Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata supply


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Supply Utilization AccountAkaun Penggunaan PenawaranLain-lain06.04.2007
Supply claim managementpengurusan rantaian penawaranLain-lain26.03.2007
POWER SUPPLYBEKALAN KUASAIstilah14.01.2011
Semakan Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu ____________________________________ Supply, Install, Fabricate of GRE Pipe System and Offshore Living Quarters Membekal, Memasang, Fabrikasi Sistem Pipe GRE dan Tempat Tinggal Luar Pesisir____________________________________ Supply, Install, Fabricate of GRE Pipe System and Offshore Living Quarters  terjemah kepada Membekal, Memasang, Pembuatan Sistem Paip GRE dan Tempat Tinggal Luar PesisirMakna04.09.2019
Adakah perkataan ketidakjaminan wujud dalam DBP? contoh penggunaan perkataan ini dalam ayat: food supply insecurity = ketidakjaminan bekalan makananCadangan padanan bagi istilah food supply insecurity dalam bahasa Melayu ialah ketakjaminan bekalan makanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah09.11.2024
Saya memerlukan terjemahan nama program dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Nama Program: Diploma in Logistics and Supply Chain ManagementKami mencadangkan Diploma in Logistics and Supply Chain Management diterjemahkan kepada Diploma dalam Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan jika bersesuaian dengan konsep pengajiannya.Penyemakan dan penterjemahan24.04.2014
Setahu saya "supply base" biasanya diterjemahkan sebagai "pangkalan bekalan". Contoh: Pangkalan Bekalan Tok Bali. Tetapi laporan berita Bernama menulis sebagai "Pangkalan Perbekalan Tok Bali" (http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1186264). Jadi, yang mana satu betul?Cadangan terjemahan "supply base" ialah pangkalan pembekalan.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2015
Salam. Saya perlukan terjemahan bagi "Supply Chain Actor". Terima kasih bagi segala pertolongan tuan/puan.

Encik Muhammad Hanif,

Untuk mendapatkan terjemahan yang tepat, diharap saudara dapat memberikan ayat atau konteks penggunaan frasa ini.  Walau bagaimanapun, terjemahan bagi 'supply chain ' ialah rantaian bekalan. Bagi perkataan 'actor' padanan yang ada hanyalah pelakon.

 

Istilah24.06.2010
Saya telah menggunakan carian kata DBP online ini utk istilah Supply Chain Management. Terdapat 2 perkataan yang digunakan untuk chain iaitu rantaian dan rangkaian. Boleh saya dapatkan kepastian yang mana satu betul. Saya ingin menggunakannya untuk program baharu yang akan kami bangunkan untuk UUM. Terima Kasih.

Untuk mendapatkan terjemahan yang tepat, diharap tuan dapat memberikan konteks penggunaan. DBP mencadangkan istilah Pengurusan Rantaian Bekalan untuk padanan Supply Chain Management. Rantaian dipilih untuk chain bagi membezakan dengan rangkaian yang digunakan dalam teknologi maklumat.

Istilah29.01.2015
Tuan/Puan, Memohon untuk menterjemah perkara berikut: Limited number of suppliers in Sarawak to supply raw materials/ specialty ingredients for product- development. Jong Chian Lai

Pembekal yang terhad di Sarawak untuk membekalkan bahan mentah/bahan pengkhususan bagi pembangunan produk.

Penyemakan dan penterjemahan16.07.2014
12

Kembali ke atas