M.Affendy M.Sudin Assalamualaikum... sy cikgu SK Ayer Jerneh, Kemaman, Terengganu.. ingin memohon pihak DBP untuk perbanyakkan bahan grafik peka bahasa. Untuk makluman, saya menggunakan bahan grafik peka bahasa sebagai maklumat tambahan untuk murid-murid di sekolah. Ini kerana banyak maklumat yg cukup berguna dengan bahan grafik.. saya turut mewujudkan sudut peka bahasa di sekolah.. Diharap pihak DBP dapat mempelbagaikan lagi maklumat peka bahasa.. Jutaaan terima kasih diucapkan atas kerjasama | Pihak kami maklum dengan cadangan tersebut dan akan dikemukakan pada pihak yang berkaitan. | Lain-lain | 25.01.2017 |
i. Makluman yang diberi oleh saksi kepada panel-panel hakim adalah bercanggah. ii. Ibu selalu mengata-ngata nama abang belakangan ini kerana ibu sangat rindukan abang. iii. Pak Sudin mengangguk apabila dinyatakan prosedur penggunaan pencukur elektrik itu. iv.Sejenis spesis baru cendawan yang terbesar di dunia telah ditemui di Mexico baru-baru ini Apakah kesalahan istilah atau kesalahan imbuhan di atas ? | i. Rujuk perkataan diberi. Perkataan yang betul ialah diberikan. ii. Rujuk perkataan mengata-ngata. Perkataan yang betul ialah menyebut-nyebut. iii. Rujuk perkataan dinyatakan. Perkataan yang betul ialah diterangkan. iv. Rujuk perkataan baru. Perkataan yang betul ialah baharu. | Tatabahasa | 16.01.2021 |
Salam sejahtera, tuan. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Redang. Ali terpikat oleh keindahan di Pulau Redang. 2. Banglo yang bertingkat dua itu tersergam indah di atas bukit. 3. Bunga telur ini bukan ditempah daripada Puan Zain tetapi Puan Salimah. 4. Dengan adanya Rakan Cop, masalah jenayah di kawasan ini dapat diatasi. 5. Polis trafik itu menyaman Abang Sudin yang memandu keretanya dengan laju. Terima kasih. | 1. Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Redang. 2. Banglo dua tingkat itu tersergam indah di atas bukit. 3. Ayat nombor 3 betul 4. Ayat nombor 4 betul 5. Polis trafik itu menyaman Abang Sudin kerana memandu kereta dengan laju. | Tatabahasa | 19.08.2021 |