Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sun.ti.kan]/[sun.ti/.kan] | سونتيقن

Definisi : 1. pemasukan ubat ke dlm badan dgn jarum, cucuk: jururawat datang lagi memberi ubat dan ~; 2. penanaman cacar; 3. bp hasutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sun.ti.kan]/[sun.ti/.kan] | سونتيقن

Definisi : hasil (hal dsb) menyuntik atau me­nyun­tikkan: ~ mencegah malaria. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suntikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kelihatan seorang jururawat sedang memberikan satu suntikan di lengan seorang pesakit. 2. Seorang jururawat sedang menyelimutkan pesakit. 3. Terdapat beberapa orang pesakit yang ada di hoospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh lampu di mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang dibawa oleh jururawat.1. Ayat pertama betul.
2. Seorang jururawat sedang menyelimuti pesakit dengan selimut. 
3. Terdapat beberapa orang pesakit berada di hospital.
4. Seorang doktor sedang menyuluh  ke dalam mata pesakit.
5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang disorong oleh jururawat.
Tatabahasa13.08.2013
Adakah penggunaan 'dos' dalam ayat ini betul? Juga, jika terdapat kesalahan tatabahasa yang lain, harap dapat dibetulkan. Terima kasih. Selain daripada mempertingkat kempen-kempen kesedaran melalui kursus, seminar dan media massa, para ibu bapa harus diberikan suntikan kesedaran dengan dos yang tinggi kerana mengikut dapatan kajian, tahap kesedaran mereka mengenai kepentingan menghantar anak-anak mereka ke taska yang berdaftar adalah sangat rendahPenggunaan perkataan dos dan suntikan tidak perlu dalam ayat ini. Mesej kesedaran perlu disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.Tatabahasa05.04.2011
1)Pemanasan global yang berlaku adalah akibat daripada kekhilafan dan kesalahan manusia yang sangat begitu rakus sekali membaham segala-galanya kekayaan yang ada demi untuk memenuhi tuntutan duniawi. 2)senaman adalah salah satu daripada aspek yang termat penting sekali di dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang.Apa yang perlu kita tahu terdapat pelbagai rawatan-rawatan untuk kesakitan kronik itu seperti makan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan adalah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan makeup untuk menutup kulit yang rosak yang sekaligus tidak diperlukan oleh kita menghabiskan banyak wang dan masa 4)guru sehahrusnya dapat mempamirkan sepenuhnya komitmen yang dengan seikhlas mungkin.murid-murid boleh menilai diri guru samada pengajaran yang guru lakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja di samping mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.Berikut ayat yang telah disemak.

1)Pemanasan global yang berlaku merupakan kesan daripada kekhilafan manusia yang sangat rakus sekali membaham semua kekayaan yang ada demi memenuhi tuntutan duniawi.

2)Senaman ialah salah satu daripada aspek yang amat penting sekali dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang. Kita perlu mengetahui terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit kronik itu seperti memakan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti.

3)Apabila  menyentuh mengenai kecantikan, tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan ialah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan mekap bagi menutup kulit yang rosak serta mengelakkan pembaziran banyak wang dan masa.
 
4) Guru seharusnya dapat mempamerkan sepenuh komitmen dengan ikhlas. Murid-murid boleh menilai guru sama ada pengajaran yang diberikan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja atau mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.
Tatabahasa04.03.2013

Kembali ke atas