Tuan, saya memahami bahawa salah satu maksud bagi perkataan berat ialah : berkaitan dengan kerja tanggungjawab. Contoh : Tanggungjawab ibu tersebut sangat berat. Jika ingin mengatakan berkenaan masalah, bolehkah kita menggunakan berat dalam situasi ini : Masalah yang ditanggung oleh keluarga itu sangat berat? jika tidak boleh digunakan berat dalam ayat ini, apakah perkataan yang sesuai digantikan dalam ayat ini? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berat bermaksud sukar (dilakukan, diselesaikan, dan sebagainya), sulit dan susah. Masalah pula bermaksud sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan) Oleh itu, penggunaan perkataan berat dalam contoh ayat yang diberikan adalah sesuai digunakan. | Makna | 02.09.2021 |
apakah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi di bawah? apabila berhadapan dengan halangan, kita harus bertanya kepada orang yang lebih tahu tentang perkara itu agar kita melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kebiasaan yang dilakukan orang. sesuai ke guna seperti aur ditarik sonsang? | Peribahasa seperti aur ditarik songsang bererti pekerjaan atau perkara yg sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan. Peribahasa ini tidak sesuai untuk menggambarkan situasi orang yang menghadapi masalah atau halangan lalu dia merujuk kepada orang yang lebih arif supaya halangan itu dapat diatasi atau diselesaikan dengan cara yang berlawanan dengan kebiasaan yang dilakukan orang. Maaf, saya belum menemui peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut. | Makna | 28.04.2011 |