Bagi kata sukuan, kalau makan tengah hari ialah 'merarau,' kalau minum pagi ialah 'kudapan'. Saya ingin tahu, apa pula dipanggil kalau minum petang dan makan malam ? Perkataan merarau dan kudapan ini datangnya daripada bahasa sukuan apa? Terima kasih. Musa Rashim | Perkataan merarau ialah kata daripada bahasa sukuan di Sarawak. Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kudapan digunakan untuk minum pagi, minum petang dan selepas makan malam dan merupakan kata dalam bahasa Melayu. | Istilah | 09.05.2008 |
Bolehkah DBP berikan teks yang menjadi rujukan penggunaan kata 'geruai' sehingga ia terakam dalam kamus? Saya sudah mencari di Internet dan korpus DBP tetapi saya tidak menjumpai penggunaannya. | Untuk makluman, geruai merupakan kata sukuan dan kata sukuan dikumpulkan oleh Bahagian Penyelidikan Bahasa. Segala maklumat berkenaan kumpulan tersebut tidak dipamerkan untuk tatapan awam. Sekiranya tuan dalam proses menyiapkan kajian, mohon berhubung dengan bahagian berkenaan. | Lain-lain | 26.08.2019 |
salam tuan, bolehkah kita menggunakan bahasa sukuan yang terdapat dalam kamus dewan untuk penulisan seperti dalam karangan PMR atau SPM.Adakah kita perlu menggunakan tanda pengikat kata atau tidak. | Bahasa sukuan yang terdapat dalam Kamus Dewan boleh digunakan dalam penulisan. Walau bagaimanapun, persoalan sama ada boleh digunakan untuk peperiksaan PMR dan SPM perlu dikemukakan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk kepastian. | Lain-lain | 25.04.2011 |
Perkataan 'ulu' terdapat takrifan sebagai kepala benda dalam bahasa sukuan ( Bisaya). Adakah ianya boleh diterima sebagai istilah bahasa melayu. Masalah saya ialah saya mengajar murid perkataan ulu dengan merujuk kepada kepala benda. Contoh ppt dilampirkan (email pd En Sulaiman). Adakah ianya satu kesalahan dan perlu saya perbaiki. Dalam buku Panduan Pengurusan Pemulihan Khas terbitan Jabatan Pendidikan Khas KPM juga digambarkan ulu sebagai kepala benda( keris). Tarima kasih | Dalam hal ini kami berpegang pada Kamus Dewan yang menggunakan frasa hulu keris bukan ulu keris, kerana ulu tidak ada dalam entri Kamus. Untuk makluman saudara, lazimnya pengambilan daripada bahasa sukuan dilakukan apabila tidak ada bahasa/istilah dalam bahasa Melayu. Kami mencadangkan saudara menggunakan perkataan yang standard dan telah diseragamkan iaitu hulu kerana kata tersebut juga mengandungi maksud ulu. | Tatabahasa | 29.04.2010 |
Salam. Apa maknanya ' Pencacai' ? Daripada bahasa sukuan apa perkataan ini? Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang perkataan pencacai dalam pangkalan data kami. Berkemungkinan perkataan tersebut merupakan dialek dan hanya dituturkan dalam kelompok tertentu. | Makna | 23.05.2012 |
Sekiranya jarak masa 6 bulan dipanggil setengah tahun, dan jarak masa 3 bulan dipanggil sukuan tahun, jadi apakah nama/terma sesuai bagi menjelasakan jarak masa 4 bulan? Saya sedang menyediakan laporan di mana pelaporan perlu dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun (setiap 4 bulan), jadi saya memerlukan terma yang tepat bagi menjelaskan jarak masa 4 bulan bagi tempoh masa berikut Januari - April; Mei - Ogos; dan September - Disember Penjelasan tuan/puan mengenai perkara ini amatlah dihargai | Tidak semua penggalan masa dinamakan bagi merujuk tempoh masa tertentu, kecuali yang lazim digunakan seperti suku tahun dan setengah tahun. Kami mencadangkan untuk tempoh berkala seperti Januari - April, Mei - Ogos, dan September - Disember dikenali sebagai empat bulan pertama, empat bulan kedua dan empat bulan terakhir tahun semasa. | Lain-lain | 24.12.2024 |
a)whole chicken leg b)quaters chicken | a)paha ayam penuh b)ayam sukuan | Istilah | 13.07.2011 |
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MELIUN? | Meliun merupakan bahasa sukuan daripada bahasa Melanau Mukah yang bermaksud "juta".
| Makna | 28.10.2015 |
Saya ingin bertanya mengenai perkataan yang sama erti dengan 'makan malam' dalam bahasa serumpun melayu | Bahasa sukuan Sarawak menggunakan gabi untuk makan malam | Lain-lain | 23.09.2006 |
Apakah maksud 'berkeredut'? Saya nak tahu tetapi saya tidak boleh cari makna kata itu. | Keredut merupakan bahasa sukuan Melanau Mukah yang membawa maksud renyuk atau kerut. | Makna | 03.01.2016 |