Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulaiman

Puisi
 

Anak muda Raja Sulaiman,
     Duduk di tingkap bermain angin;
Tuan rindu pandang laman,
     Itu tempat kita bermain.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sulaiman@dbp.gov.my ridzuan_1234@yahoo.com ( Bagaimanakah cara sebutan yang betul dalam bahasa Melayu ? )Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula.Lain-lain07.10.2011
SULAIMAN KAIAT, Soalan dalam kertas ujian sekolah dan latihan lembaran kerja murid. 1. Mesyuarat itu ditangguhkan ( ke , pada ) minggu depan. 2. Keluarga Jovita akan berpindah ( ke , dari ) Kuala Lumpur minggu depan. Adakah semua jawapan di atas betul. Kalau tidak, apa bezanya. Sekarang guru pun jadi gaduh sebab bahasa. Terima kasih. Goh Teck Seng Guru Besar SJK (C) Shan Tao, Kota Kinabalu.1. Mesyuarat ditangguhkan ke minggu hadapan.( kata sendi ke lebih sesuai kerana menunjukkan pergerakan masa ke hadapan)2. Keluarga Jovita akan berpindah ke atau dari Kuala Lumpur minggu hadapan.(Kedua-dua kata sendi ke dan dari sesuai. ke bagi menunjukkan pergerakan ke bandar lain, sementara  dari bagi menunjukkan pergerakan dari sesuatu tempat.   Tatabahasa16.05.2008
Mohon pandangan tuan yang manakah penggunaan yang betul (nama Ketua Jabatan yang menandatangani surat) : (DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN) K.M.N (DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN K.M.N) (Dr. MOHAMAD BIN SULAIMAN K.M.N) (DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN KMN)Salam sejahtera,

Penulisan KMN perlu diletakkan di dalam kurungan dan saiznya lebih kecil daripada nama. Contoh: (DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN KMN)

Sekian, terima kasih.
Ejaan30.11.2018
alasamualaikum encik sulaiman saya nak nama untuk cetak di papan tanda . perkataan english nak translit ke jawi. BRIYANI CLASSIC KITCHEN perkataan ini yang nak translit ke jawi . harap encik sulaiman dapat membantu saya . kerjasama encik sulaiman amat saya dihargai terima kasihNama perniagaan tidak perlu ditulis dalam tulisan jawi. Tuan hanya perlu jawikan keterangan aktiviti perniagaan sahaja. Contohnya, keterangan aktiviti RESTORAN = ريستورنLain-lain17.08.2020
Cikgu Sulaiman __________ syarat-syarat untuk menyertai pertandingan berpidato pada papan kenyataan. [ menampal / melekat / menempel ] Adakah ketiga-tiga jawapan di atas betul? Adakah ada jawapan yang paling tepat? Jika ada, apakah penjelasannya? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah menampal.

Menampal bermaksud merekat sesuatu (pelekat, poster dan lain-lain) pada sesuatu.
Tatabahasa28.09.2021
Zaliza Sulaiman THURS 19:36 Assalamualaikum..maaf..saya ingin bertanye..jika ingin menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh dewan bahasa dan pustaka macam maner cara die?cth pertandingan deklamasi sajak,pidato,bercerita sekolah rendahKegiatan kebahasaan anjuran DBP diuar-uarkan melalui laman web kami. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mengemas kini kegiatan anjuran kami.Lain-lain02.02.2017
En Sulaiman saya tak faham , masa na mohon iklan ,dari pagi hingga skry t dapat lagi ,sila tolg sayaMohon masa ke laman web ini untuk pendaftaran permohonan iklan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspxLain-lain01.12.2015
En. Sulaiman, Saya ingin memohon untuk ditukar nama syarikat pada sijil daripada nama saya kepada Baljo Food Services Sdn Bhd seperti yang tertulis pada lukisan gambar papantanda yang tertera. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, pihak kami tidak boleh menukar maklumat pada sijil. Sila isi semula borang permohonan dan tukar maklumat yang diperlukan untuk mendapat sijil yang baharu.Lain-lain18.06.2014
Saya Sulaiman Huangjintao berasal dari cina, sedang belajar di pusat Bahasa Melayu dasar,Universiti Pattani Thailand,ingin bertanya DBP.Apakah maksud kata dasar dalam bahasa Melayu.terima kasih.Kata dasar ialah kata yang menjadi pokok daripada kata terbitan (kata tanpa imbuhan seperti alat, pandang, kuat, dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan senarai yang diperlukan kerana entri dalam kamus ialah kata dasar/kata akar.Tatabahasa12.11.2013
Saya Sulaiman Huangjintao berasal dari cina, sedang belajar di pusat Bahasa Melayu dasar,Universiti Pattani Thailand,ingin bertanya DBP.Apakah terdapat buku cina komunikasi terjemahan melayu.terima kasih.Untuk makluman tuan, bUku yang tuan kehendaki tidak ada dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, DBP ada menerbitkan beberapa buku yang berkaitan dengan komunikasi. Tuan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=komunikasi&d=9 untuk lebih lanjut.Lain-lain05.11.2013
12345678910...

Kembali ke atas