Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ siasat Mn bertanya-tanya utk menyelidiki (menyiasat dll); menyudi memeriksai, menyelidiki, menyiasat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sudi (kata kerja)
Bersinonim dengan tidak keberatan bersedia, rela, sanggup, reda, suka, mahu, ingin, ambuh, embuh;,
Kata Terbitan : bersudikan, mempersudikan, kesudian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan bagi beberapa perkataan bagi tujuan penulisan tesis saya: i. Organizational Citizenship Behavior toward Environment ii. Green Involvement iii. Green Empowerment and Engagement Perkataan-perkataan ini berada di dalam bidang sains sosial. Harap pihak DBP sudi memberi maklum balas untuk pertanyaan iniCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Organizational Citizenship Behavior toward Environment ialah Sikap Warga Organisasi terhadap Alam Sekitar. Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Green Involvement ialah Pelibatan Hijau. Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Green Empowerment and Engagement ialah Pemerkasaan dan Keterlibatan Hijau.Penyemakan dan penterjemahan17.04.2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan bagi beberapa perkataan bagi tujuan penulisan tesis saya: i. Organizational Citizenship Behavior toward Environment - This refers to voluntary actions taken by employees that go beyond their formal job requirements to benefit the environment. ii. Green Involvement - refers to the active participation of employees in environmental sustainability efforts within their organization. iii. Green Empowerment and Engagement - It involves empowering employees to take an active role in promoting sustainability and engaging them in initiatives to reduce negative impacts on the environment. Perkataan-perkataan ini berada di dalam bidang sains sosial. Harap pihak DBP sudi memberi maklum balas untuk pertanyaan iniCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Organizational Citizenship Behavior toward Environment ialah Sikap Warga Organisasi terhadap Alam Sekitar. Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Green Involvement ialah Pelibatan Hijau. Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Green Empowerment and Engagement ialah Pemerkasaan dan Keterlibatan Hijau.Lain-lain05.05.2023
Salam sejahtera saya ucapkan kepada pihak DBP yang saya hormati. Saya ingin menunjuk ajar tentang penggunaan kata sendi "terhadap" dan "tentang/mengenai" dalam penggunaan kata sendi dengan benda abstrak dan benda konkrit. Apa yang saya kelirukan adalah seperti ayat di bawah: Soalan 1: a) Kesan terhadap pertanian b) Kesan tentang/mengenai pertanian Guru saya mengajar saya bahawa jika selepas kata sendi "terhadap" mestilah ada objek konkrit dan selepas kata sendi "tentang/mengenai" mesti mempunyai objek abstrak. Tetapi saya telah banyak merujuk buku lain dan saya mendapati penulis suka sangat menggunakan "terhadap" dengan objek abstrak. Sehubungan dengan itu, saya ingin menanyakan soalan yang kedua. Soalan 2: Pertanian, negara, negeri, daerah, wilayah dan kawasan ialah objek abstrak atau objek konkrit? Jadi apabila kita menggunakan perkataan "dalam" yang berfungsi untuk hadir sebelum objek abstrak, kita menggunakan "di dalam negeri/daerah/wilayah/kawasan, atau dalam negeri/daerah/wilayah/kawasan" ? Sekian sahaja soalan dan masalah saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menganalisis soalan saya walaupun sibuk.

Kata sendi nama “terhadap” digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil “terhadap”  anak buahnya. ii.  Tanamilah rasa belas kasihan “terhadap” binatang. Kata sendi nama “tentang” digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang “tentang” masalah negara. ii. Kami perlu merujuk ketua kami dahulu “tentang” kelewatan bayaran. Perkataan “mengenai” tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contoh:  Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.  Perkataan pertanian, negara, negeri, daerah, wilayah dan kawasan ialah objek konkrit. Oleh itu, perlu digunakan “di dalam”.

Tatabahasa27.04.2014

Kembali ke atas