Lounge suit (terjemahannya) | Berdasarkan Kamus Inggeris Melayu Dewan, padanan lounge suit ialah sut urusan. | Ejaan | 09.08.2006 |
Saya ingin bertanya jika terdapat perkataan 'suite' dalam bahasa melayu kerana saya cek Kamus Dewan tiada tetapi dalam carian kata wujud bilik suite dalam Istilah Malaysia. Jika tiada apa pula maksud suite dalam BM. Terima Kasih | Dalam bidang perhotelan istilah suite dikekalkan seperti Bilik Suite, manakala dalam bidang Kesenian istilah suite diterjemahkan kepada suit seperti Suit Perancis. | Istilah | 06.08.2012 |
Ingin mengemukankan beberapa soalan dan memerlukan huraian secara terperinci. 1. Penggunaan perkataan t-shirt dan track suit. Soalan: Perlu diitalikan atau tidak? Huruf 't' pada perkataan t-shirt perlu besar atau tidak? 2. kundasang war memorial dan poring hot spring. Soalan: perlu atau tidak diitalikkan? sekiranya nama tempat tersebut tidak terdapat dalam bahasa melayu adakah ia tidak perlu diitalikkan? Contohnya: BI : kundasang war memorial BM : tugu peringatan kundasang 3.Perkataan waalaikumussalam. Soalan: Perlu diitalikkan atau tidak? Kerana perkataan tersebut tidak terdapat dalam kamus dewan. Adakah konteks penggunaannya sama dengan perkataan assalamualaikum? 4. perkataan mad wajib. Soalan: adakah ia merupakan kata nama khas? Sekiranya perkataan tersebut adalah kata pinjaman adakah ia perlu diitalikkan? | 1. T-shirt dan track suit telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu kemeja-T dan pakaian trek. 2. Begitu juga dengan war memorial telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu tugu peringatan atau tugu peringatan perang. Oleh itu Kundasang war memorial boleh diterjemahkan kepada Tugu Peringatan Perang Kundasang. 3. Perkataan waalaikumussalam tidak perlu diitalikkan. 4. Perkataan mad wajib ialah istilah khusus bahasa Arab dan perlu diitalikkan. | Tatabahasa | 08.05.2012 |