soalan. 1.Terima kasih banyak-banyak atas pertolongan awak. Adakah betul penggunaan kata banyak-banyak dalam ayat. | Banyak-banyak bermaksud sungguh-sungguh atau amat sangat. Boleh digunakan dalam ayat tersebut tetapi ayat yang gramatis cukup sekadar merakamkan ucapan "terima kasih atas pertolongan anda". | Tatabahasa | 03.01.2013 |
Salam Sejahtera; Saya ingin bertanya tentang penggunaan a) .....belajar dengan sungguh-sungguh b) .....belajar dengan bersungguh-sungguh c) .....belajar bersungguh-sungguh manakah yang betul? Terima kasih. | Andrew, kedua-dua ayat ini - belajar dengan bersungguh-sungguh dan .....belajar bersungguh-sungguh - boleh digunakan tetapi kita kena lihat penggunaannya dalam ayat yang penuh. | Tatabahasa | 26.03.2010 |
Zulkarami Ibn Hj Rameli SAB 8.57 PTG Salam admin..boleh saya tahu maksud "belit-belit otak"? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada perkataan "belit otak" yang ditemukan ialah "putar otak" memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah). dalam Khidmat Nasihat DBP terdapat perkataan belit-belit akal (daripada brain teaser ) yang membawa maksud masalah yang rumit ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya). | Makna | 13.06.2017 |
Salam sejahtera. Penggunaan "sangat" dalam ayat ini diterima atau tidak? 1. Udara di pantai sangat nyaman dan segar. terima kasih | Penggunaan perkataan sangat diterima dalam ayat ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sangat bermaksud terlalu, terlampau, benar-benar, sungguh-sungguh. | Lain-lain | 02.09.2018 |
Apakah perbezaan antara 'tersangat' dengan 'sangat'? | Tersangat ialah terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. Sangat pula ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perbandingan yang tinggi; terlalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (berkenaan penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dengan sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana. | Makna | 22.07.2013 |
Selamat sejahtera, Saya menghadapi kesukaran utk menentukan perbezaan antara 'sungguh' dan 'sangat' dalam konteks ayat. Ada tak formula untuk menggunakannya?TQ | Sangat bermaksud 1. terlalu, terlampau 2. hebat, kuat, menjadi teruk 3. benar-benar(sungguh-sungguh, sememangnya Contoh: Bilangan murid yang mendapat sijil pertama sangatlah sedikit. Sungguh bermaksud 1. tidak bohong,tidak lancung, benar,betul 2. amat, sangat, terlalu. Contoh: bising sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar. Penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks. | Tatabahasa | 30.01.2008 |
kenapa perkataan mengecamkan dipilih dan bukan mengecam sedangkan kedua-duanya sama maksud? | Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, mengecam ialah kenal atau ingat kembali rupa dsb seseorang atau sesuatu yg telah dilihat atau didengar sebelumnya. Mengecamkan pula ialah memerhatikan (seseorang atau sesuatu) dgn sungguh-sungguh (supaya dapat mengenalinya atau ingat akannya kemudian), mengamat-amati (supaya tidak lupa kelak). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. harap maklum. | Makna | 02.07.2008 |
Perhatikan ayat di bawah: "Tuhan, aku sungguh menuji-Mu!" Soalan: Bolehkah "sungguh" dipadankan dengan "menuji"? Jika tidak boleh, apakah jawapan yang sepatutnya... Terima Kasih. | Dalam Kamus Dewan edisi keempat, sungguh bererti 1. tidak bohong, benar, betul; 2. sungguh hati = sungguh-sungguh, tidak main-main, dengan segenap hati, dengan tekun; 3. amat sangat, terlalu; 4. memang, sebenarnya, sebetulnya. Dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, halaman 368, dinyatakan bahawa adverba kesungguhan “mempersungguhkan” sesuatu perbuatan atau peristiwa. Contoh ayat: Dia betul-betul menafikan hal itu. Berdasarkan keterangan di atas, ayat “Tuhanku, aku sungguh memuji-Mu.” tidak salah. Namun, ayat “ Tuhanku, aku benar-benar memuji-Mu.” lebih sejadi. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
terangkan makna sebenar perkataan ini, TAHU, SELIDIK, JANGKAAN, TANGGAP, MAKLUM. | Makna tahu ialah maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti. Selidik pula bermakna teliti dan cermat. Manakala makna bagi perkataan jangkaan pula ialah apa-apa yg dijangka, dugaan, sangkaan. Makna bagi perkataan tanggap ialah memerhatikan (melihat, mendengar) dgn teliti, memerhatikan sungguh-sungguh, mengecamkan. Makna perkataan maklum ialah sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Harap maklum. | Makna | 29.10.2007 |
Apa perbezaan antara "benar-benar" dan "betul-betul" dari segi penggunaannya? Apakah perbezaan antara "sebagai" dan "yang merupakan" dari segi penggunaannya? Terima kasih. | "Benar-benar" dan "betul-betul" secara umumnya mempunyai maksud yang bersinonim iaitu 1. sangat benar, sangat betul 2. sungguh-sungguh, 3. sudah sempurna, 4. tepat benar: 5. dgn baik dan sempurna. Walau bagaimanapun perkataan tersebut boleh memberi maksud yang sama dan juga maksud yang berbeza berdasarkan konteks ayat. Contohnya: 1) Saya betul-betul berasa lapar sekarang/ Saya benar-benar berasa lapar sekarang (bermaksud sangat lapar) 2) Dia betul-betul berdiri di hadapan saya (membawa maksud kedudukan yang tepat) 3) Dia benar-benar berdiri di hadapan saya. (membawa maksud jarak yang sangat hampir) 4) Kata-katanya itu benar-benar meninggalkan kesan di hatiku (nilai rasa - sangat terasa) Manakala contoh penggunaan "sebagai" dan "yang merupakan" ialah: 1) Sebagai seorang sahabat, dia sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada Aishah untuk pulih daripada penyakit kanser. 2) Dialah yang merupakan sahabat terbaik yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada Aishah untuk pulih daripada penyakit kanser. | Tatabahasa | 28.04.2020 |