Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sumber (kata nama)
1. Bersinonim dengan mata air: perigi, sumur, telaga, ocak-ocak,

2. Bersinonim dengan asal: punca, mula, punat, benih,

Kata Terbitan : bersumber,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah pihak DBP terlibat secara langsung dalam memelihara Sumber Sejarah dan Kebudayaan Negara

DBP terlibat secara langsung dalam memelihara sumber sejarah dan budaya negara khasnya warisan ketara dan tak ketara. Bagi warisan tak ketara, DBP memelihara dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, yang juga matlamat utama penubuhan DBP. Pelbagai program juga dilaksanakan untuk memelihara dan mengembangkan penulisan dan sastera Melayu khasnya pantun, syair, gurindam melalui festival, seminar dan bengkel dari peringkat kanak-kanak, dewasa,pelajar dan kakitangan awam serta swasta.

Bagi warisan tak ketara, koleksi manuskrip Melayu tulisan tangan jawi telah tersenarai dalam "Memory of the World Register" pada tahun 2001 sebagai salah satu dokumentari warisan dunia. Sila lawati laman Unesco di http://portal.unesco.org/ci/en/ev.php-URL_ID=23078&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html

Lain-lain29.07.2008
apakah yang dimaksudkan dengan sumber sejarah?Maklumat yang berasaskan peristiwa yang telah dan benar-benar berlau pada masa dahulu.Makna08.07.2009
etimologi perkataan 'baik' dalam bahasa melayu?Etimologi kata Baik - Berdasarkan Daftar Kata Bahasa Melayu Lama, Sumber: Sejarah Melayu, asal usul kata baik ialah memuaskan hati,dari segi rupa, mutu atau kegunaan, elok dll). Kedua: Baik- iya (menyatakan kegunaan atau persetujuan). Untuk makluman saudara juga, fakta yang telah dikemukakan oleh Pakar Etimologi iaitu Prof.Dr.Harimurti Kridalaksana, 'baik' berasal dari bahasa Melayu untuk kedua-dua maksud yang telah dikemukakan. Terima kasih.Makna19.01.2007
TERANGKAN SEJARAH PERIBAHASA MELAYU?Sepanjang yang diketahui, peribahasa berasal daripada tiga sumber. Sumber pertama ialah rakyat jelata yang mencipta peribahasa melalui pengalaman hidupnya, sumber kedua ialah orang-orang arif bijaksana, yang mengeluarkan ungkapan kata-kata hasil daripada renungannya, dan sumber ketiga ialah kitab suci. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang peribahasa sila rujuk buku peribahasa, contohnya Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain). Lain-lain25.03.2009
Salam Sejahtera. Saya merupakan Pustakawan di UUM. Pertanyaan daripada penyelidik kami sedang mencari sejarah pengguna istilah "keusahawanan", "usahawan" dandi Malaysia. Oleh yang demikian, saya memerlukan bantuan pihak tuan untuk: 1. Sejarah penggunaan istilah tersebut di Malaysia 2. Tahun daftar istilah tersebut. 3. Maksud istilah tersebut. Sekiranya ada sumber untuk diakses dan semak, mohon jugak berkongsi dengan saya. Sekian, terima kasih.Untuk makluman puan, kami merujuk sumber rujukan terkini untuk mencari maksud kata. Contohnya kami merujuk Kamus Dewan, Edisi Keempat (edisi terkini, PRPM juga merakamkan data entri terkini) perkataan usahawan/keusahawanan hanya merakamkan entri dan makna kata tersebut. Kamus Dewan tidak merakamkan tarikh daftar, sejarah dan etimologi kata, kecuali ada sebahagian kata yang diberi label seperti Ar, bermaksud berasal daripada bahasa Arab. Kami hanya dapat membantu puan mendapatkan maklumat tentang kata ini dimasukkan dalam Kamus Dewan sama edisi pertama, kedua, ketiga atau keempat. Itupun kami perlu menyemak Kamus Dewan fizikal setiap edisi yang disimpan di pejabat.Lain-lain28.04.2020
Saya ingin mengetahui asal-usul dan sejarah bagi perkataan "Isyarat".Perkataan “isyarat” berasal daripada perkataan Arab. Walau bagaimanapun, berdasarkan semakan, kami tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan sejarah  bagi perkataan tersebut. Kami mencadangkan supaya tuan merujuk buku atau sumber yang bersesuaian untuk mendapatkan fakta yang tepat.Lain-lain21.05.2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Sastera Sejarah daripada Universiti Malaya. Saya ingin bertanyakan tentang sama ada DBP mempunyai tawaran kerja kosong yang berkaitan dengan bidang pengajian saya. Jika DBP ada menawarkannya buat masa sekarang, saya berhasrat untuk mengisi kekosongan tersebut bagi membolehkan saya mendapatkan lebih lagi peluang dan ilmu bekerja dengan DBP. Antara bidang yang sesuai untuk saya dalami termasuklah di bahagian sumber atau dokumen-dokumen sejarah, bahagian pemuliharaan sumber serta penerbitan karya-karya. Jika ada tawaran lain juga, saya amat menghargai dan mengalu alukannya. Bersama pertanyaan ini saya lampirkan bersama resume dan keputusan peperiksaan saya (memandangkan transkrip rasmi belum lagi dikeluarkan)Salam sejahtera,

Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka

Untuk makluman puan, sebarang pertanyaan berkaitan perjawatan di DBP boleh die-melkan kepada: pengambilan@dbp.gov.my. DBP telah menggunapakai sistem e-pengambilan bermula bulan Disember 2021. Sekiranya terdapat iklan kosongan jawatan, pihak kami akan menyiarkannya melalui surat khabar dan laman sesawang DBP iaitu: http://lamanweb.dbp.gov.my/. Sekiranya terdapat iklan jawatan kosong, pihak puan bolehlah mendaftar dan memohon jawatan tersebut.

Sekian, untuk pemakluman.
Lain-lain12.02.2022
Apakah bentuk dan aliran dalam penulisan sastera tradisional

Sdr., dari segi bentuk, kesusasteraan Melayu tradisional terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi atau disebut juga sebagai genre prosa dan genre puisi. Genre prosa merangkumi cerita-cerita yang dikategorikan pula kepada,

a. Sastera Hikayat ( cerita-cerita daripada sumber Hindu, Islam dan tempatan)

b. Sastera Epik( epik tempatan dan berunsur Islam)

c. Sastera Panji dan Perwayangan ( sumber daripada Jawa dan Hindu)

d. Sastera Sejarah ( cerita yang berhubung dengan sejarah atau salasilah sebuah kerajaan Melayu silam)

e.Cerita Para Nabi dan Tokoh-Tokoh Islam ( sumber daripada sejarah Islam)

f. Sastera Kitab( berhubung dengan kitab fikah, tasawuf dan sebagainya)

g. Sastera Undang-undang dan ketatanegaraan ( undang-undang, peraturan dan adat istiadat sesebuah kerajaan Melayu)

h. Kepustakaan Ilmu  Tradisional ( berhubung dengan ilmu penujuman, ilmu mendukun dan sebagainya)

Genre puisi pula termasuk pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, mantera, teromba dan sebagainya.

Mohon sdr. merujuk buku Kesusasteraan Melayu Tradisional( DBP,2000)  yang ditulis oleh Dr. Harun Mat Piah dll. untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut tentang persoalan yang di atas.

Lain-lain22.10.2010
Berikan saya sumber rujukan atau bukti yang menyatakan asal kata dalam bahasa Melayu hanya ada tiga perkataan iaitu "babi, besi dan batu". Terima kasihTidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa perkataan padi, besi, babi, dan ubi merupakan kata asli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Bab 1: Sejarah Ringkas Bahasa Melayu) penulis: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Saudara juga boleh merujuk buku Susur Galur  Bahasa Melayu Edisi Kedua, penulis: Asmah Haji Omar. Saudara juga digalakkan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut.Lain-lain09.04.2010
sejarah simbolisme,kritikan mengenai simbolisme,pandangan islam mengenai simbolisme,contoh karya sastera simbolismeSimbolisme bermaksud penggunaan simbol (lambang) untuk melahirkan atau menyampaikan sesuatu. Maklumat yang berkaitan dengan sastera simbolisme dalam sumber rujukan kami, saudara boleh rujuk artikel Ismail Kassan mengungkapkan simbolisme dalam karyanya, Dewan Sastera, 15 Jun 1984, Simbolisme dalam pantun percintaan Melayu, Dewan Sastera, 1 Februari 1998 dan Simbolisme fonetik dalam puisi, Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, 1 Mei 1999.Sastera17.03.2011
12

Kembali ke atas