| Bersabit pantun ini: Ada seorang saudagar Keling Matanya merah seperti cempeling Pelita di tengah orang keliling Buluh seruas berganti suling, apa makna seruas berganti suling? | Maksud bagi "Buluh seruas berganti suling" ialah sesuatu benda (buluh) yang bertukar menjadi benda yang baik (suling/seruling) atau dalam erti kata yang lain seseorang/sesuatu yang memberi atau mendatangkan manfaat/ kebaikan kepada ramai. | Sastera | 28.02.2024 |
| salam... sisipan pada perkataan ''kerabat'' akan menjadi ''kabat'',betol atau tidak??apa pula makna ''kabat'' jika ia betol? | Tidak ada maklumat tentang kata "kabat" dalam pangkalan data kami. Contoh sisipan "er" yang betul ialah kuping - keruping, gigi - gerigi dan suling - seruling. | Tatabahasa | 02.08.2011 |
| Padanan perkataan “pictorial representation” ialah “representasi bergambar”? Bolehkah perkataan imbuhan ditambahkan bagi perkataan “representasi” menjadikan “merepresentasi” dan “direpresentasi” bagi perkataan “represented” dalam ayat di bawah ini. “338(3) Every package containing vinegar, distilled vinegar or blended vinegar shall not include a pictorial representation or design in the label depicting the substance from which the vinegar may be prepared unless at least 60 per cent of the vinegar contained therein has been prepared from the substance represented. (3) Tiap-tiap bungkusan yang mengandungi cuka, cuka suling atau cuka sebatian tidak boleh memasukkan pada labelnya suatu representasi bergambar atau reka bentuk yang menggambarkan bahan dari mana cuka itu diperoleh melainkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada cuka yang terkandung di dalamnya telah disediakan daripada bahan yang dinyatakan itu.”. | Kekalkan ayat tanpa imbuhan dan betulkan kepada Tiap-tiap bungkusan yang mengandungi cuka, cuka suling atau cuka sebatian tidak boleh memasukkan representasi bergambar atau reka bentuk pada labelnya yang menggambarkan bahan dari mana cuka itu diperoleh melainkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada cuka yang terkandung di dalamnya telah disediakan daripada bahan yang dinyatakan itu. | Tatabahasa | 07.07.2021 |
| Sila terjemah bahasa Inggeris di bawah ke bahasa Malaysia 1) Distilled monoglycerides 2) Mono- and diglycerides of fatty acids (E 471) 3) Alpha- Tocopherol ( E 307 ) 4) Citric acid esters of mono- and diglycerides ( E 472c ) | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: 1. Distilled monoglycerides - monogliserida suling 2. Mono- and diglycerides of fatty acids - asid lemak monogliserida dan digliserida 3. Alpha- Tocopherol - alfa-tokoferol 4. Citric acid esters of mono- and diglycerides - ester asid sitrik monogliserida dan digliserida Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Penyemakan dan penterjemahan | 18.10.2022 |
| Boleh saya tahu adakah DBP ada buku atau buku istilah tentang "bunyi" sesuatu perkara dalam bentuk perkataan? Contohnya bunyi binatang, atau "pong" merujuk kepada "bunyi barang dll yg jatuh di air." Terima kasih | Setakat ini DBP tidak ada menerbitkan buku berkaitan bunyi. Yang ada segelintir jenis bunyi dalam kamus.Contoh: siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana kepedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll disebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api disiram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali. Kamus Dewan Edisi Keempat lentung Ibunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati. Kamus Dewan Edisi Keempat mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek dijadikan bunyi panjang; maddah. Kamus Dewan Edisi Keempat lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul; melepuk memukul, menampar; ®lapuk II. Kamus Dewan Edisi Keempat gedebuk bunyi spt bunyi benda berat jatuh; bunyi spt bunyi pukulan pd belakang seseorang dll. Kamus Pelajar Edisi Kedua lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulangulang, bunyi berdentang-dentang. Kamus Dewan Edisi Keempat uak II bunyi spt bunyi kerbau (katak dll); menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu. Kamus Dewan Edisi Keempat rak I 1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak. Kamus Dewan Edisi Keempat siul = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung). Kamus Pelajar Edisi Kedua lengking bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal. Kamus Dewan Edisi Keempat | Lain-lain | 09.05.2014 |