Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata: ada empat suku ~ pd perkataan ‘hulubalang’; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : satuan bunyi yg diucapkan sekali dlm sesuatu kata, bahagian kata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : satu­an bunyi yg menjadi unsur dlm sesuatu kata (spt ma dan kan pd perkataan makan atau ku dan ku pd perkataan kuku). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suku
Rujuk :kaum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat malam, 1. Adakah perkataan "hai/ran" terbentuk daripada suku kata terbuka + suku kata tertutup ? kemusykilan saya ialah adakah bunyi diftong "ai" dianggap sebagai suku kata terbuka ? 2. Adakah perkataan "se/nang" dan "ta/rikh" terbina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup ? Terima kasih.Perkataan hairan, senang dan tarikh ialah suku kata tertutup. Diftong "ai" ialah suku kata terbuka. Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.Tatabahasa21.01.2010
mengetahui cara mengajar membaca secara menyebut suku kata, perkataan, dan ayat mengenali suku kata terbuka dan suku kata tertutup

Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Rujuk juga buku Daftar Kata Bahasa Melayu, terbitan DBP; Mengajar Membaca - Teori dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, tulisan Yahyah Othman; dan Motivasi dan Kaedah Membaca, tulisan Zaini Ujang terbitan Nurin Entreprise. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran ini, sila rujuk kepada pihak yang lebih arif, iaitu pensyarah di maktab dan universiti.

Lain-lain30.04.2013
Perkataan 'emak' ialah perkataan 2 suku kata terbuka atau tertutup? Perkataan 'biawak' ialah perkataan 3 suku kata tertutup atau terbuka? Adakah saya lihat suku kata terakhir dalam sesuatu perkataan untuk menentukan sama ada perkataan itu terdiri daripada suku kata terbuka atau tertutup?Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Oleh itu, emak dan biawak ialah suku kata tertutup.Lain-lain20.07.2010
Salam sejahtera. Mohon sedikit penjelasan berkaitan dengan suku kata. Jika KVVK (buat), berapa suku kata terdapat di situ? Contoh lain, KVVKK (buang), berapa suku kata di situ? Terima kasih.Salam sejahtera,

Buat - mengandungi 2 suku kata, iaitu bu + at
Buang - juga mengandungi 2 suku kata, iaitu bu + ang

Untuk makluman, terdapat dua jenis suku kata, iaitu suku kata terbuka, suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.
Tatabahasa09.09.2015
Assalamualaikum Tuan/Puan di talian, Saya ingin mengetahui ejaan perkataan di bawah jika dipisahkan sebutan suku katanya, bagaimanakah sebutan yang sebetulnya? 1. siap ( satu suku kata @ dua suku kata) 2. naik( satu suku kata @ dua suku kata) 3. main( satu suku kata @ dua suku kata) Semoga mendapat perhatian daripada pihak tuan/ puan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sekian, terima kasih.Dikira dua suku kataIstilah03.09.2010
Boleh saya tahu berapakah bilangan maksimum suku kata dalam perkataan? Contohnya, 'pengembaraan' ada 5 suku kata. Adakah perkataan dalam BM mempunyai lebih daripada 5 suku kata? Jika ya, apakah bilangan maksimum jumlah suku kata?Untuk makluman, bilangan suku kata bergantung kepada perkataan itu sendiri. Tidak ada had maksimum, mahupun minimum. Contoh suku kata yang lebih daripada 5 ialah telekomunikasi (7 suku kata).Tatabahasa19.12.2015
1) Boleh huraikan tentang suku kata terbuka dan suku kata tertutup? 2) Terangkan tentang suku kata bagi perkataan "emak", "kakak", dan "buah". Saya keliru dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia muka surat 37 (BM3.5.6,BM3.5.7,dan BM3.58)1. Suku kata terbuka ialah  suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, contohnya: saya, baca dan buku, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan, contohnya: emak, kakak dan buah.Tatabahasa23.04.2012
Apakaha pemenggalan suku kata perkataan: 1) syak 2) syampu 3) syabas 4) syarahan 5) syiling 6) syarikat 7) syer 8) khabar 9) khazanah 10) ghairah 11) klinikApakaha pemenggalan suku kata perkataan:
1) syak - 1 suku kata  (tiada pemenggalan)
2) syampu - 2 suku kata [syam + pu]    
3) syabas  - 2 suku kata [sya + bas]
4) syarahan - 3 suku kata [sya + rah +an]
5) syiling - 2 suku kata [syi + ling]
 6) syarikat  - 3 suku kata [sya + ri +kat]
7) syer  - 1 suku kata (tiada pemenggalan)
8) khabar  - 2 suku kata [kha + bar]
9) khazanah - 3 suku kata [kha + za + nah]
 10) ghairah - 2 suka kata [ghai + rah]
11) klinik - 2 suku kata [kli + nik]
Tatabahasa07.06.2017
salam, apabila kita menyebut suku kata terbuka dan suku kata tertutup, adakah kita merujuk pada bentuk suku kata sahaja atapun perkataannya. Contoh; perkataan "keamatan" = KV+V+KV+KVK, bersuku kata tertutup @ terbuka

Encik Effendy,

Apabila kita menyebut suku kata, kita merujuk pada suku kata tersebut. Perkataan "keamatan" mempunyai suku kata tertutup.  

Ejaan22.10.2010
saya menghadapi masalah untuk memahami suku kata tertutup dan suku kata terbuka dalam bahasa melayu.Terima kasih.

Saudari Hazrina,

Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, contohnya: saya, baca dan buku, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan, contohnya: emak, kakak dan buah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.

Tatabahasa02.10.2012
12345678910...

Kembali ke atas