Apakah penggunaan bahasa yang sesuai, “Majlis Angkat Sumpah” atau “Majlis Mengangkat Sumpah”? | “Majlis Angkat Sumpah” dan “Majlis Mengangkat Sumpah”, kedua-dua frasa ini telah banyak digunakan. Berdasarkan maklumat di Internet frasa Majlis Angkat Sumpah lebih banyak digunakan. Kelazimannya nama atau tajuk juga lebih banyak menggunakan bentuk kata nama seperti Majlis Angkat Sumpah. | Tatabahasa | 02.07.2020 |
Hardian Nugraha Saya hendak bertanya? Sejak kapan bahasa malaysia dijadikan sebagai bahasa nasional , ti mungkin tidak ya dulu isi sumpah pemuda (sebelum indonesia merdeka) malaysia masuk wilayah indonesia Ety Nur Hayati | Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. | Lain-lain | 09.09.2015 |
Apa perbezaan perlu meletakkan tanda sempang atau tidak perlu dalam menulis perkataan cucu cicit, hiruk pikuk, bengkang bengkok, calar balar, sumpah seranah. Apa formula yang mudah digunakan untiuk perkataan begini untuk diletak sempang atau tidak. Terima kasih. | Kata ganda dieja dengan tanda sempang. Kekeliruan timbul apabila beberapa frasa seperti bukit bukau dan sampah sarap dieja tanda sempang. Hal ini demikian kerana bukit bukau dan sampah sarap ialah frasa nama kerana kedua-dua perkataan dalam frasa tersebut mempunyai makna, dan bukan kata ganda. | Ejaan | 06.08.2018 |
apakah maksud karma? | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, karma ialah semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia; 2. kerama, kutuk, sumpah: contoh ayat ; Tak seorang pun yg terlepas daripada karmanya. | Makna | 10.02.2013 |
Apakah itu bahasa makian? | berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makian bermaksud kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, dll), maki: budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah seranah itu. | Istilah | 26.07.2010 |
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin bertanya, saya mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang terjemahan, bagaimana cara untuk memperakui (certify) terjemahan yang telah dilakukan untuk klien, terutamanya untuk terjemahan sijil, surat akuan, pengisytiharan dan yang seumpama dengannya? Adakah proses akuan sah ini hanya boleh dilakukan oleh Notari Awam dan Pesuruhjaya Sumpah yang dilantik khas oleh pihak Mahkamah? Jika soalan ini tidak dapat dijawab, siapa yang boleh saya hubungi untuk bertanya dengan lebih lanjut berkenaannya? Terima kasih. | Salam sejahtera, Puan, Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia untuk maklumat lebih lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 04.07.2019 |
maksud perkataan balam,kandis,damar,tengar,mendengut,serapah,serati,selara | Balam maksudnya sejenis burung atau nampak kurang jelas, kandis maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang masam buahnya) dalam famili Guttiferae, damar maksudnya bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok, tengar maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya digunakan untuk menyamak jaring, kulit binatang, dan lain-lain), mendengut maksudnya berbunyi dengut (seperti bunyi burung puyuh, atau gong yang dipalu), serapah maksudnya kutuk atau sumpah, serati maksudnya gembala gajah, selara maksudnya bulu halus (seperti miang) pada tumbuh-tumbuhan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 01.11.2009 |
Soalan ini telahpun diajukan dan jawapan yang diberikan ialah Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Terima kasih Tetapi bagi saya soalan itu tidak dijawap secara tepat. Apabila ditanya KAPAN BAHASA MALAYSIA DIJADIKAN BAHASA NASIONAL maka perlu dijawab dengan memberitahu tahun dan kemudian barulah dinyatakan dimasukkan dalam perlembagaan. Jadi mohon jasa baik pihak yang menjawab soalan peka dengan soalan yang ajukan. SEKALI LAGI SOALAN YANG DIAJUKAN. Hardian Nugraha Saya hendak bertanya? Sejak kapan bahasa malaysia dijadikan sebagai bahasa nasional , ti mungkin tidak ya dulu isi sumpah pemuda (sebelum indonesia merdeka) malaysia masuk wilayah indonesia Ety Nur Hayati | Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid yang bertanggungjawab untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memperakukan Perkara 152, iaitu bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Hal ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957. Kedudukannya terus kukuh apabila Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Malaysia terus terpelihara hingga kini. | Lain-lain | 09.09.2015 |
Salam sejahtera. Saya ingin cadangkan bahawa satu jawatan baharu digelar 'Pesuruhjaya Bahasa Malaysia' diujudkan. Antara tugas utama pegawai ini adalah untuk mengesahkan betul (dari segi tatabahasa, nahu dsbnya) dokumen yang penting termasuk papan-tanda/notis yang hendak dipamerkan kepada umum. Saya dapati pencemaran bahasa Bahasa Malaysia mahu pun Inggeris berlaku secara berleluasa sekarang dan pihak kerajaan hendaklah mewajibkan semua dokumen tertentu dan papantanda/notis yang disahkan oleh pegawai tersebut sahaja boleh diterima. Pegawai ini hendaklah dilantik oleh DBP dan status mereka adalah sebagai pegawai badan berkanun atau pun swasta seperti Pesuruhjaya Sumpah. Sekian, terima kasih. KRISHNAN | Terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman tuan, setiap permohonan iklan perlu mendapat pengesahan bahasa daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Apa yang berlaku mungkin terdapat iklan yang tidak disahkan tetapi diletak untuk paparan di tempat awam. Kami berharap dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk orang awam dengan melaporkan kesalahan bahasa yang ditemukan kepada DBP masalah seperti ini dapat kita kurangkan sedikit demi sedikit. Aduan kesalahan bahasa boleh disalurkan melalui domain "Pantau Tegur Bahasa". | Pengembangan | 30.06.2015 |