Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sumber (kata nama)
1. Bersinonim dengan mata air: perigi, sumur, telaga, ocak-ocak,

2. Bersinonim dengan asal: punca, mula, punat, benih,

Kata Terbitan : bersumber,

Peribahasa

Menyelami air dalam tonggak.

Bermaksud :

Amat sukar menyelami hati manusia.

 

Lihat selanjutnya...(51)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Asssalam, Saya perlu khidmat nasihat untuk penterjemahan nama jabatan di bawah "HR Governance, People Strategy & Planning, Global Human Resource Partner Upstream" Tadbir Urus Sumber Manusia, Strategi dan Perancangan Sumber Manusia, Rakan Sumber Manusia Global Urus Niaga Huluan Terima KasihTadbir Urus Sumber Manusia, Strategi dan Perancangan Sumber Manusia, Rakan Sumber Manusia Global Urus Niaga Huluan
Terjemahan tersebut adalah betul.
Makna05.01.2022
Mohon terjemahkan perkara-perkara berikut bagi tujuan membuat Business Card pegawai-pegawai ke Bahasa Inggeris: 1. Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Dasar dan Perancangan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 2. Ketua Penolong Setiausaha Unit Dasar dan Perancangan Strategik Sumber Manusia 3. Unit Perancangan Sumber Manusia Guru 4. Unit Perancangan Sumber Manusia Bukan Guru 5. Unit Pemantauan dan Penilaian Sekian, terima kasih.Untuk makluman puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk menterjemah dokumen, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-emel terjemah1@gmail.com.Istilah25.01.2018
penerangan sumber manusiaSumber manusia dalam konteks organisasi merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam organisasi.Mereka ada peranan masing-masing yang perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi. Lain-lain23.01.2008
Manakah antara berikut adalah betul? A. Sebagai eksekutif sumber manusia, nasihatkan Faridah mengenai terma dan syarat di bawak kontrak perkhidmatan. B. Sebagai Eksekutif Sumber Manusia, nasihatkan Faridah mengenai terma dan syarat di bawah kontrak perkhidmatan.Ayat yang betul ialah 'Sebagai Eksekutif Sumber Manusia,  Faridah diberikan maklumat tentang terma dan syarat kontrak perkhidmatan'.Tatabahasa21.06.2023
apakah maksud pengekosan sumber manusia

Assalamualaikum.

 

Berdasarkan Kamus Dewan 4 makna "pengekosan" adalah anggaran semua kos yang terlibat dalam satu urusan misalnya perniagaan.

Merujuk kepada pertanyaan tuan, perkataan pengekosan sumber manusia berkemungkinan merujuk kepada anggaran semua kos yang terlibat dalam urusan pengambilan sumber manusia seperti gaji, elaun, sumbangan KWSP, kos latihan, kos perubatan dan sebagainya. 

 

Lain-lain26.02.2009
Aziz ialah Pengurus Sumber Manusia di sebuah Syarikat Pembangunan Perisian Global. Adakah betul penggunaan kata nama khas itu?Penggunaan kata nama khas "Pengurus Sumber Manusia" seperti dalam ayat tersebut betul. Untuk rujukan perkara yang berkaitan dengan kata nama khas, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 84-85.Tatabahasa08.05.2024
Apakah beza istilah personel dan sumber manusia?Personel bermaksud pegawai, kakitangan (pejabat dan sebagainya); manakala sumber manusia ialah sumber tenaga daripada manusia.Makna08.01.2019
Deringan telefon daripada bahagian sumber manusia @ deringan telefon dari bahagian sumber manusia.

Kedua-dua ayat tersebut betul, ayat pertama merujuk tempat dan ayat kedua merujuk sumber.

Tatabahasa14.09.2011
definasi qrganisasi kaitan dengan sumber manusiaOrganisasi ialah kesatuan (susunan dll) yang terdiri daripada bahagian (orang dll) dalam sesebuah pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dll) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan  bersama dsb); pertubuhan. Kaitan dengan sumber manusia  adalah dari segi  perancangan, keperluan, sumbangan dan objektif yang hendak dicapai. Misalnya, adakah pengambilan staf baru akan melonjakkan pencapaian prestasi organisasi atau dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.Makna28.06.2008
Apakah istilah bahasa Malaysia yang sesuai bagi perkataan berikut : 1. Chief People Officer 2. People Operations Department Perkataan "People" di sini merujuk kepada pekerja atau sumber manusia bagi sebuah organisasi. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Merujuk soalan 1, istilah bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Chief People Officer ialah Ketua Pegawai Sumber Manusia.

Merujuk soalan 2, berdasarkan frasa 'People Operations Department', padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah Bahagian Sumber Manusia dan perkataan 'People' tersebut merujuk sumber manusia bagi sebuah organisasi.
Istilah18.02.2018
12345678910...

Kembali ke atas