak begitu teliti atau terlepas perhatian tentang perkara ini kerana terlalu biasa dengan apa yang diamalkan terutamanya dalam bahasa percakapan. | Lain-lain | 10.11.2010 |
adakah penggunaan 'mencukupi' betul? bukankah selepas tambahan 'me-i' sepatutnya kata nama. contoh: Bekalan beras di Malaysia tidak mencukupi. atau 'cukup' sahaja sudah mencukupi?? | kata kerja berimbuhan 'me-i' diikuti dengan kata nama; contohnya ... menghadiahi bunga ..., mencukupi bukan golongan kata kerja, oleh itu tidak terikat dengan hukum tersebut. Ayat, "Bekalan beras di Malaysia tidak mencukupi" adalah betul. | Tatabahasa | 17.04.2008 |
Saya baru-baru ini menggunakan perkataan kelu untuk jari yang tak mampu meluahkan kata-kata melalui tulisan. Bagi saya, perkataan kelu sudah wajar diperluaskan untuk maksud hajat meluahkan kata-kata yang tertahan baik dari segi lisan mahupun penulisan. Memandangkan zaman sekarang media elektronik sudah semakin berpengaruh, penyampaian kata-kata dan perhubungan sudah semakin digital dan melebihkan tulisan berbanding lisan. Keadaan kelu tak mampu berkata sepatutnya turut boleh digunapakai untuk jari yang tak mampu menaip atas sebab hati yang tak yakin. | Kami menerima pandangan tuan. Sehingga hari ini, kami masih memegang Kamus Dewan sebagai panduan iaitu kelu bermaksud . tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dll): mendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; 2. Kl sangat bodoh, bingung: jangan disuruh budak yang ~ itu; mengelukan menjadikan kelu, menyebabkan tidak dapat berkata-kata; ~ diri mendiamkan diri (tidak berkata-kata); terkelu tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata); kekeluan perihal atau keadaan kelu: setiap kali mulutnya berkumat-kamit hendak berkata, setiap kali pula ~ timbul. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
Kenapakah masa kini sudah banyak terdapat iklan-iklan besar samada disepanjang lebuhraya atau dipersimpangan jalan di bandaraya ditulis hanya dalam Bahasa Inggeris? Tanggong jawab siapakah memantau atau menegur perbuatan ini? Adakah DBP, PBT atau kerajaan negeri.? contoh iklan Ambank. Mana letaknya martabat bahasa Kebangsaan kita? Sekian harap maklum dan terima kasih. | Sdr Mat2162, terima kasih atas keprihatinan sdr. untuk pengetahuan sdr. tanggung jawab ini terletak pada PBT kerana mereka mempunyai undang-undang kecil yang mengawal masalah penggunaan bahasa pada papan tanda di kawasan mereka. DBP hanya, sehingga soalan ini dijawab, hanya boleh menegur, memberi nasihat dan mencadangkan bahasa yang sesuai untuk digunakan. Walau bagaimanapun rasa cintakan bahasa itu sepatutnya ada pada setiap warga Malaysia dan seharusnya perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana dalam perlembagaan telah termaktub bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan penggunaannya hendaklah diutamakan . Terima kasih. | Tatabahasa | 04.12.2007 |
Salam sejahtera, Maaf, saya ingin bertanya sekali lagi (sudah masuk kali ke tiga) Ayat ini : Semua peserta angkat berat itu " begitu hebat - hebat belaka " . Adakah ayat ini gramatis ? Sekiranya ayat tersebut berbunyi : Peserta - peserta angkat berat itu begitu hebat - hebat belaka . (tidak gramatis, sepatutnya penggandaan dilakukan pada subjek ATAU pada kata adjektif HEBAT shj, salah satu.) Sekiranya ayat itu gramatis : Mengapa " kesemua peserta " (plural) boleh diikuti dengan " hebat - hebat " (bermaksud jamak juga) ? Kata penguat " begitu " boleh disusuli dgn kata penguat belakang ( sekali ) ? Terima kasih ! ChoyHH (choy862003@yahoo.com) | Semua peserta angkat berat itu begitu hebat-hebat belaka, ayat ini tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah 'Semua peserta angkat berat itu begitu hebat' kerana subjek dalam bentuk jamak dapat diikuti dengan predikat dalam bentuk tunggal. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
1.Adik menyarungkan kasut dekat kakinya lalu keluar dari rumah. 2.Walaupun sudah berusia,namun datuk masih teguh ke hutan mencari akar kayu. 3.Amboi,murah sekali telefon bimbit di kedai ini! 4.Sebaik sahaja kami melalui jalan ini,bangunan itu belum terbakar. 5.Pendapatannya sudah mencecah RM 10 000 sebulan sejak berniaga. 6.Linie yang sedang demam panas itu sering mengacau dengan memanggil-manggil nama ayah. 7.Pokok-pokok yang tumbang itu menahan perjalanan kenderaan. Soalan-soalan tersebut mana salah? | Semua soalan tersebut tidak gramatis, contohnya ayat pertama: penggunaan frasa 'dekat pada kaki' dan 'keluar dari rumah' adalah tidak tepat. Sepatutnya ayat tersebut menjadi: Adik menyarungkan kasut lalu keluar daripada rumah. Untuk soalan kedua hingga ketujuh, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 18.02.2012 |
soalan 1 1. Anizah _________ dinaikkan pangkat walaupun dia sudah berkhidmat selama 12 tahun A. belum pernah B. masih belum kenapa memilih jawapan tersebut soalan 2 Pilih jawapan yang betul A. Aziah tidak perempuan yang mementingkan harta B. Lawatan ke Sarawak itu tidak cadangannya. C.Ainah bukan mudah terpedaya akan pujuk rayu jurujual itu. D.Roti itu tidak buatan syarikat tempatan mana satu jawapanya?kenapa memilih jawapan tersebut | 1. Dari segi tatabahasa bahasa Melayu, kedua-dua jawapan yang diberikan, iaitu "belum pernah" dan "masih belum" adalah betul dan boleh digunakan. 2. Semua jawapan yang diberikan adalah salah kerana penggunaan perkataan "bukan" dan "tidak" adalah tidak betul. Soalan A, B dan D sepatutnya menggunakan perkataan "bukan", dan soalan C sepatutnya menggunakan "tidak". | Tatabahasa | 19.04.2012 |