Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su/.ma] | سوقما

Definisi : sl jiwa, nyawa: ia menahan gelora sedih pilu ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su/.ma] | سوقما

Definisi : jiwa; nyawa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukma (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan jiwa, nyawa, atma, rohani, batin;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya sedang menyiapkan buku berkenaan dengan sukan sukma, persoalannya: 1. Adakah perkataan "sukma" perlu dieja dengan huruf besar semuanya? 2. SUKMA merupakan singkatan kepada Sukan Malaysia, apabila disingkatkan kepada SUKMA, adakah perlu meletak perkataan "sukan" di awal SUKMA?

Ejaan yang betul ialah "Sukma". Tidak perlu lagi didahului dengan kata sukan, contohnya "Kejohanan Sukma 2012" atau "Sukma 2012".

 

Tatabahasa18.10.2011
Assalamualaikum... Saya ada satu lagi soalan... Berkenaan dengan penggunaan perkataan PELAKSANAAN dan PERLAKSANAAN... Mana satu yang digunapakai kini...??

Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini.

Tatabahasa23.08.2011
perbezaan penggunaan tata bahasa antara 1. pelaksanaan atau perlaksanaan? 2. kemenjadian dan keberhasilan atau keterhasilan serta penggunaan gramatis dalam ayat, terima kasih.1. Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini.

2. 
Perkataan kemenjadian belum ada dalam mana-mana buku terbitan kami. Perkataan kemenjadian boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang-jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana.

Keberhasilan pula ialah perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): Contoh ayat;
Suatu keistimewaan lain ialah keberhasilan pengarang menggunakan monolog;
Keberhasilan peng­gunaan istilah banyak bergantung pada masya­rakat penggunanya; 
Tatabahasa26.09.2013

Kembali ke atas