Salam, Apakah terjemahan yg sesuai bagi perkataan 'nett'? Cth: Bilik Superior dengan harga RM150 nett untuk satu malam. Terima kasih | Kata nett diberikan padanan "bersih". Bilik superior dengan harga RM150 bersih untuk satu malam. | Istilah | 21.03.2014 |
Adakah 'competitive advantage' boleh diterjemahkan kpd 'Kelebihan Persaingan' atau ada yang lebih tepat? Maksud competitive advantage dari sudut ekononi ialah 'a condition or circumstance that puts a company in a favourable or superior business position'. | Maksud competitive advantage ialah kelebihan saingan yang bermaksud kelebihan sesuatu syarikat untuk bersaing dalam pasaran suatu industri. Sinonim:competitive edge | Makna | 20.05.2020 |
Merujuk emel DBP kepada saya hari ini berkaitan terjemahan istilah 'Abusive Supervision'. Abusive supervision digunakan dalam konteks sumber manusia dan organisasi, Abusive supervision referring to employee’s perception of the extent to which their superior engaged in the sustained display of hostile verbal and nonverbal behaviors against them (Tepper, 2000). | Berdasarkan maklumat yang tuan berikan dan melalui carian kami di internet, kami mencadangkan perkataan abusive supervision diterjemahkan kepada penyeliaan kelakuan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.09.2015 |