"Saya ikut sunah nabi," suara Wafiq tersangkut-sangkut. (Betulkah penggunaan tanda koma itu. Atau sebetulnya adalah tanda noktah?) | Penggunaan yang betul ialah tanda noktah. | Ejaan | 10.10.2011 |
Salam. Pertanyaan mengenai ejaan yang mana betul, As-sunnah, as-Sunnah atau al-Sunah? adakah perlu di italickan? | Ejaan yang betul ialah sunah. | Ejaan | 02.09.2015 |
salam, yang manakah tepat? "al-Sunnah, as-sunnah atau Sunnah"? | Ejaan yang betul ialah sunah. | Ejaan | 27.03.2012 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dan kecil bagi perkataan 'ahli Sunnah dan ahli Sufi'. Haruskah menggunakan huruf besar bagi perkataan 'Sunnah' dan 'Sufi' atau "ahli al-sunnah dan ahli-ahli-sufi'? Sekian, terima kasih. | Frasa ahli sunah dan ahli sufi dieja dengan huruf kecil, kecuali jika merujuk kata nama yang khusus seperti Ahli Sunah Waljamaah. | Tatabahasa | 26.12.2014 |
Maaf dan jika tajuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam satu ayat, adakah tajuk Bahasa Inggeris tersebut perlu diitalikkan? Contoh: “Knowledge Session: Aplikasi sunah dalam kehidupan seharian.” | Sekiranya perkataan dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan tidak perlu diitalikkan. Maksud session dalam bahasa Melayu ialah sidang, sesi atau penggal. Manakala knowledge bermaksud pengetahuan. Maka terjemahan yang sesuai bagi Knowledge Session ialah Sesi Pengetahuan. | Makna | 12.02.2020 |
Saya ingin bertanya ejaan sebenar untuk al-quran dan as-sunnah. Bagaimana pula dengan nama-nama surah di dalam al-Quran? "Al"- atau "al-". Terima kasih | Ejaan yang betul ialah al-Quran dan al-Sunah. | Ejaan | 13.06.2012 |
Assalamu alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh dan selamat sejahtera kepada pihak PRPM yang dikasihi Allah. Saya ada sedikit kerisauan yang saya ingin utarakan mengenai ejaan satu perkataan yang saya jumpai baru-baru ini di sebuah page facebook yang bernama SAYS SEISMIK yang menyatakan mengenai perkataan harian yang sering kita gunakan dengan ejaan yang salah. Page tersebut mengatakan ianya adalah bersumberkan dari pihak DBP. Perkataan yang merisaukan saya ialah perkataan 'sunah". Menurut kefahaman saya ianya adalah perkataan yang dipinjam dari bahasa arab. Kita akan menjumpai kesemua terjemahan kitab-kitab muktabar akan menggunakan ejaan 'sunnah' dengan dua huruf 'n'. Ini adalah kerana didalam bahasa arab ada syaddah pada huruf nun ن menjadikan transliterasinya menjadi 'sunnah' dan bukannya 'sunah' sebagaimana yang disarankan oleh pihak PRPM. Saya berharap agar pihak DBP dapat memberi penjelasan dan penyelesaian dalam permasalahan ejaan ini agar sama-sama dapat kita mengambil manfaat dari perbincangan ini. Terima kasih atas masa pihak tuan/puan. | Peminjaman kata daripada bahasa Arab disesuaikan ejaannya dalam bahasa Melayu. Penggunaan tasydid dalam bahasa Arab tidak dilambangkan hurufnya dalam bahasa Melayu, seperti ejaan sunah. Penggunaan ejaan ini boleh disemak melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. Pelbagai bentuk ejaan yang ditemukan dalam media sosial, namun sebagai pengguna yang bertanggungjawab kita boleh memainkan peranan dengan menggunakan dan meuar-uarkan ejaan yang betul. Walaupun media sosal atas nama peribadi bukanlah wadah rasmi yang perlu kita berbahasa dengan baik dan betul, sekurang-kurangnya kita dapat memainkan peranan kecil untuk kesan yang lebih besar kepada usaha mempromosikan penggunaan bahasa yang baik dan betul. | Ejaan | 09.10.2017 |
Maksud tajuk ' Integrasi Menurut Pandangan Islam'. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lainl.) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Integrasi menurut Islam pula merujuk kepada penggabungan mengikut pandangan dan lunas-lunas Islam iaitu, Al-Quran, Sunah, Ijmak Ulama dan lain-lain. | Makna | 11.10.2015 |
jika tak lulus, boleh bagi komen atau cadangan atau panduan? | Tuan/puan boleh pergi ke laman Khidmat Pengesahan Iklan semula untuk melihat status dan pindaaan yang dicadangkan daripada pegawai kami berkenaan iklan yang diberi. Pembetulan. - Jom hantar anak-anak kita - Genius dengan Al-Quran dan Sunah - Tmn. (letak titik) | Lain-lain | 23.10.2016 |
Assalamualikum, nak tanye berkaitan perkataan 1. Tafaqquh 2. Muzakarah 3. Riadah 4. Maqam 5. Jaulah 6. as-Sunnah 7. anbia' 8. ulamak 9. thaqafah Adakah perkataan arab semua itu di Melayukan? | Kata serapan daripada bahasa Arab yang diterima dalam bahasa Melayu dan disesuaikan dengan ejaan bahasa Melayu. Perkataan muzakara, riadah, makam, sunah, anbia dan ulama telah ada dalam bahasa Melayu. Tuan boleh menyemak sendiri perkataan lain melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Ejaan | 02.09.2015 |