adakah DBP mengadakan kursus untuk suntingan dan terjemahan. bagaimana dengan yurannya. | DBP menawarkan pelbagai kursus penataran termasuklah penataran bahasa Melayu, penyuntingan dan pengucapan awa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel kepada pegawainya Puan Faridah A. Rahman faridah@dbp.gov.my. Untuk kursus terjemahan, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 11.06.2012 |
Bagaimana saya boleh mendapatkan 'spell checker' untuk memudahkan saya membuat suntingan penulisan dalam Bahasa Melayu. | Saudara boleh terus membuat semakkan secara melalui http://prpm.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 28.12.2016 |
Salam. Tuan/Puan, bidang pengajian apa di universiti yang patut diikuti oleh orang yang berminat dengan kerja suntingan? Terima kasih. | Bidang pengajian media biasanya ada kursus penyuntingan, contoh di UM. Kursus penyuntingan juga banyak dilaksanakan oleh DBP. | Lain-lain | 25.04.2012 |
Bagaimanakah cara tulis nota kaki buat rujukan yang disunting serta diterjemah daripada bahasa lain? Dalam kata lain, bagaimanakah cara tulis singkatan 'ed.' (edited by) dan 'trans.' (translated by) dalam Bahasa Melayu? Setahu saya, 'trans.' dalam Bahasa Melayu ialah 'terj.' Bagaimana pula untuk ed. (edited by)? Adakah dalam BM 'ed.' menjadi 'sunt.'? Sehubungan dengan itu, adakah kaedah dibawah, yang mengejakan 'suntingan' dan 'terjemahan' secara penuh dan meletakkan maklumat tersebut antara parantheses, tepat? Jalaluddin Rumi, The Mathnawi, (suntingan dan terjemahan Reynold A. Nicholson), (Cambridge: Gibb Memorial Trust, 1982). Bantuan pihak Khidmat Nasihat amat dihargai | Dalam bahasa Melayu, tiada singkatan digunakan bagi nota kaki rujukan untuk suntingan dan terjemahan. Penggunaan perkataan yang diberikan oleh puan boleh digunakan, terjemahan dan suntingan Reynold A. Nicholson. | Lain-lain | 08.01.2020 |
saya pernah belajar bahasa farsi selama 3 tahun setengah di iran. Saya berminat ingin menjadi penterjemah bahasa farsi ke versi bahasa melayu sama ada suntingan filem2 iran ke bahasa melayu ataupun karya penulisan. Bagaimana saya ingin bekerja dalam bidang penterjemah tersebut melalui DBP. Sila jelaskan dengan lebih lanjut.terima kasih | DBP tidak melaksanakan kerja-kerja terjemahan sebagai fungsi utama. Sdr dicadangkan berhubung dengan Institut Terjemahan Negara. | Lain-lain | 25.08.2010 |
Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'track changes'; adakah 'mencatat perubahan'. Terima kasih. | Cadangan terjemahan "track changes" dalam bahasa Melayu ialah "perubahan suntingan"
| Makna | 08.10.2019 |
Pembetulan tatabahasa dan struktur ayat: 1.Pada era kamera menggunakan film, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya mereka, namun pada era digital kebanyakan penapis tersebut telah disediakan dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar. 2. Apabila mereka berada dalam talian, tidak ada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar dengan sejumlah besar maklumat yang boleh didapati oleh mereka malah lebih daripada itu, cara mereka berkejasama dan belajar antara satu sama lain. | 1.Pada era kamera menggunakan filem, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya. Namun pada era digital, kebanyakan penapis tersebut telah disediakan di dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar. 2. Apabila berada dalam talian, tiada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar kerana maklumat yang banyak dan mereka boleh bekerjasama dan belajar antara satu dengan yang lain. | Tatabahasa | 11.12.2013 |
Apakah asas yang terbaik untuk menjadi seorang Penyunting? Di Brunei Darussalam, rasanya belum ada manual penyuntingan yang kukuh. Cuma yang ada hanyalah rujukan ke Kamus Dewan Edisi III & IV, Kamus Bahasa Nusantara, Gaya Dewan. Di DBP BD misalnya,ada tiga buah cawangan di bawah Unit Penyuntingan. 1. Buku Cerita Bergambar - untuk Kanak-kanak 2. Buku Ilmiah dan Umum 3. Buku Sastera Senior saya ada mengatakan untuk menjadi Penyunting kena kreatif dan MESTI berpandukan pada asas seperti di atas. Saya, berpandukan Gaya Dewan,Sintaksis, Morfologi dan Tatabahasa Dewan. Apakah ada kekurangan dari gaya penyuntingan saya. Mohon bantuan | Secara umum, perkara asas untuk menjadi seorang penyunting ialah penguasaan dan pengetahuan dalam bahasa, bidang dan peringkat bahan yang hendak disunting. Penyunting yang bagus dan kreatif terbina melalui pengalaman dan sifat semula jadi, yang antaranya termasuklah minat terhadap kerja penyuntingan, suka membaca, bersifat ingin tahu, analitis dan kritis, serta berdisiplin. Bahan rujukan ialah alat untuk membantu dalam penyuntingan untuk menghasilkan suntingan yang baik. Gaya penyuntingan pula bergantung pada gaya yang telah ditetapkan oleh penerbit; contohnya di DBP, gaya penyuntingan berpandukan buku 'Gaya Dewan'. | Lain-lain | 17.07.2007 |