| Apakah istilah sesuai untuk "excitotoxicity". In excitotoxicity nerve cells suffer damage or death when the levels of otherwise necessary and safe neurotransmitters such as glutamate, α-amino-3-hydroxy-5-methyl-4-isoxazolepropionic acid (AMPA), or N-methyl-D-aspartic acid (NMDA) become pathologically high resulting in excessive stimulation of receptors. Pautan: https://en.wikipedia.org/wiki/Excitotoxicity | Cadangan padanan istilah bahasa Melayu untuk "excitotoxicity" ialah ketoksikan lebihan. | Istilah | 26.05.2020 |
| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk istilah "defined loss" yang digunakan oleh syarikat takaful? Contoh penggunaan istilah, "... agreeing to mutually help each other, should any of the participants suffer a defined loss." Terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "loss" bermaksud kerugian manakala "define" pula ialah mendefinisikan atau mentakrifkan. Oleh itu, defined loss" diterjemahkan kepada kerugian seperti yang telah didefinisikan atau kerugian seperti yang telah ditakrifkan. | Makna | 05.06.2018 |
| Dimaklumkan bahawa pihak kami telah memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi frasa ‘damage and injury suffered’ pada 16.8.2017 dan dan pihak DBP pada 17.8.2017 telah mencadangkan terjemahan 'kerosakan dan mengalami kecederaan' bagi frasa tersebut. Walau bagaimanapun untuk makluman pihak DBP, terjemahan tersebut seolah-olah menggambarkan perkataan 'suffered' itu hanya terpakai untuk 'injury' sahaja. Untuk makluman, perkataan 'suffered' terpakai untuk kedua-dua 'damage and injury'. Jadi mohon pihak DBP dapat memberikan nasihat berkenaan perkara ini. Untuk makluman pihak DBP juga, berikut merupakan cadangan terjemahan oleh pihak kami sebelum ini: Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami. Adakah tepat menggunakan perkataan ‘kecederaan yang ditanggung’ berbanding perkataan ‘kecederaan yang dialami’ | Dalam data kami, suffer diterjemahkan kepada alami/mengalami. Melihat kepada konteks makna yang sesuai, kami bersetuju dengan cadangan ketiga, kerosakan yang ditanggung dan kecedraan yang dialami. Walau bagaimanapun kesesuaian ini perlu melihat konteks yang sebenarnya dalam bahasa sumber.
| Tatabahasa | 17.08.2017 |