Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sup ayam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sup ayam atau ayam sup? Kari ikan atau ikan kari?Mengikut Hukum D - M, Kari Ikan. Apabila kita menerangkan jenis masakan gulai lemak atau kari, maka pilihan kita ialah kari dan kari itu ialah kari ikan. Jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain.Lain-lain29.11.2015
Salam Sejahtera, perkataan yang manakah menepati tatabahasa untuk dijadikan sebagai nama produk makanan segera. 1. Bihun Sup Ayam Rempah 2. Bihun Sup Ayam Berempah 3. Bihun Sup Rempah Perisa Ayam 4. Bihun Sup Rempah Berperisa Ayam Terima Kasih

Penggunaan yang betul dan sesuai ialah “Bihun Sup Ayam Rempah”.

Lain-lain17.05.2024
Adik merasa kuah sup ayam itu . Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat.Ayat "Adik merasa kuah sup ayam itu" betul.Tatabahasa16.01.2014
perkataan menjerang . bolehkah ia digunakan seperti menjerang sup ayam ( tanpa gambar)?Antara maksud menjerang ialah memasak. Oleh itu, ayat ... menjerang sup ayam boleh digunakan.Tatabahasa26.05.2012
apa perbezaan mee sup dan sup ayam, kenapa pekataan sup untuk mee itu dibelakang,manakala pekataan sup untuk ayam terletak didepan

Jika memperkatakan jenis masakan mi, maka mi disebut dahulu, contohnya mi sup, mi goreng, mi bandung dan sebagainya dan jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain.

Tatabahasa09.12.2009
“Kakak suka makan sup ayam atau sup sayur?” Adakah kata kerja makan boleh digunakan untuk sup?

“Kakak suka makan sup ayam atau sup sayur?” Ayat ini betul dan kata kerja makan boleh digunakan untuk sup.

Tatabahasa29.10.2024
Adakah perkataan 'menjerang' boleh digunakan untuk 'sup'? Contoh ayat; Nenek menjerang sup ayam di dapur. Adakah perkataan menjerang sesuai digunakan?Perkataan menjerang juga bermaksud memasak. Ayat "Nenek menjerang sup ayam di dapur" betul.Tatabahasa23.05.2012
Adakah penggunaan perkataan 'menjerang' di bawah betul? Nenek menjerang sup ayam di dapur. Bolehkah tolong jelaskan penggunaan perkataan menjerang. Saya telah memeriksa di kamus tadi, perkataan menjerang hanya untuk nasi dan air. 'Sup ayam' juga merupakan cecair. Jadi adakah perkataan gamat khas untuk nasi dan air saja, atau sebarang cecair?Dalam Kamus Dewan, perkataan menjerang juga bermaksud memasak dan contoh yang diberi ialah memasak nasi. Perkataan menjerang juga boleh digunakan untuk menggantikan maksud memasak termasuklah memasak sup, air dan sebagainya.Tatabahasa23.05.2012
ISyafiq menelan sup ayam yang baru dimasak oleh ibunya kerana terlalu lapar. IIPembinaan lebuh raya itu menelan kos berjuta-juta ringgit. IIIJasmin hanya menelan sahaja kata-kata cacian yang telah dilemparkan kepadanya dengan perasaan sedih. IVKerajaan Malaysia telah menelan wang yang banyak untuk mendapatkan bekalan vaksin untuk rakyat. "Dalam keempat-empat ayat ada kesalahan tak?
Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Syafiq menghirup sup ayam yang bari dimasak oleh ibunya kerana terlalu lapar.
2. Pembinaan lebuh raya itu menelan kos jutaan ringgit.
3. Ayat " Jasmin hanya menelan sahaja kata-kata cacian yang telah dilemparkan kepadanya dengan perasaan sedih" adalah
    betul.
4. Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan wang yang banyak untuk mendapatkan bekalan vaksin.
Tatabahasa26.04.2022
Tolong nasihat samada minum sup boleh diterima atau tidak?Menurut Kamus Dewan, sup sejenis masakan yang banyak kuahnya (dibuat daripada ramuan-ramuan tertentu seperti daging, ikan, sayur, sup ayam: sup kambing. Oleh sebab sup dikategorikan sebagai makanan, maka kata kerja yang sesuai digunakan ialah "makan".Tatabahasa14.05.2015
12

Kembali ke atas