selamat sejahter Saya ingin bertanya, untuk nama jenis-jenis sulaman, perlukah kita tulis dengan huruf besar (nama khas)? Contohnya sulaman Bunga Sakura, sulaman Bunga Carnation, sulaman Bunga Kekwa dan sulaman Bunga Lavendar. Harap maklum. | Nama jenis sulaman ialah kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil seperti sulaman bunga sakura dan sulaman bunga teluki. | Lain-lain | 20.09.2017 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya. Nama-nama jenis sulaman seperti sulaman bunga carnation, bunga sakura, bunga lavender atau bunga kekwa, adakah perlu ditulis dalam huruf besar nama bunga-bunga tersebut? | Huruf kecil | Ejaan | 19.09.2017 |
Salam sejahtera, Adakah nama bagi teknik-teknik seni sulaman contohnya Bullion, French knot dan Lazy daisy perlu ditulis dengan huruf besar? Contoh ayat, Sulaman bunga lavender menggunakan teknik French knot / french knot. | Nama teknik sulaman haruslah menggunakan huruf kecil kecualai "French knot" kerana "French" ialah nama negeri. Terdapat istilah dalam bahasa Melayu untuk teknik sulaman ini jika puan ingin menulisnya dalam bahasa Melayu. French knot = simpul Perancis lazy daisy = jahit bunga padi bullion = jahit ulat-ulat | Ejaan | 21.09.2017 |
berkaitan dengan sulaman,apakah nama yang menarik untuk membuat kertas kerja bagi sebuah syarikat yang mempromosikan sulaman ke peringkat antarabangsa? | Tajuk mestilah jelas dan mudah difahami untuk menarik minat pembacanya. Antara nama kami anggap sesuai termasuklah 'Sulaman: Warisan Bangsa', walau bagaimanapun saudara boleh memilih nama lain yang bersesuaian dengan konsep kertas cadangan tersebut. | Lain-lain | 13.01.2011 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Ali duduk (berminggu) kerana terlalu letih. (b) Sulaman yang (dipukul) dengan teliti itu kelihatan cantik dan bermutu. (c) Bapa saya mempunyai pengetahuan yang luas dalam (halaman) komputer. (d) Pengalaman yang pahit itu akan dijadikan satu (halaman). (e) Peragawati itu sedang memperagakan baju fesyen baru yang (halus) di atas pentas. (f) Pusaka peninggalan Tok Ahmad telah (disalin) kepada satu badan kebajikan. (g) Bajunya menjadi (gelap) setelah dibiarkan terlalu lama di bawah pancaran cahaya matahari. (h) Budak nakal itu (menggelapkan) duit ibunya di bawah bantalnya. (i) Kilang papan itu menghasilkan banyak (daki). | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
Saya dari agensi periklanan dan saya nak semak adakah visual ini didalam bahasa melayu yang tepat. Sila nasihat. Terima kasih. | Pembetulan: 1. Percetakan dan Sulaman 2. Dimiliki oleh (oleh - huruf kecil) Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 24.04.2015 |
semakan ejaan pada papan tanda | Sila betulkan ejaan jawi bagi perkataan RZ kepada ار.زيت Sila betulkan ejaan jawi bagi perkataan SULAMAN kepada سولمن
| Ejaan | 18.12.2019 |