Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (suksés) IB 1. hasil drpd sesuatu (kegiatan, usaha, dll), terhasilnya (sesuatu), kejayaan: apabila bung menulis buku dan saya menerbitkannya, kita berdua akan mendapat ~ yg luar biasa; 2. mendapat kejayaan (kerana melakukan sesuatu), ber­hasil, berjaya, beruntung: ayah ~ dlm mem­bela perkara Si Ali yg dituduh menerima rasuah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sukses


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa beza Sukses dengan Berjaya?

Sukses ialah hasil daripada sesuatu iaitu kegiatan dan usaha atau mendapat kejayaan kerana telah melakukan sesuatu, manakala berjaya ialah beroleh kemenangan dan mencapai ke­majuan. Tiada banyak perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut kerana ia membawa makna yang hampir sama.

Tatabahasa12.07.2021
BAGAIMANAKAH KITA HENDAK BELAJAR DENGAN SUKSES ?

Assalamualaikum

Ada berbagai-bagai teori untuk belajar dengan sukses. Contohnya Gaya Belajar (Learning Styles) oleh Honey dan Mumford. Multiple Intellegent oleh Gardner. Saya syorkan saudara dapatkan teori ini dalam dalam web dan ia boleh jadikan panduan belajar. Cari artikel yang berkaitan belajar cara belajar. Daripada beberapa panduan ini saudara boleh memilih kaedah yang sesuai dengan saudara. 

Untuk makluman saudara hanya maklumat yang tersusun dengan baik yang akan kekal lama dalam ingatan kita. Oleh itu fahami dengan baik setiap subjek yang diajar oleh guru. Buat nota dengan kemas. Buat peta minda.

 Sekian.

 

Lain-lain06.08.2010

Kembali ke atas