Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[suis] | سوءيس

Definisi : alat penghubung atau pemutus litar elektrik, alat (yg dipetik) utk menyalakan atau memadamkan lampu elektrik; ~ lampu pemetik lampu; pensuisan proses atau kaedah memasang suis sesuatu: litar ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[suis] | سوءيس

Definisi : alat yg menghubungkan atau yg memutuskan sesuatu litaran elektrik: ~ lampu pemetik lampu. pensuisan proses, hal, kaedah dsb memasang suis sesuatu: litar ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kata kerja bagi buka atau tutup suis kipas. soalan: memetik suis kipas atau menekan suis kipas? manakah yang paling tepat dan sesuai?Soalan sdr bergantung kepada bentuk suis yg terdapat pada kipas tersebut. Sekiranya suis kipas tersebut memerlukan ia  ditekan, maka suis kipas itu perlu ditekan. Manakala terdapat juga suis kipas yg tidak memerlukan ia ditekan, sebaliknya memerlukan seseorang itu memetiknya.  Dalam keadaan sekarang, terdapat banyak jenis kipas yang berlainan jenis, dan ini terpulang kepada seseorang itu untuk memetik atau menekan kipas tersebut. T.kasih.Lain-lain28.10.2008
Salam sejahtera. Bagaimanakah mengeja perkataan yang mempunyai vokal berganding seperti suis? Dieja [su] + [is] atau dieja sekaligus [suis]? Atau kedua-dua cara mengeja pun betul? Terima kasih.Perkataan suis merupakan dua suku iaitu dieja [su] + [is]. Sebutannya ialah [suis]. Ejaan dan sebutan merupakan perkara yang berbeza.  Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi- Sebutan- Jawi untuk lebih lanjut.Tatabahasa07.03.2013
Salam tuan, Dalam bahasa Inggeris, disebut 'switch off' atau switch on' bagi maksud menutup atau membuka suis lampu, kipas dan yang seumpama dengannya. Soalan saya: Apakah istilah bahasa melayu yang tepat bagi kedua-dua dalam bahasa Inggeris berkenaan. t.kasihPadanan  bagi 'switch off' ialah suis tutup, manakala 'switch on' ialah suis buka.Makna04.10.2010
MSB ROOM (MAIN SWITCH BOARD)BILIK PAPAN SUIS UTAMAIstilah03.03.2011
HIGH TENSION SWITCH GEAR & TRANSFORMER ROOMBILIK PERALATAN SUIS VOLTAN TINGGI DAN TRANSFORMERIstilah03.03.2011
Askum.Saya ingin bertanyakan beberapa soalan. Seperti yang kita tahu, ayat majmuk ialah ayat yang memerlukan kata hubung seperti dan,atau, tetapi ln2. 1.Adakah perkataan "selepas" dan "sebelum" termasuk dalam kata hubung? 2. Adakah apabila perkataan tersebut jika digunakan dalam ayat, maka ayat tersebut dipanggil ayat majmuk? 3.Ada kawan-kawan saya, mengatakan ayat ini "Tutup suis selepas digunakan."adalah ayat majmuk kerana menggunakan perkataan "selepas"(kata hubung) tetapi pada pendapat saya ayat ini adalah ayat tunggal kerana tidak boleh dipisahkan. Terima kasih kerana memberi penerangan.

1. 'selepas' dan 'sebelum' termasuk dalam kata penghubung.

2. Ya apabila kata tersebut digunakan dalam ayat, biasanya ayat tersebut merupakan ayat majmuk.

3. Ayat "Tutup suis selepas digunakan" merupakan ayat perintah yang telah dibuang subjeknya. Sekiranya dijadikan ayat penyata, saudara pasti akan dapat mengesan bahawa ayat tersebut merupakan ayat majmuk.

Kamu menutup suis lampu selepas kamu menggunakannya.

Selepas kata 'selepas' terdapat satu lagi ayat yang mengandungi subjek dan predikatnya. Maka ayat tersebut merupakan ayat majmuk.

Tatabahasa19.05.2009
7)Workers House /Store 8)TNB Sub-Station H.T switch gear room, transformer room, MSB room, generator room. 9)Workshop 10)Water Tank 11)Septic Tank7)Rumah Pekerja/Stor 8)Pencawang TNB bilik peralatan suis voltan tinggi,bilik transformer,bilik MSB,bilik generator. 9)Bengkel 10)Tangki Air 11)Tangki SeptikIstilah25.10.2011
Saya sedang __ kipas yang berpusing itu. 'mematikan' atau 'memberhentikan', yg manakah lebih sesuai ??Perkataan yang betul ialah memberhentikan mengikut konteks ayat. Walau bagaimanapun, ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah Saya mematikan suis kipas angin tersebut.Tatabahasa23.07.2013
Tuan, Ibu menutup lampu yang terbuka itu kerana tiada sesiapa di dalam bilik itu. Penggunaan terbuka dalam ayat betul atau salah ?Perkataan terbuka tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Terbuka bermaksud terdedah. Ayat tersebut boleh dipinda menjadi "Ibu menutup suis lampu yang terbuka itu kerana tiada sesiapa di dalam bilik itu".Tatabahasa01.08.2013
Salam, Soalan pertama: Antara berikut, yang manakah betul dan apakah alasannya? 1) Lebih kurang 70-80 peratus bumi diliputi air 2) Lebih kurang 70 peratus-80 peratus bumi diliputi air Soalan kedua: Perlukah kata sendi nama diulang dalam ayat berikut dan apakah alasannya? - Mereka akan bercuti ke Perak dan ke Sabah. - Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan pada waktu petang. - Murid-murid yang berada di perpustakaan dan di makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya.1. Lebih kurang 70- 80 peratus bumi diliputi air.
2. Mereka akan bercuti ke Perak dan Sabah.
3. Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan petang.
4. Murid-murid yang berada di perpustakaan dan makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya. 

Tidak perlu pengulangan kata kerana ayat tersebut sudah mantap.
Tatabahasa10.04.2013
12

Kembali ke atas