Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulalatus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ingin mendapatkan informasi buku sulalatus salatinSoalan saudara kurang jelas. Adakah saudara ingin mendapatkan maklumat tentang sinopsis, siapa pengarangnya, penerbit  atau sebagainya. Mohon diperjelas soalan saudara. Terima kasih.Lain-lain24.03.2010
Salam sejahtera. Saya hendak bertanya apakah ada ciri-ciri tertentu dalam pertuturan orang biasa dalam Bahasa Melayu Klasik yang membezakannya daripada Bahasa Melayu masa kini. Adakah bahasa yang digunakan dalam karya-karya Melayu awal seperti Sulalatus Salatin serupa dengan bahasa pertuturan orang biasa pada zaman tersebut? Dan bolehkah orang Melayu biasa dari abad ke-15 faham pertuturan orang Melayu zaman kini, dan sebaliknya? Terima kasih.

Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sanskrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap, iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP), Perpustakaan Negara Malaysia, Buku Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar, Susur Galur bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar, Tatabahasa Dewan Edisi Keempat oleh Nik Safiah Karim et. al; Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah Haji Omar; Pelita Bahasa Melayu Penggal I - III (Edisi Baharu) oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba); Ilmu Mengarang Melayu oleh Za'ba; Kitab Ilmu Bahasa Melayu oleh Za'ba, dan sebagainya. Tuan/puan juga boleh merujuk buku-buku dalam Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu seperti Gaya Bahasa Sastera Melayu oleh Umar Junus; Inskripsi Melayu Sriwijaya oleh G. Coedes (disunting dan diperkenalkan oleh Asmah Haji Omar), serta buku-buku sastera lama seperti Sulalat  Al Salatin, Sejarah Melayu, buku-buku hikayat dan lain-lain. Semua buku ini adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Maklumat dan rujukan lain mungkin boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Lain-lain27.10.2018
Tuan/Puan yang dihormati. Saya ingin merujuk kepada tuan/puan samada jawi untuk perkataan-perkataan seperti dalam lampiran adalah betul dan tepat, iaitu : 1) Warisan Persuratan Negara, 2) Hikayat Hang Tuah, 3) Batu Bersurat Terengganu, 4) Surat-surat Sultan Abdul Hamid Halim Shah, 5) Sejarah Melayu - Sulalatus Salatin. Sekian, Terima Kasih.Betulkan ejaan:

سورت٢ سلطان عبد الحميد حليم شاه 
سلالة السلاطين
Ejaan28.09.2021
definisi sejarah sastera Sastera sejarah adalah suatu cabang daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang membicarakan sejarah sesebuah kerajaan. Secara umum sastera sejarah sering kali  memakai judul permulaan sebagai hikayat, silsilah, salasilah, misa dan tawarikh seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu dan Tawarikh Salasilah Negeri Kedah.          Bentuk sastera sejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dalam bentuk prosa dan bentuk puisi. Karya yang berbentuk prosa merupakan sejarah sesebuah kerajaan atau negeri tentang bangun dan jatuhnya sebuah kerajaan itu dengan menyenaraikan susur galur pemerintahnya. Manakala bentuk puisi pula, lazimnya ditulis dalam bentuk syair yang menceritakan sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sesuatu tempoh waktu tertentu seperti Syair Perang Johor, Syair Kampung Gelam Terbakar, Syair Perang Siak dan sebagainya.          Karya sastera sejarah, umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama karya sejarah yang meriwayatkan jurai keluarga diraja. Misalnya Sulalatus Salatin yang cukup terkenal dalam kalangan kita. Di dalam Sulalatus Salatin, pengarangnya, Tun Seri Lanang menjurai asal usul keturunan raja Melayu dari awal hingga kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.           Jenis sastera sejarah yang kedua pula hanya memfokuskan kisah seseorang tokoh seperti dalam Hikayat Acheh yang menceritakan tentang ketokohan Raja Iskandar Muda. Sastera sejarah yang menekankan pada sesuatu peristiwa seperti Syiar Kampung Gelam Terbakar dan Perang Makasar adalah jenis karya sastera yang ketiga.          Salah satu ciri yang menyebabkan  sastera sejarah tidak dianggap sepenuhnya sejarah kerana ada unsur-unsur mitos dan legenda serta unsur-unsur fiksyen-fantasi yang turut dimuatkan oleh para pengarang sastera sejarah. Unsur-unsur ini dimuat adalah dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menambahkan faktor kekaguman rakyat kepada kebesaran sesebuah kerajaan atau jurai keturunannya. Lain-lain06.08.2008
ulaskan asal usul perkataan melayu

Mohon rujuk buku-buku yang disertakan bagi mendapatkan maklumat yang berkenaan.

 

  1. "The Malay Civilization" oleh Mohd Arof Ishak
    • Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
    • Buku ini mengupas sejarah asal usul orang Melayu dari segi budaya, masyarakat, dan tamadun yang berkembang di Kepulauan Melayu.

 

  1. "Tamadun Alam Melayu" oleh Mohd Yusoff Hashim
    • Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
    • Buku ini menyelidiki tamadun dan asal usul masyarakat Melayu melalui kajian sejarah dan arkeologi.

 

  1. "Sejarah Melayu" (Sulalatus Salatin) oleh Tun Sri Lanang
    • Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
    • Versi lain mungkin diterbitkan oleh penerbit yang berbeza.
    • Ini adalah salah satu naskhah klasik yang penting dalam memahami sejarah orang Melayu, walaupun ia lebih berbentuk hikayat, tetapi memberi gambaran tentang asal usul dan keagungan kerajaan-kerajaan Melayu.

 

  1. "The Malays: Their Problems and Future" oleh Syed Husin Ali
    • Penerbit: The Other Press
    • Buku ini mengkaji asal usul orang Melayu dari sudut pandang sosial, ekonomi, dan politik.

 

  1. "Asal Usul Melayu: Menulis Semula Sejarahnya" oleh Mohd Arof Ishak
    • Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
    • Buku ini membincangkan teori-teori mengenai asal usul orang Melayu dan peranan mereka dalam perkembangan tamadun di rantau ini.
Penyelidikan08.09.2024

Kembali ke atas