Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudut (kata nama)
1. Bersinonim dengan penjuru: bucu, pelosok, pojok, ceruk jorong, jokir,

2. Bersinonim dengan segi: arah pandangan, dasar pandangan.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dari atau daripada sudut pandanganPanel penulis Tatabahasa Dewan menetapkan bahawa frasa sendi yang tepat ialah dari sudut pandangan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268 untuk keterangan lebih lanjut.Tatabahasa20.05.2013
Apakah yang dimaksudkan dengan sudut pandangan personaliti waja diri? Berikan contoh-contoh personaliti waja diri
Sudut pandangan personaliti ialah bagaimana penilaian  terhadap  sifat dan sikap seseorang yang membentuk perwatakan dan keperibadiannya. Personaliti waja diri  mungkin boleh dirujuk perwatakan dan keperibadian  ungggul seseorang.
Sastera21.03.2012
Berikan huraian sudut pandangan personaliti waja diri yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad.Saudara yang bertanya,

Mohon maaf, kami tidak dapat memenuhi permintaan untuk menjawab soalan-soalan yang berbentuk tugasan dan esei.
Sastera14.03.2012
Apakah ciri-ciri cerpen yang baik dan syarat-syarat membina cerpenCerpen ialah singkatan daripada perkataan cerita + pendek = cerpen. Secara umum, sebuah cerita pendek yang baik mesti mempunyai enam elemen berikut, iaitu pemikiran, watak, plot, sudut pandangan, latar, dan gaya bahasa. Berkaitan dengan sayarat membina cerpen yang baik ialah cerita tersebut mesti memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran dan perasaan pembaca setelah selesai membacanya. Sila rujuk buku-buku tentang panduan penulisan kreatif untuk mengetahui lebih lanjut tentang soalan saudara/saudari. Sekian, terima kasih.Lain-lain06.02.2009
saya Najmi Samaehadee, sedang belajar pusat bahasa melayu peringkat dasar, ingin bertaya DBP apakah maksud cerpin,terima kasih.Cerpen ialah singkatan daripada perkataan cerita + pendek = cerpen. Secara umum, sebuah cerita pendek yang baik mesti mempunyai enam elemen berikut, iaitu pemikiran, watak, plot, sudut pandangan, latar, dan gaya bahasaLain-lain06.11.2013
maksud pengglobalan?adakah perkataan ini berasal daripada bahasa melayu?apakah perbezaan global dan globalisasi?

Perkataan global berasala dari perkataan Inggeris. Makna global ialah 1. meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat: masalah alam sekitar ~; 2. merangkumi seluruh kumpulan perkara dsb, menyeluruh: perkara itu hendaklah dilihat dr sudut pandangan yg ~;

Lain-lain07.03.2010
Adakah DBP mempunyai garis panduan atau format bagi menyediakan novel, cerpen, puisi atau skrip drama? Sekiranya ada, bagaimana dapat saya mengakses maklumat tersebut?

Penulisan kreatif seperti cerpen, novel dan drama adalah satu bentuk penulisan yang subjektif. Justeru itu tidak ada suatu format atau garis panduan yang tegar. Namun, sebagai asas penulisan, konsep berikut biasa menjadi panduan umum, iaitu 1) tema/persoalan, 2) watak/perwatakan, 3) plot, 4) sudut pandangan, 5) latar waktu, tempat dan budaya, dan 6) gaya bahasa.   

 Untuk makluman saudari, DBP tidak ada mengeluarkan garis panduan atau format dalam menulis karya kreatif cerpen, novel dan drama tetapi DBP telah banyak menerbitkan buku panduan penulisan kreatif seperti Persedian Menulis Cerpen oleh Othman Puteh, Penulisan Cereka Cerpen oleh Jais Sahok, Panduan Menulis Novel Remaja oleh Othman Puteh dan lain-lain. Insya-Allah, buku-buku tersebut boleh menjadi panduan dalam penulisan yang saudari maksudkan.

Lain-lain25.05.2010
Sebagai editor saya ingin bertanya bagaimana hendak menyunting karya kreatif seperti novel dan cerpen. 1. Apakah aspek-aspek yang perlu dilihat?

Pada prinsipnya, menyunting karya kreatif adalah sama dengan menyunting karya bukan kreatif, iaitu editor perlu mengetahui terlebih dahulu idea keseluruhan sesebuah manuskrip; melihat ketepatan fakta, memastikan tidak ada perkara yang bertentangan dengan agama, undang-undang, moral dan kepentingan negara; penyusunan idea yang logik dan kemas; dan memastikan penggunaan bahasa yang baik, istilah yang tepat, tatabahasa, ejaan yang betul, dan laras bahasa yang sesuai dengan pembaca sasaran. Tugas editor adalah membetulkan sebarang kesalahan yang ada pada manuskrip untuk memastikan komunikasi antara pengarang dengan pembaca dapat berlangsung dengan berkesan.

Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan pada penyuntingan karya kreatif seperti novel dan cerpen kerana editor perlu juga melihat logik cerita, plot, teknik yang digunakan oleh pengarang, sudut pandangan, watak dan perwatakan, latar dan gaya bahasa pengarang, Gaya bahasa seorang pengarang amat penting diketahui oleh editor dan ia tidak boleh disunting dengan sewenang-wenangnya kerana ia telah menjadi identiti seseorang pengarang itu dan tidak sama dengan pengarang yang lain. Dalam karya kreatif, aspek poetic license seperti penggunaan bahasa yang figuratif perlu diberi perhatian untuk memperlihatkan gaya bahasa seseorang pengarang itu, dan di sinilah letaknya nilai estetika yang tinggi pada sesebuah karya kreatif. Terima kasih.

Lain-lain16.03.2010
Salam sejahtera. 'dari sudut' pandang 'dari segi. pendapatan merujuk kepada ungkapan di atas dalam keadaan yang macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari sudut...' dan konteks macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari segi...' ? terima kasih

Antara maksud sudut termasuklah pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dan sebagainya),  arah pandangan, atau segi; manakala segi dikiaskan kepada pandangan terhadap sesuatu atau disebut sebagai sudut pandang. Berdasarkan huraian tersebut, frasa yang betul ialah 'dari sudut pandang'. Frasa 'dari segi' lebih kepada aspek atau bahagian yang diberikan perhatian, seperti 'dari aspek fizikal'.

Tatabahasa03.04.2011
contoh-contoh Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur intrinsik dalam karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks sastera sekolah menengah.1.      Kehendak soalan ini kurang jelas. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan penanya, sebenarnya kajian yang berupa kritikan terhadap sesebuah karya akan menjadi lebih ilmiah jika ada penerapan sesebuah teori sastera. Contoh-contoh kajian yang menerapkan teori-teori sastera boleh diperoleh dalam prosiding atau kertas kajian hasil daripada Seminar Pemikiran Sasterawan Negara ataupun Program wacana Ilmu (Bicara Karya) yang dianjurkan oleh Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai contoh, lihat kajian “Ekologi, Etika dan Bahasa dalam Puisi-puisi Usman Awang: Satu Kajian Eko” oleh Sohaimi Abdul Azizi dalam Prosiding Pemikiran SN Usman Awang, DBP, 2006. 

     2.  Intrinsik merupakan kajian yang lebih melihat unsur-unsur dalaman yang membina sesebuah karya iaitu kajian yang berbentuk formalistik yang     membincangkan tentang tema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan dan gaya bahasa.

Lain-lain15.10.2010
12

Kembali ke atas