Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk sudu garpu,dan senduk? | Penjodoh bilangan bagi sudu, garfu dan senduk ialah sebatang. Jika sudu dan garfu, penjodoh bilangannya ialah sepasang. | Lain-lain | 09.08.2010 |
Apakah bezanya 'sudu' dan 'camca'. Kalau dikemukakan soalan ; Emak menyuapkan adik bubur itu menggunakan ______ ( A. sudu B. sudip C. camca D. senduk ) Jawapan manakah yang betul? Terima kasih. | Sudu dan camca membawa maksud yang sama. Jawapan A dan B boleh diterima. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Istilah | 29.06.2009 |
Yang mana satukah betul penggunaan tanda baca? Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu dan cawan. atau Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu, dan cawan. | Penggunaan tanda baca yang betul ialah pada contoh ayat pertama: ...seperti roti, pisau, sudu dan cawan. | Tatabahasa | 01.04.2014 |
Assalamualaikum. Apakah (i) ungkapan yang betul, dan (ii) maksud: "terlebih sudu daripada kuah"? Terima kasih. | Ungkapan yang betul ialah: Lebih sudu daripada kuah. Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan. Ada juga peribahasa lain yang seakan-akan sama, iaitu: Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu. Maksudnya: Pengetahuan sedikit tetapi cakap besar lebih. | Makna | 17.04.2014 |
Adakah peribahasa lebih sudu dari kuah tiada dalam istilah bahasa Melayu. terima kasih. | Ungkapan "lebih sudu dari kuah" digunakan masyarakat Melayu untuk menyindir sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang. Ungkapan tersebut juga boleh dikatakan sebagai peribahasa kerana peribahasa menggunakan bait-bait perkataan yang menarik. | Tatabahasa | 27.12.2013 |
Adakah jawapan Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu boleh diterima dan Ali menyertai acara tiup belon boleh diterima? | Ayat "Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu" adalah betul dan ayat kedua "Ali menyertai acara tiup belon" dipinda menjadi "Ali menyertai acara meniup belon". | Tatabahasa | 23.06.2011 |
Salam tuan di talian. Saya ingin memastikan penggunaan koma (,) yang sebenarnya. Contohnya: (a) Kamu perlu membawa pakaian mandi, pinggan, dan sudu ketika berkelah ATAU (b) Kamu perlu membawa pakaian mandi, pinggan dan sudu ketika berkelah. Ayat manakah yang menggunakan tanda koma yang sebetulnya? Diharap pihak tuan dapat memberi jawapan dengan kadar yang segera. Terima kasih. | Tanda koma tidak diperlukan sebelum kata 'dan' kerana ayat tersebut merupakan ayat majmuk biasa (setara). Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan dari segi makna. | Ejaan | 05.07.2011 |
Please help to check the BM translations as below:- 1. Soft and safe for feeding your baby 2. Rounded spoon shape for easy scooping of food 3. Easy-to-grip long handle for easy feeding Cadangan terjemahan:- 1. Sudu yang lembut dan selamat untuk menyuap bayi anda. 2. Kepala sudu berbentuk bulat untuk menyenduk makanan dengan mudah. 3. Pemegang sudu yang panjang mudah dipegang semasa memberi makanan. Sekian, terima kasih. | Padanan terjemahan yang dicadangkan adalah betul penggunaan bahasanya. | Tatabahasa | 26.06.2018 |
1) Adik minum susu dari cawan. Atau Adik minum susu dengan cawan. Ayat yang manakah adalah betul? 2) Saya makan nasi dengan sudu. (Adakah ayat ini betul dari segi penggunaan tatabahasanya) | Ayat yang betul ialah 1. Adik minum susu dengan cawan. 2. Saya makan nasi dengan sudu. | Tatabahasa | 20.01.2014 |
1. Pokok di kawasan perumahan itu amat tinggi sekali. 2. Dia mengambil satu sudu jem lalu menyapu jem itu pada roti. 3. Nenek segera dibawa ke hospital kerana dia keracunan makanan. 4. Pelancong yang berkunjung ke negeri Sarawak terpikat dengan keunikan budaya masyarakatnya. A. 1 dan 3 B. 2 dan 4 C. 1,2 dan 3 D. 2,3, dan 4 Apakah pilihan jawapan yang tepat? | Jawapan: B. 2 dan 4, 2. Dia mengambil satu sudu jem lalu menyapu jem itu pada roti. 4. Pelancong yang berkunjung ke negeri Sarawak terpikat dengan keunikan budaya masyarakatnya. | Tatabahasa | 04.02.2009 |