Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.rah] | سورة

Definisi : Ar bahagian atau bab (yg mengesahkan sesuatu) dr Quran; ®surat II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.rah] | سورة

Definisi : bahagian atau bab yg me­ngisahkan sesuatu dlm Quran (ada 114 semuanya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata surah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Apakah maksud "surah Makkiyyah" dan "surah Madaniyyah"? Terima kasih.Surah Makiyyah surah yang diturunkan di Mekah, iaitu sebelum hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah dan Surah Madaniyyah ialah surah yang diturunkan di Madinah selepas penghijrahan baginda.Tatabahasa20.01.2014
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: Surah Ar-Rahman atau surah Ar-Rahman? Juga, bolekah perkataan surah ini digantikan dengan perkataan surat, contoh: Surat Ar-Rahman? Terima kasih!Ejaan yang betul ialah Surah al-Rahman. Perkataan surah lebih tepat jika merujuk bahagian atau bab yang me­ngisahkan sesuatu dalam al-Quran.Ejaan05.06.2020
Salam sejahtera, Saya mohon pencerahan DBP tentang penulisan nama-nama ayat atau surah di dalam al-Quran, apakah harus di huruf besar? Kerana saya tidak menemukannya di dalam Kamus, nama-nama seperti berikut: ayat kursi/ Ayat Kursi/ ayat Kursi surah al-Baqarah/ Surah al-Baqarah/ surah al-baqaroh fatihah/ Fatihah Sekian saja atas penerangannya saya ucapkan terima kasih. Salam hormat, Ahmad ShahNama-nama surah di dalam al-Quran ditulis dengan huruf besar kerana ia merupakan nama khas, seperti Al-Furqan dan Al-Fatihah.Ejaan15.04.2020
di dalam surah yasin, terdapat ayat yang mengatakan bahawa Allah akan mengunci/memeterai/atau memateri mulut2 kita dan membiarkan anggota badan lain yang berbicara? Yang mana satu tepat ye? mengunci/memeterai/memateriMengunci bermaksud menutup, memeterai bermaksud membubuh meterai pada (sesuatu), atau mengecap. Kata memateri bermaksud menghubungkan atau menyatukan erat-erat. Berdasarkan makna tersebut kata mengunci sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Makna25.07.2012
Assalamualaikum Tuan Puan, Saya sedang siapkan buku berkaitan dengan agama dan memerlukan segera rujukan untuk nama - nama surah dalam al-Quran. 114 surah keseluruhannya.. Mohon bantuan dan khidmat nasihat DBP sebagai rujukan segera. Jasa baik amatlah saya hargai.. Terima kasih dan salam hormat.. Salam Ramadan Kareem..

Sdr. boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan sdr. boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengah hari mulai pukul 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang. Hasil carian melalui KAWAT DBP menunjukkan terdapat 1056 maklumat berkaitan dengan al-Quran.

Lain-lain08.06.2017
Nurul Shaza Ab Manaf 11.14 PAGI Assalamualaikum Saya ingin bertanya.. Dimanakah boleh saya rujuk, untuk dapatkan ejaan yang sebenar untuk nama-nama surah dalam Al-Quran ya? terima kasih..Puan boleh merujuk buku GAYA DEWAN EDISI KETIGA terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, (tahun 1995) - Lampiran 7 (Senarai Surah), halaman 251 - 255).Ejaan08.06.2017
Kalau ejaan nama surah menggunakan al-(huruf kecil) spt. al-Baqarah dll., bagaimana pula dengan pengunaan al-sebelum kata nama apakah perlu al . at as, atau Al-. At- As-... dalam situasi perkataan ini terletak di tengah-tengah ayat seperti apakah betul ditulis begini: 1. Riwayat hadis oleh at-Tarmizi (atau At-Tarmizi)? 2. Khalifah Umar al-Khattab (atau Umar Al-Khattab)? 3. Abu Bakar as-Sidiq (atau As-Sidiq atau Al-Sidiq)? 4. Abu Hasan Din al-Hafiz (Abu Hasan Din Al-Hafiz)? Jika ada sebarang teks panduan berkaitan ejaan ini boleh juga e-melkan kepada saya. Sekian, terima kasih.Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali.

Tuan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu  Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Tatabahasa07.01.2014
Ibadurrahman (hamba yang disayang Yang Maha Pengasih? (Surah al-Furqan, ayat 63) Jika mahu kekalkan perkataan ibadurrahman, bagaimana ejaannya?Dalam ungkapan umum perkataan yang lazim kita temukan ialah Abdul Rahman, iaitu nama lelaki yang beragama Islam. Jika tidak dikaitkan dengan nama orang, ungkapan yang betul ialah terjemahannya, hamba yang disayangi Yang Maha Pengasih kerana عبد الرحمن ialah perkataan Arab dan perkataan Arab tertakluk pada keiaitu dudukan atau fungsinya di dalam ayat dan barisnya akan berubah mengikut fungsi yang tersebut. Oleh itu, jika tuan hendak menggunakannya dalam konteks umum, maka gunakanlah terjemahan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu dan jika tuan ingin mengekalkan penggunaannya seperti dalam bahasa Arab, maka hendaklah sesuai dengan konteks penggunaannya. Contohnya dalam buku agama yang memerihalkan tajuk yang berkaitan.Lain-lain02.12.2013
Adakah 'al-Fatihah' dikira sebagai kata nama khas? Perlukah diletakkan tanda sempang jika ayatnya begini: "Solatnya hanya ber-al-Fatihah yakni tanpa surah, hanya untuk cukup syarat, badannya terlalu lemah dan itu sahaja yang mampu diucapnya." Atau tidak perlu bertanda sempang seperti 'beral-Fatihah'.Untuk makluman, al- fatihah ialah kata nama khas dan kata ini tidak boleh diberi imbuhan ber kerana imbuhan ber hanya untuk kata kerja sahaja. Oleh itu, ayat yang sesuai ialah "Solatnya hanya membaca  al-Fatihah sahaja, iaitu tanpa surah, hanya untuk cukup syarat, badannya terlalu lemah dan itu sahaja yang mampu diucapnya."Tatabahasa06.05.2019
Salam sejahtera. mohon bantuan untuk terjemahkan ayat seperti di lampiran - Surah At Tin : Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) Mohon bantuan utntuk diterjemahkan kepada bahasa English.Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan apatah lagi dari Bahasa Melayu kepada bahasa-bahasa lain. Apa yang dapat kami bantu ialah terjemahaan perkataan atau istilah yang boleh dirujuk melalui laman web kami.Penyemakan dan penterjemahan07.08.2017
123

Kembali ke atas