Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sumber (kata nama)
1. Bersinonim dengan mata air: perigi, sumur, telaga, ocak-ocak,

2. Bersinonim dengan asal: punca, mula, punat, benih,

Kata Terbitan : bersumber,

Peribahasa

Bagai jelongak kerbau rampung.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menurut sumber 'Sumber: Scott, C. P. G. (1896). The Malayan Words in English. Journal of the American Oriental Society' orang Melayu sudah lama membezakan anteater (myrmophaga) dengan pangolin menggunakan istilah penggoling rambut (anteater) dan panggoling sisik, dikatakan istilah tenggiling tepat. Maka, saya cadangkan DBP untuk semak semula padanan anteater yang masih dipadankan dengan tenggiling dan menukarnya ke tenggiling rambut atau pengguling rambut.Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam  penggunaan bahasa Melayu yang betul. Cadangan tuan akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk tindakan selanjutnya.Penyemakan dan penterjemahan16.02.2019
Sekarang, mari kita lihat sumber-sumber menghasilkan barang-barang yang kita gunakan. Adakah ayat di atas betul dari segi pemajmukan kata nama? Terima kasih.Sekarang, mari kita lihat sumber untuk menghasilkan barangan yang kita gunakan.Tatabahasa23.05.2013
TERANGKAN SEJARAH PERIBAHASA MELAYU?Sepanjang yang diketahui, peribahasa berasal daripada tiga sumber. Sumber pertama ialah rakyat jelata yang mencipta peribahasa melalui pengalaman hidupnya, sumber kedua ialah orang-orang arif bijaksana, yang mengeluarkan ungkapan kata-kata hasil daripada renungannya, dan sumber ketiga ialah kitab suci. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang peribahasa sila rujuk buku peribahasa, contohnya Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain). Lain-lain25.03.2009
Salam sejahtera, Apakah terjemahan bagi "Pax"? Frasa ini tidak terkandung dalam DBP. Menurut sumber-sumber dibawah, "pax" bermaksud "passengers" (dalam industri penerbangan) atau "persons/occupants" (dalam hotel/resort) Sumber maksud "Pax": http://www.oxforddictionaries.com/definition/american_english/pax#pax-2 http://forum.wordreference.com/showthread.php?t=2271979. Contoh ayat: Each course about 20pax Adakah frasa ini boleh diterjemahkan sebagai "Paks"? Sila berikan pendapat anda. Mohon bantuan DBP. Semoga DBP dapat juga menambahkan terjemahan "Pax" ini di tapak web anda untuk kemudahan pengguna. Terima kasih.

Terjemahan bagi perkataan pax mengikut konteks seperti dalam ayat Each course about 20pax ialah ‘orang’. Kami mengambil maklum cadangan puan dan terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan09.02.2015
Pada semester 2 di IPKS ini, saya sedang mempelajari bidang 'Pengatar Psikolinguistik'. Jadi, masalah saya dalam hal ini adalah berkaitan sumber-sumber carian mengenai bidang ini. Begitu juga masalahnya mengenai teori-teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa yang susah bagi saya memahaminya. Bolehkan pihak tuan/puan memberitahu sedikit sebanyak fakta-fakta mengenai bidang Pengatar Psikologi ini terutamanya mengenai teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa. Sekian, terima kasih.Saudara dinasihati supaya membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di perpustakaan di ipt di tempat saudara. Saudara juga  boleh berbincang untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pensyarah yang mengajarkan bidang ini.    Lain-lain27.06.2008
1) "daripada" sumber haram/"dari"sumber haram? 2) "daripada" / "dari" sumber yang boleh dipercayai? 3) "daripada" / "dari" sumber hasil jenayah? Yang mana satu betul? Mohon penjelasan.Penggunaan yang betul dalam konteks yang tersebut ialah "daripada". Kata sendi nama "dari" hadir di hadapan tarikh, masa dan arah seperti dari 15 hingga 21 dan dan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.Tatabahasa07.06.2013
maksud pelestarianKata dasar pelestarian ialah lestari yang membawa maksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap. Perkataan ini berasal daripada Indonesia. Maksud bagi pelestarian pula ialah perlindungan daripada kemusnahan atau kerosakan. Contoh ayatnya, pelestarian sumber-sumber alam.Makna21.12.2006
Mohon terjemahkan perkara-perkara berikut bagi tujuan membuat Business Card pegawai-pegawai ke Bahasa Inggeris: 1. Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Dasar dan Perancangan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 2. Ketua Penolong Setiausaha Unit Dasar dan Perancangan Strategik Sumber Manusia 3. Unit Perancangan Sumber Manusia Guru 4. Unit Perancangan Sumber Manusia Bukan Guru 5. Unit Pemantauan dan Penilaian Sekian, terima kasih.Untuk makluman puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk menterjemah dokumen, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-emel terjemah1@gmail.com.Istilah25.01.2018
Apakah beza istilah personel dan sumber manusia?Personel bermaksud pegawai, kakitangan (pejabat dan sebagainya); manakala sumber manusia ialah sumber tenaga daripada manusia.Makna08.01.2019
Soalan 1: A ) meningkatkan sumber kewangan B) menambahkan sumber kewangan Manakah penggunaan kata lebih tepat ? A atau B ? Soalan 2: A)Semua penduduk kampung B) Seluruh penduduk kampung C) Penduduk-penduduk kampung ? Manakah penggunaan kata lebih tepat ? A atau B atau C ? Soalan 3: "Seorang penduduk kampung sedang mengecat dinding pondok itu." Betulkah penggunaan seorang penduduk kampung? Terima kasih.1. (B) menambahkan sumber kewangan 
2. (A)Semua penduduk kampong, (B) Seluruh penduduk kampung 
3. Frasa "seorang penduduk kampong" boleh digunakan.
Tatabahasa10.06.2014
12345678910...

Kembali ke atas