Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Besar gelanggang tempat menyabung,
     Tanam buluh menjadi rebung;
Kalaulah sudah suka menolong,
     Tentu orang semua terkampung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Jikalau di hulu airnya keruh,
     tak dapat tidak di hilirnya keruh juga.

Bermaksud :

Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga).

 

Lihat selanjutnya...(11)

436

Once bitten, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekalilah si buta kehilangan tongkat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy.

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekalilah si buta kehilangan tongkat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dengan cara sebegini, sudah tentu anak-anak tidak akan berasa keseorangan semasa melalui segala kesukaran dalam hidup . Adakah penggunaan dengan cara sebegini diawal ayat dibenarkan ?Salam sejahtera,

Ayat di atas betul penggunaan kata "dengan".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa07.06.2017
Apakah pola untuk ayat berikut: i) Dapatkah anda mengatasi masalah ini? ii) Ya, sudah tentu boleh! iii) Eloklah anda mulakan tindakan ini segera.Soalan yang dikemukakan tidak jelas.

Untuk makluman puan, pola ayat terdiri daripada :
 I. Frasa Nama + Frasa Nama
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
iii. Frasa Nama+Frasa Sendi Nama
iv. Frasa Nama +Frasa Adjektif

Berdasarkan ayat di atas, ayat pertama merupakan ayat tanya, kedua ialah ayat seru dan ketiga ialah ayat penyata.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk keterangan lebih lanjut.
Tatabahasa29.11.2013
peribahasa pada maksud "dalam tangan"Maksudnya ialah dalam kekuasaan(kemampuan, milik) seseorang,sudah tentu dapat atau akan diperoleh. Lain-lain10.04.2008
Makna dalam tanganMakna dalam tangan ialah dalam kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh.Ejaan09.08.2006
1.“Pusat sumber, buku cerita, cerita rakyat, telur ayam, papan kenyataan, kacang tanah, ayam telur, kalau begitu, sudah tentu, sahabat karib,alat bantu, corong minyak, salur gas, sangkar telur, kotak tin, tin susu, kitar semula, batang paip, bongkah polistirena, ping pong, kit telefonik, guru inovatif, sekolah rendah, reka bentuk.” Sila berikan petunjuk kata manakah yang merupakan ayat majmuk rangkai kata bebas? Terima kasih. 2.Ali meminjam buku di/dari/daripada perpustakaan. Kata sendi nama apa yang sesuai dalam konteks ayat ini?

1. Sila perincikan pertanyaan tuan. Senarai yang diberikan bukan ayat majmuk.

2. Ali meminjam buku daripada perpustakaan.
Tatabahasa07.12.2014
Yang manakah betul? (a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal. (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal. Sudah tentu kedua-dua ayat di atas ialah ayat pasif. Boleh tak tuan tunjukkan ayat aktifnya?(a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal. (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal. Kedua-dua ayat tersebut betul dan kedua-dua bentuk ayat pasif ini telah menggugurkan pelaku, sepatutnya ayat tersebut menjadi; (a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal (oleh Ahmad). (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal (oleh Ahmad). Penguguran ini dibenarkan untuk ayat pasif diri ketiga. Berdasarkan bentuk asal ayat tersebut, ayat aktifnya menjadi; (a) Ahmad membuat meja itu daripada kayu cengal.Tatabahasa13.05.2009
apakah kebaikan gotong-royong

Gotong-royong bermaksud sama-sama mengerjakan sesuatu atau saling membantu ketika membuat sesuatu. Sudah tentu banyak kebaikan yang kita dapat apabila sesuatu kerja dilakukan bersama-sama. Kita dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat lagi, meringankan beban kerja yang berat/banyak, menjana ekonomi lebih luas lagi dll.

Lain-lain19.02.2009
salam....saya nak bertaya pandangan pihak DBP mengenai tugasan asgment saya...apakah pandangan pihak tuan jika Kementerian Pendidikan mengarahkan guru b.melayu mengajar dalam bahasa inggeris....

Terlebih dahuli saya ingin tahu sama ada kerjaya sdr guru (pendidik)? Jika kerjaya sdr guru sudah tentu sdr mendapat pendidikan yang sempurna dalam bidang tersebut. Contoh pedagogi pendidikan, kaedah mengajar, kaedah belajar, motivasi, pembelajaran aktif, pembelajaran pasif, pengajaran berpusatkan murid, pembelajaran berpusatkan guru. Bagaimana impak teknologi dalam pendidikan. Di mana pertemuan antara pedagogi dengan teknologi (ICT). Pedagogi pendidikan menggunakan ICT dan banyak lagi teori-teori pendidikan yang perlu dikuasai oleh guru sebelum menjadi guru yang berjaya. Jika guru menguasai pedagogi pendidikan sudah tentu ia boleh mengajar bidang apa sahaja yang diarahkan dengan syarat mereka menguasai bidang tersebut. Tidak semestinya guru Bahasa Melayu hanya meguasai bidang Bahasa Melayu sahaja. Sistem pembelajaran kita juga memerlukan murid mengambil beberapa subjek yang telah ditetapkan dan perlu lulus dalam subjek tersebut. Mustahil seorang guru hanya mempelajari Bahasa Melayu sahaja sepanjang pembelajarannya di alam persekolahan. Oleh itu sepatutnya tiada masalah guru Bahasa Melayu mengajar Bahasa Inggeris. Guru yang tidak menguasai Bahasa Inggeris sepatutnya belajar menguasai bahasa tersebut. Bermakna guru sekarang ini perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Guru juga perlu aktif saperti juga bagaimana kita harap murid aktif belajar.

 

Lain-lain18.03.2011
Ayat: Kerja mereka membuahkan hasil Mengikut Buku Teks BM Tingkatan 2, ayat di atas mengandungi Kata Kerja Transitif Aktif. Soalan saya ialah sekiranya ayat tersebut mengandungi Kata Kerja Transitif Aktif, sudah tentu ayat tersebut boleh dipasifkan. Boleh tuan pasifkan ayat tersebut untuk saya. Terima kasih.Ayat 'Kerja mereka membuahkan hasil' boleh dipasifkan menjadi 'Kerja yang sempurna itu dihasilkan oleh mereka' kerana ayat ini berasal daripada 'Kerja mereka membuahkan hasil yang sempurna'. Tatabahasa17.02.2011
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat

1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh;

2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan

3. bahasa kesat: bahasa kotor

4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan

5. baik hati : baik peranganinya

6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing

 

Makna07.05.2009
1234

Kembali ke atas