Bolehkah perkataan "parti" digantikan untuk "majlis" seperti "majlis hari jadi" digantikan dengan "parti hari jadi"? (Sila rujuk lampiran fail untuk contoh penggunaan ayat) | Merujuk kepada Kamus Dewan edisi ke-4, parti dalam kontek ayat yang diberikan membawa maksud perjumpaan sosial uuntuk bersuka-sukaan manakala majlis membawa maksud perjumpaan (orang ramai)atau keramaian. oleh yang demikian parti hari jadi lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 23.01.2011 |
assalammualaikum saya mohon bertanya boleh berikan maksud ayat di bawah Sepakat Ihsan, Persada Gemilang terima kasih | Berikut makna bagi setiap perkataan: SEPAKAT - setuju, sependirian dan seia sekata IHSAN - perbuatan yang baik, kemurahan hati dan kebaikan PERSADA - tempat Tanah tumpah darah dan taman tempat bersuka-sukaan/berehat-rehat GEMILANG - bercahaya terang-benderang DAN cemerlang
| Lain-lain | 10.01.2017 |
Universiti saya akan mengadakan majlis perutusan Naib Canselor kami. Jadi saya ingin bertanya adakah ayat ini sesuai untuk digunapakai sebagai tema majlis tersebut. Ayatnya ialah SEPAKAT IHSAN, PERSADA GEMILANG. Adakah ayat tersebut daripada segi maknanya sesuai untuk digunakan? Mohon bantuan DBP untuk memberi cadangan dari segi bahasa. Sekian, terima kasih | Untuk makluman, penggunaan perkataan untuk tema yang dipilih kurang sesuai. Berikut makna bagi setiap perkataan: SEPAKAT - setuju, sependirian dan seia sekata IHSAN - perbuatan yang baik, kemurahan hati dan kebaikan PERSADA - tempat Tanah tumpah darah dan taman tempat bersuka-sukaan/berehat-rehat GEMILANG - bercahaya terang-benderang DAN cemerlang Kami mencadangkan supaya pihak puan memilih tema dengan perkataan yang tepat.
| Lain-lain | 10.01.2017 |