Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.kar] | سوکر

Definisi : 1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah: perkara yg ~; sangat ~ membuat pekerjaan ini; 2. sl serba kekurangan, daif, miskin: mereka hidup dlm ~; 3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk: penyakitnya terlalu ~; 4. tidak mudah mendapat, jarang ada: wang ~ pd masa ini; mahal dibeli, ~ dicari prb sesuatu yg terlalu sukar diperoleh; orang ~ baharu kaya prb orang yg hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan); menyukarkan menjadikan sukar, menyulit­kan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; mempersukar menjadikan lebih sukar; kesukaran 1. perihal sukar, kesulitan, ke­susahan: ~nya makin bertambah; 2. men­derita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kar] | سوکر

Definisi : 1 tidak mudah (melakukannya, mendapatkannya dll); susah; sulit: Masalah ini ~ sekali hendak diselesaikan. 2 serba kekurangan; miskin; susah. 3 tidak mudah baik (bkn penyakit); teruk; berat. menyukarkan menyebabkan sukar; menyusahkan: Salji yg tebal-tebal itu ~ perjalanan mereka. kesukaran 1 sesuatu yg sukar; kesusahan; kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah me­nempuh berbagai-bagai ~. 2 keadaan sukar; kesulitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,

Puisi
 

Anak buaya naik mencuri,
     Singgah mari di Pasir Panjang;
Hutang budi sukar dicari,
     Kalau dapat kasih berpanjangan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kalau takut dilimbur pasang,
     jangan berumah di tepi pantai (= laut).

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).

 

Lihat selanjutnya...(59)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sukar mendapat senaskah penerbitan Dewan Bahasa dan Dewan Sastera di pasaran di negeri Pulau Pinang. Melalui saluran manakah saya boleh dapat penerbitan-penerbitan tersebut ?Di Pulau Pinang , buku dan majalah DBP dapat diperoleh di Bukit Mertajam( DBP Wilayah Utara), , Seberang Prai(, Seberang jaya, dan Minden( USM).Lain-lain16.04.2010
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan'

Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau;

Tatabahasa18.03.2010
pakah peribahasa yang sesuai digunakan utk situasi berikut : penyiasatan kes pecah amanah itu bertambah rumit dan amat sukar ditangani seperti ...... kerana membabitkan banyak pihak yang berkepentingan. adakah jawabannya ialah duri dalam daging? atau? apa peribahasa utk menggambarkan situasi yang sukar diselesaikan kerana byk melibatkan pihak yang berkepentingan? tqBerdasarkan kata kunci  'sukar diselesaikan' ada dua peribahasa yang sesuai, iaitu 'Seperti aur ditarik songsang' dan 'Berkelahi dalam kepuk'. Untuk maklumat lanjut lihat sukar+diselesaikan&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sukar+diselesaikan&d=11 dan klik medan 'Peribahasa'.Lain-lain28.02.2012
saya sukar membezakan penggunaan dari dan daripada. sudah banyak buku yang saya rujuk namun masih samar. minta penjelasan sehalus mungkin kepada pihak tuan dan puan.
Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan
Tatabahasa27.04.2013
Saya sukar untuk mempelajari perkataan Bahasa Melayu

1. Saudara boleh mengambil kursus-kursus BM yang diadakan di mana-mana.

2. Sentiasa menggunakan BM dengan betul mengikut keadaan persekitaran.

3. Mengulang kaji tatabahasa BM (Melalui buku/risalah rujukan seperti : Tatabahasa Dewan, koleksi Lembar Bahasa, Pedoman bahasa dsb)

4. Sentiasa cakna dengan perkembangan bahasa Melayu.

Lain-lain26.10.2010
1. Adalah sukar untuk Aminah mempercayai kelakuan negatif anaknya, Misran. Ayat ini betul atau salah? 2. Adakah perkataan jurupandu?Ayat ini salah kerana mengikut struktur bahasa Inggeris. Dalam bahasa Melayu, kata pemeri tidak boleh digunakan di permulaan ayat. 'adalah' ialah kata pemeri. Ejaan jurupandu betul.Tatabahasa13.09.2008
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat di bawah. Ayat di bawah merupakan pilihan soalan peperiksaan PMR[a] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat harga barang naik". [b] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat harga barang yang menaik" [c] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat kenaikan harga barang". Antara ayat berikut,manakah betul?Bolehkah tuan/puan memberikan penjelasannya.Terima kasih.Jawapan yang betul ialah [c] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar akibat kenaikan harga barang.Lain-lain15.04.2010
Salam. Pekerjaan yang paling sukar itu tidak terbuat oleh para pelatih. Pekerjaan yang amat sukar itu tidak terbuat oleh para pelatih. Betulkah penggunaan kata penguat paling dan amat pada ayat di atas. Tolong nyatakan mengapa salah. Sekian Terima kasih.Kedua-dua kata penguat yang digunakan dalam ayat betul.Tatabahasa11.05.2013
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan sama ada frasa masalah sembelit adalah betul atau salah. Adakah sembelit boleh dikatakan sebagai masalah? Terima kasih.Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, sembelit ialah sukar buang air besar, sukar ke sungai besar.
Masalah sembelit - frasa yang betul kerana sembelit mendatangkan masalah kesakitan atau kesukaran kepada manusia.
Tatabahasa28.08.2012
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat di bawah. [a] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar akibat harga barang naik. [b] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar akibat kenaikan harga barang. Antara kedua-dua ayat berikut,manakah betul?Bolehkah tuan/puan memberikan penjelasannya.Terima kasih.

Kedua-dua ayat tersebut betul. unutk makluman, "akibat" ialah kata hubung bagi ayat tersebut. Harga barang naik merupakan klausa, manakala kenaikan harga barang ialah frasa nama. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa29.07.2009
123456789

Kembali ke atas