| Pej. SUK Tr. (PSUKTr) dlm proses tukar nama jwtan d Istana Tr. Soalannya mana yg tepat - i. Datuk Pengelola Bijaya Diraja atau ii. Dato' Pengelola Bijaya Diraja? PSUKTr cdg (i) kerana negeri lain spt Selangor, Johor, Istana Negara menggunakannya. Tetapi Istana Trg cdg (ii) kerana anugerah bintang di sini menggunakan Dato' bukannya Datuk....tk. | Datuk Pengelola Bijaya Diraja merupakan satu bentuk jawatan. Gelaran yang dianugerahkan kepada penyandangnya ialah Dato' kerana Sultan Terengganu yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut. Oleh itu kedua-duanya boleh diterima pakai. Sekiranya merujuk jawatan, bentuk yang betul ialah ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja, manakala sekiranya merujuk orang/penyandang, digelar Dato' (bergantung pada negeri yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut) . Contoh lain: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (nama jawatan), penyandangnya Dato' Mazalan bin Mohd. Noor. Datuk Bandar Kuala Lumpur (nama jawatan), nama penyandang: Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail. Untuk mendapatkan keterangan yang lebih sahih, kami mencadangkan saudara merujuk Bahagian Adat Istiadat dan Protokol, Jabatan Perdana Menteri, iaitu pihak yang lebih arif dan berwibawa dalam hal-hal seperti ini. | Tatabahasa | 07.08.2010 |
| Tuan, Pentadbiran SUK Terengganu bercadang untuk mencetak kad jemputan bagi jemputan acara, majlis rasmi kerajaan negeri. Mohon pandangan yang manakah lebih tepat, sesuai, betul/ Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan ATAU Yang Behormat Setiausaha Kerajaan Terengganu mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan PERBEZAANNYA IALAH yg pertama Kerajaan menjemput dan kedua individu iaitu YB SUK yg jemput. TK | Jika majlis yang diadakan ialah anjuran kerajaan negeri Terengganu maka ayat pertama yang wajar digunakan, jika YB Setiausaha Kerajaan Negeri menganjurkan majlisnya sendiri, maka ayat kedua wajar digunakan. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
| Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua nama khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih. | Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan atau layari laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. Betul seperti yang dimaklumi, setiap nama khas ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 02.02.2012 |
| Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua naga khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih. | Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. | Lain-lain | 02.02.2012 |
| Saya merupakan pembaca setia novel lama 'Badan Bertuah' tulisan Ismail Salleh atau nama penanya Ismail Alfalah. Buku terbitan DBP, Kuala Lumpur, Siri Sastera DBP Bil.128. Novel ini merupakan pemenang peraduan novel 10 tahun kemerdekaan Malaysia. Saya amat tertarik dengan daya pemikiran, kebijaksaan dan wawasan penulisnya Ismail Salleh yang digambarkan melalui watak-watak utamanya.Novel ini memaparkan kisah sejarah Tanah Melayu dari zaman penjajahan Inggeris, Jepun, Gerila Komunis, kembali ke Inggeris dan pemerintahan anak bangsa sendiri. Saya mohon bantuan DBP untuk mendapatkan biografi terkini penulis Ismail Salleh. Alamat dan emailnya sekali agar saya dapat berhubungan atau berjumpa dengannya untuk bertukar-tukar pendapat. Ikhlas sebagai menghargai pemikiran luasnya, kebijaksanaannya dan karyanya. Bantuan DBP amat saya hargai dan menanti dengan penuh harapan. Terima Kaseh. | Alamat : 485, Kampung Banggol Kiri, 24000, Kemaman, Terengganu. Saudara boleh melihat keseluruhan biografi dalam buku Biografi Penulis Wajah edisi ke 3 terbitan DBP. atau hubungi Persatuan Penulis Terengganu (PELITA) atau SUK Negeri Terengganu kerana beliau pernah menjadi ADUN Kawasan BUkit BAndi pada tahun 1986 | Lain-lain | 17.03.2008 |