Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sum.bang.sih] | سومبڠسيه

Definisi : sesuatu (tenaga, wang, dll) yg diberikan sbg bantuan, sokongan, sumbangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.bang.sih] | سومبڠسيه

Definisi : sesuatu yg diberikan sbg bantuan atau sbg sokongan; sum­bangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumbangsih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu bagaimana penggunaan kata "sumbangsih". Apa bezanya dengan "sumbangan"? Dalam konteks manakah perkataan itu sesuai dan boleh digunakan? Terima kasih.Perkataan "sumbangsih"  bermaksud "sesuatu (tenaga, wang, dll.) yang diberikan sebagai bantuan, sokongan atau sumbangan". Biasanya perkataan "sumbangsih" digunakan sebagai tema sesutu majlis, contohnya "Malam Sumbangsih Semarak Kasih", "Malam Sumbangsih Tautan Kasih" atau "Malam Sumbangsih Jalinan Kasih".Tatabahasa13.03.2015
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan idea berkenaan tema bagi majlis makan malam yang bertujuan untuk mengumpul dana syarikat. Majlis tersebut juga bertujuan untuk menjalih persahabatan syarikat saya dengan para penyumbang tersebut. Adakah tema seperti Malam Sumbangsih, atau Ikatan Jalinan Berterusan sesuai. Atau pihak DBP boleh memberikan idea yang lebih bersesuaian. Saya amat berharap pihak DBP boleh memberikan sedikit bantuan.Antara tema yang dicadangkan termasuklah Majlis Makan Malam Amal xxx (nama syarikat), Malam Sumbangsih Semarak Kasih, Malam Sumbangsih Jalinan Kasih, dan Malam Sumbangsih Tautan Kasih.Lain-lain19.03.2014

Kembali ke atas